Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

Selamat datang "puan"

Posted on 19/03/10 by Noraslawatiah mohamad

Dalam tidak sedar dah masuk 3 minggu aku bergelar puan,dengan kata lain isteri kepada Mohd Azhar.Ramai kawan-kawan tanya apa perasaan aku setelah bergelar 'puan',dan ada juga bertanya "best x kawen?".Aku hanya mampu tersenyum.Apa yang aku rasa sekarang ini adalah aku skrg ini di alam rumahtangga.Bukan lagi berstatus bujang.Banyak tanggungjawab yang harus aku pikul.Tanggungjawab sebagai isteri dan menantu kepada En Abu Bakar.Aku dalam proses menyesuaikan diri di alam baru.

Bagi aku, setelah bergelar 'puan',banyak yang berbeza.Kalau dulu,aku bebas ke mana saja tanpa teman.Dengan kata lain bersendirian.Aku sudah biasa dengan keadaan sebegini.Tapi, tidak skrg.Aku sudah berteman.Pergi kemana saja,suami temankan.Bukan setakat ini saja,aku dah ada teman nak berborak,nak bergurau senda.
Kalau dulu,pergi kemana aku yang pandu kereta.Tp sekarang...masuk dlm kereta saja..aku dah lena di ulit mimpi.Asyik tidur saja..Suami kat sebelah,hanya mampu tersenyum saja.hehehe..

Semalam,aku,suami,mak sedara dan mak mertua ke temerloh semata-mata nak balik kampung.Sempat juga singgah ke pekan sehari temerloh.cuaca sangat panas,terasa bahangnya.Sesekali aku terasa bermandikan peluh.Aduh!terasa sangat tidak selesa.
Niat di hati,ingin bersua dengan kawan lama.Namun terpaksa di batalkan,ada hal lain yang harus aku dahulukan..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

selamat tinggal..

Posted on 8/03/10 by Noraslawatiah mohamad

Selamat tinggal hostel.
Selamat tinggal zaman bujang.
Selamat tinggal 'cik'..

Itulah kata-kata yang mampu aku lafazkan saat ini,aku skrg ini menunggu ke alam baru iaitu alam rumahtangga.
Zaman bujang akan berlalu begitu sahaja.Pun begitu,aku tetap bersyukur.Walaupun akan menamatkan zaman bujang tidak lagi,Namun di saat-saat akhir,berkesempatan bergembira bersama kawan-kawan,walaupun kami bukanlah di kategorikan kawan baik,namun kami tetap akrab sebagai kawan satu tempat kerja.Teman untuk bersuka ria.Walaupun sibuk dengan persiapan perkahwinan dan kawan-kawan juga sibuk dengan SBT,namun kami sempat meluangkan masa bersama untuk bercuti.Pada asalnya,kami ingin bercuti ke bukit fraser,namun masa membataskan apa yang kami rancangkan.Saat-saat akhir, kami mengambil keputusan untuk bercuti ke cherating.Pada hari yang di rancangkan,kawan-kawan ada meting dengan pihak sekolah,saya pula sibuk dengan hal rumah yang belum selesai.Ditambah pula dengan chalet yang belum pun di boking..Namun,rezeki kami untuk bercuti hari itu tetap terlaksana tanpa apa-apa masalah.Aku kira,satu percutian yang sangat bagus untuk merehatkan minda.Ditambah lagi,berjam-jam mandi di pantai,bertambah lagi keakraban antara kami.Aku akui,percutian kali ini, adalah yang terakhir ku bersama kawan-kawan sementara aku berstatus bujang.

Malam tadi,aku tidur hostel untuk kali yang terakhir.Keluar makan bersama kawan-kawan.Saat ini,bertapa aku menghargai setiap detik yang berlalu.Terasa amat bermakna buatku.
Kata-kata dari kawan,membuatkan hatiku terasa sayu seketika,"selepas ini,tidak dapat la keluar bersama,cuti bersama,tidur hostel'..Aduh!terasa sebak seketika..Namun aku kawal emosi.Tidak ingin menangis dan menangis lagi..Akan ku simpan air mata ini di hari pernikahan ku nanti.

Kawanku,
terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa yang ada,untuk kita sama-sama bergembira.
Ku tahu,diri mu sibuk dengan urusan kerja yang belum pun selesai,
namun kawanku,dirimu sanggup meninggalkan tugas seketika untuk diri ini..
Bertapa aku sangat menghargai..
Kenangan antara kita akan tetap terpahat teguh di hati ku..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..