Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

buku baru

Posted on 31/03/11 by Noraslawatiah mohamad

Haish!da lama menyepi.sejak bertukar status nie sibuk dengan banyak hal yang harus aku dahulukan.Kesibukan semakin bertambah sejak bergelar "mama"ehhee!terasa moden la plak.Panggilan "mama" yang membuatkan aku tersenyum sendirian.Tidak ku sangka aku kini bergelar "mama" kepada Muhammad Ammar Amsyar yang kini sudah hampir 4 bulan.Terasa masa pantas berlalu.Cuti bersalin selama 90 hari sudah pun tamat.Aku pun sudah start bekerja yang ku kira hampir 2 minggu.Banyak kerja yang terbelengkalai yang harus aku selesaikan secepat yang mungkin.

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Untukmu warga emas..

Posted on 4/05/10 by Noraslawatiah mohamad

redup matanya berkaca,
raut wajah penuh garis-garis halus,
susuk badannya lemah bermaya,
Meniti hujung usia,

Riak wajah bercahaya,
Menyimpan seribu makna,
Melewati hari yang usang,
Kekosongan sentiasa bermaharajalela,

Mengharap kasih anak kesayangan,
Mengisi kesunyian yang hakiki,
Lantaran hati berkeluh kesah,

Menumpang teduh seketika,
Lantaran diri tidak secerdas dulu,
Dahagakan kedamaian yang abadi,
Sebelum ajal menjemput,
Mengharap rahmat dariNya.

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

bowling..

Posted on 26/04/10 by Noraslawatiah mohamad

Hari jumaat lepas en Ayen giggs ada mengajak suamiku bermain bowling di megamall.Walaupun kami sampai lewat,tp still boleh join juga,tapi game ke.2 je laa.

~Lane hujung sekali diaorg tempah,masa nie baru na start game kedua~

~En suami yang baru saja selesai membuat balingan,masa nie ku ingat balingan strike,hehehe~

~Ena qalinsya-masih mencari-cari sentuhan berbisa utk balingan strike walaupun kali nie x berapa menjadi~

~Berbincang tentang markah kat skrin,sbb 1 tv tuh rosak~

~Sesi kutuk mengutuk kah antara geng SUK,Ena ayen n en suami..hehehe~

~Markah utk game ke.2~



~Ayen giggs termenung..kenapa yea??~

P/s:Gelora di hati membuak-buak nak join sama..namun terpaksa aku batalkan kerana masalah dalaman yang memaksa aku melupakan seketika bowling ini,Bersara seketika..Tahun depan,insyaalah aku akan join..Tanpa ku sedari, en suami rupanya mempunyai teknik balingan berbisa dan strike..Sepanjang game ini,ku lihat beberapa balingannya strike 2kali berturut-turut..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

aku

Posted on 5/04/10 by Noraslawatiah mohamad

Malam yang indah,Ditemani bulan yang bersinar..Cahaya lampu neon yang mengasyikkan.ku kira suasana yang sangat romantik.Aku dan suami berjalan beriringan menikmati angin malam yang mendamaikan.Taman esplanet yang belum pernah ku jejaki waima sekali.Terikat dengan status 'cik'membataskan aku untuk kemana saja.Aktiviti malam yang belum pernah ada dalam kamus hidupku.Bak kata adik 'selagi masih bergelak 'cik' dan belum berkahwin kami adalah milik ayah dan ibu,segalanya terbatas'.Kehidupan sosial yang di kawal oleh keluarga.Walauapapun aku tetap berterima kasih pada ayahku kerana berjaya mendidik kami menjadi insan berguna.


SABTU:

Perancangan awal ke klinik gigi.Namun terpaksa di tunda buat sementara waktu.Ada hal lain yang harus di dahulukan,

Tengahari: Bertolak ke Kawasan perkampungan yang terpencil saya kira,berada di tengah2 kawasan bandar dan pasaraya.

Malam:

Ke Asrama smart semata-mata temankan suami menonton pertandingan bola sepak MU vs Chelsea.Aku dan kawan langsung tiada perasaan.Hanya pandangan kosong.Sesekali terdengar jeritan 'gol'namun aku hanya mampu tersenyum.Aku sememangnya tidak pernah minat dengan sukan bola sepak.

AHAD

Pagi:Ke pekan sehari.Membeli lauk untuk di masak.

Hari ini,aku kira,hari yang paling gembira buatku.Kehadiran Kakak sekeluarga dan adik bersama suaminya ke rumahku amat ku nantikan.Setelah berjauhan dengan diaorang..Rindu kembali bertaut.Rindunya aku pada kalian.Ingin berkumpul adik-beradik seperti selalu.Namun,amat sukar.Masing-masing sibuk dengan urusan kerja.Apa yang dapat aku simpulkan di sini,Aku skrg ini,menghitung hari untuk pulang ke kg halaman.

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Selamat datang "puan"

Posted on 19/03/10 by Noraslawatiah mohamad

Dalam tidak sedar dah masuk 3 minggu aku bergelar puan,dengan kata lain isteri kepada Mohd Azhar.Ramai kawan-kawan tanya apa perasaan aku setelah bergelar 'puan',dan ada juga bertanya "best x kawen?".Aku hanya mampu tersenyum.Apa yang aku rasa sekarang ini adalah aku skrg ini di alam rumahtangga.Bukan lagi berstatus bujang.Banyak tanggungjawab yang harus aku pikul.Tanggungjawab sebagai isteri dan menantu kepada En Abu Bakar.Aku dalam proses menyesuaikan diri di alam baru.

Bagi aku, setelah bergelar 'puan',banyak yang berbeza.Kalau dulu,aku bebas ke mana saja tanpa teman.Dengan kata lain bersendirian.Aku sudah biasa dengan keadaan sebegini.Tapi, tidak skrg.Aku sudah berteman.Pergi kemana saja,suami temankan.Bukan setakat ini saja,aku dah ada teman nak berborak,nak bergurau senda.
Kalau dulu,pergi kemana aku yang pandu kereta.Tp sekarang...masuk dlm kereta saja..aku dah lena di ulit mimpi.Asyik tidur saja..Suami kat sebelah,hanya mampu tersenyum saja.hehehe..

Semalam,aku,suami,mak sedara dan mak mertua ke temerloh semata-mata nak balik kampung.Sempat juga singgah ke pekan sehari temerloh.cuaca sangat panas,terasa bahangnya.Sesekali aku terasa bermandikan peluh.Aduh!terasa sangat tidak selesa.
Niat di hati,ingin bersua dengan kawan lama.Namun terpaksa di batalkan,ada hal lain yang harus aku dahulukan..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

selamat tinggal..

Posted on 8/03/10 by Noraslawatiah mohamad

Selamat tinggal hostel.
Selamat tinggal zaman bujang.
Selamat tinggal 'cik'..

Itulah kata-kata yang mampu aku lafazkan saat ini,aku skrg ini menunggu ke alam baru iaitu alam rumahtangga.
Zaman bujang akan berlalu begitu sahaja.Pun begitu,aku tetap bersyukur.Walaupun akan menamatkan zaman bujang tidak lagi,Namun di saat-saat akhir,berkesempatan bergembira bersama kawan-kawan,walaupun kami bukanlah di kategorikan kawan baik,namun kami tetap akrab sebagai kawan satu tempat kerja.Teman untuk bersuka ria.Walaupun sibuk dengan persiapan perkahwinan dan kawan-kawan juga sibuk dengan SBT,namun kami sempat meluangkan masa bersama untuk bercuti.Pada asalnya,kami ingin bercuti ke bukit fraser,namun masa membataskan apa yang kami rancangkan.Saat-saat akhir, kami mengambil keputusan untuk bercuti ke cherating.Pada hari yang di rancangkan,kawan-kawan ada meting dengan pihak sekolah,saya pula sibuk dengan hal rumah yang belum selesai.Ditambah pula dengan chalet yang belum pun di boking..Namun,rezeki kami untuk bercuti hari itu tetap terlaksana tanpa apa-apa masalah.Aku kira,satu percutian yang sangat bagus untuk merehatkan minda.Ditambah lagi,berjam-jam mandi di pantai,bertambah lagi keakraban antara kami.Aku akui,percutian kali ini, adalah yang terakhir ku bersama kawan-kawan sementara aku berstatus bujang.

Malam tadi,aku tidur hostel untuk kali yang terakhir.Keluar makan bersama kawan-kawan.Saat ini,bertapa aku menghargai setiap detik yang berlalu.Terasa amat bermakna buatku.
Kata-kata dari kawan,membuatkan hatiku terasa sayu seketika,"selepas ini,tidak dapat la keluar bersama,cuti bersama,tidur hostel'..Aduh!terasa sebak seketika..Namun aku kawal emosi.Tidak ingin menangis dan menangis lagi..Akan ku simpan air mata ini di hari pernikahan ku nanti.

Kawanku,
terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa yang ada,untuk kita sama-sama bergembira.
Ku tahu,diri mu sibuk dengan urusan kerja yang belum pun selesai,
namun kawanku,dirimu sanggup meninggalkan tugas seketika untuk diri ini..
Bertapa aku sangat menghargai..
Kenangan antara kita akan tetap terpahat teguh di hati ku..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Aku,dia kamu..

Posted on 21/02/10 by Noraslawatiah mohamad

Suasana hening malam terasa sepi seketika,tiada lagi kedengaran bunyi cengkerik..Suasana sunyi sepi.Hanya kedengaran bunyi kipas yang memecah kesunyian.Aku masih lagi setia mengadap laptop tanpa menghiraukan malam kian melabuhkan tirainya.Esok,aku akan bangkit dari tidur seawal pagi.Ya!itulah rutin harianku,selagi aku bergelar penjawat awam.

Sesekali terasa masa amat pantas berlalu.Banyak hal yang harus aku selesaikan dalam tempoh yang tidak sampai satu bulan lagi..Aah!mana satu harus aku dahulukan..Pening kepala memikirkannya..Sambil leka melayari Facebook,tetiba aku terpandang pada satu nama yang aku kira sinonim dengan hidupku satu masa dulu.Waima tidak pernah terfikir dan memikirkannya.Tanpa ku sedari,bersua juga aku dan dia di alam maya ini.Sesungguhnya allah swt maha mendengar rintihan hambanya.Pernah suatu ketika,aku berdoa dan berdoa tanpa berputus asa,Andainya kau adalah terbaik untukku,temukanlah ku dengan mu.Ukhwah kita terlalu suci,Namun atas alasan tertentu,kita dipisahkan oleh keadaan yang aku rasakan terlalu sukar untuk aku terima.Bukanlah niatku menolak kehendak takdir.Namun apakan daya."Seandainya aku ikhlas ingin bersua denganmu,suatu hari nanti allah swt akan menemukan kita".itulah kata-kata terakhir yang keluar dari bibirmu.Saat itu,aku berpegang pada kata-katamu..Selaut syukurku padaNya..akhirnya doaku dimakbulkan.Walaupun pertemuan kita kali ini,di alam maya,namun aku bersyukur.Kau kini,berjaya menggengam cita-citamu.Tahniah ku ucapkan.

Sebagaimana kehendakmu,sebegitu jugalah dengan ku..Masing-masing dengan haluan masing-masing.7 tahun,tidak mungkin dapat ku lupakan saat-saat manis antara kita,banyak yang tersimpan rapi dalam kamus hidupku.Kita di takdirkan untuk bertemu dan berpisah..Perpisahan ini mengajar aku untuk lebih matang dalam segala hal.

Ketahuilah!aku kini sedang mengitung hari,melangkah ke alam baru.Aku kira akan melengkapkan separuh hidupku yang kekosongan..

Untukmu:semoga kau berbahagia selalu.Antara kita hanya tinggal kenangan..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..