Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.
Memaparkan catatan dengan label bicara hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bicara hati. Papar semua catatan

Aku,dia kamu..

Posted on 21/02/10 by Noraslawatiah mohamad

Suasana hening malam terasa sepi seketika,tiada lagi kedengaran bunyi cengkerik..Suasana sunyi sepi.Hanya kedengaran bunyi kipas yang memecah kesunyian.Aku masih lagi setia mengadap laptop tanpa menghiraukan malam kian melabuhkan tirainya.Esok,aku akan bangkit dari tidur seawal pagi.Ya!itulah rutin harianku,selagi aku bergelar penjawat awam.

Sesekali terasa masa amat pantas berlalu.Banyak hal yang harus aku selesaikan dalam tempoh yang tidak sampai satu bulan lagi..Aah!mana satu harus aku dahulukan..Pening kepala memikirkannya..Sambil leka melayari Facebook,tetiba aku terpandang pada satu nama yang aku kira sinonim dengan hidupku satu masa dulu.Waima tidak pernah terfikir dan memikirkannya.Tanpa ku sedari,bersua juga aku dan dia di alam maya ini.Sesungguhnya allah swt maha mendengar rintihan hambanya.Pernah suatu ketika,aku berdoa dan berdoa tanpa berputus asa,Andainya kau adalah terbaik untukku,temukanlah ku dengan mu.Ukhwah kita terlalu suci,Namun atas alasan tertentu,kita dipisahkan oleh keadaan yang aku rasakan terlalu sukar untuk aku terima.Bukanlah niatku menolak kehendak takdir.Namun apakan daya."Seandainya aku ikhlas ingin bersua denganmu,suatu hari nanti allah swt akan menemukan kita".itulah kata-kata terakhir yang keluar dari bibirmu.Saat itu,aku berpegang pada kata-katamu..Selaut syukurku padaNya..akhirnya doaku dimakbulkan.Walaupun pertemuan kita kali ini,di alam maya,namun aku bersyukur.Kau kini,berjaya menggengam cita-citamu.Tahniah ku ucapkan.

Sebagaimana kehendakmu,sebegitu jugalah dengan ku..Masing-masing dengan haluan masing-masing.7 tahun,tidak mungkin dapat ku lupakan saat-saat manis antara kita,banyak yang tersimpan rapi dalam kamus hidupku.Kita di takdirkan untuk bertemu dan berpisah..Perpisahan ini mengajar aku untuk lebih matang dalam segala hal.

Ketahuilah!aku kini sedang mengitung hari,melangkah ke alam baru.Aku kira akan melengkapkan separuh hidupku yang kekosongan..

Untukmu:semoga kau berbahagia selalu.Antara kita hanya tinggal kenangan..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

SPM 2008

Posted on 10/03/09 by Noraslawatiah mohamad

Beberapa hari lagi
Debaran makin terasa
Bukan saya saja yang merasainya.


Sesiapa sahaja
Mungkin tidak sabar
mengetahui keputusan SPM..

Ayah..
Saya lihat seringkali
bertanya..
Bilakah keputusan SPM di umumkan?..
Tinggi sungguh harapan dia.

Kalau dulu..
Masa Peperiksaan..
Seringkali terdengar kata-kata semangat darinya
Malah sebelum melangkah keluar dari rumah..
Ada saja kata semangat darinya..

Pulang saja kerumah
Pasti saya terdengar keluhan darinya
"Anak ayah..camne exam hari ini..Dapat jawab"
Apabila adik bersuara..
"alhamdulillah dapat"
Saya terpandang raut wajah ayah..
Ada sinar kegembiraan di wajahnya..
"Itulah ayat yang ayah mahu dengar dari anak ayah..
Saban waktu..
Itulah pertanyaannya tatkala musim peperiksaan.


Kini..
Hanya menunggu saat itu..

Buat adik..
Kami sentiasa mendoakan kejayaan dia..



Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Teman

Posted on 3/02/09 by Noraslawatiah mohamad

Hari ini...Saya telan 2 biji paracetamol..500mg..Terima kasih kat kak ma kerana ada stok paracetamol neh..Saya rasa badan saya dah penuh dengan ubat-ubatan...Adeyh..
Ni aje kot..untuk hari neh..


Nota:Hidup ini indah andainya ada cinta di hatimu...

Rajukkah kamu..menyepi tanpa khabar berita..

Sepi seribu bahasa..

ketahuilah..
Kamu lah teman..
Kamu lah sahabat sejati..
Walau berjauhan...
Kamu tetap dekat dihati
Ku rindukan tawamu..
Ku rindukan suasana dulu..
Benih-benih keikhlasan telah kita bajai..
Disirami Kejujuran saban waktu..
Susah senang bersama seiring..
Kau menangis..
Begitu juga aku..
Moga persaudaraan ini utuh hingga akhir hayat..
Sayang sama kamu temanku..

Satu pintaku"ingatku dalam doamu"

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

rintihan

Posted on 29/01/09 by Noraslawatiah mohamad

Apakah telah lenyap kejujuran di bumimu ini oh!tuhan,
kerana sering ku temui
hanyalah topeng-topeng dusta yang mencabar keimanan yang kau bekalkan ini,
Tercarik lagi sekeping hati yang belum pun genap setahun ku rawati....
Apakah besar benar dosa ini?
TUHAN
adakah kau dengar lagi rintihan duka insan hina ini?
Diri ini masih boleh tersenyum jika terputus kasih.
malah masih bisa ketawa...
itulah anugerahmu TUHAN..
Tapi jiwa ini sentiasa merintih...
Mencari kasih dan kejujuran sejati seorg sahabat...
Limpahan rahmat kasih sucimu ILAHI,
belum pernah gersang,
KAU hamparkan segenap alam buana ini,
akulah insan mengemis titis rahmatmu,
diselubungi duka,dosa dan noda,
Ku masih mengharap KAU semadikan ku diiringi keampunanMU.
Tuhan,
pernah dulu,
aku menagih simpati,
kepada manusia yang alpa jua buta,
lalu terheretlah aku dilorong-lorong gelisah,
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah...
Semalam sudah sampai ke penghujungnya,
rasa seribu duka,
ku harap sudah berlalu,
Tak ingin lagi ku ulangi kembali...
berat dosa yang menghiris hati...
Tuhan...
Dosaku menggunung tinggi,
Tapi RAHMATMU melangit luas,
Harga selautan syukurku..
hanyalah setitis nikmatmu di bumi..
Telah lenyap suara2 kegembiraan,
Tiada lagi ukiran senyuman,
yang tinggal kini hanyalah sendu menlingkari kedukaan,
menjalar menyemarakkan membakar seluruh urat nadiku,
Wahai duka,
kenapakah kau bertandang lagi ke lubuk hati ini?
Rupanya kaulah teman yang tidak pernah jemu menemani nanar hati ini,
Jika benar kau teman setia,
Jangan kau berganjak dari tunjang pencakmu..
Bertakhtalah terus kau disitu,
menarilah kau sepuas-puasnya...
XKan ku usir lagi,
kerana setia detikku hanya ditemanimu...
Ku sangkakan kau telah pergi meninggalkanku,,,
Wahai duka,
rupanya kaulah temanku yang paling setia..
AKu kini telah mengerti...

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Masih tiada mood nak meneruskan karya 'rindu semalam'..Ntah kenapa..kerja yang masih bertimbung..sudah pun dapat dibereskan sedikit demi sedikit..syukur alhamdulillah..
Menghabiskan cuti satu hari bersama keluarga tercinta...

Aa..mgkn aku terlupa tentang sesuatu perkara...ad damai di hati.. terasa damai pabila melihat keindahan kebesaran ciptaanNya.. satu lagi..dengan mendekatkan diri padaNya..kita akan bertemu kedamaian yang abadi yang paling hampir dgn kite...Aku copy paste asamtempoyak nye msg..sori asamtempoyak..Aku hanya insan biasa...

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

xd mood..

Posted on 17/01/09 by Noraslawatiah mohamad


Masih mencari-cari mood untuk meneruskan kesudahan karya 'rindu semalam'..Idea sudah ada..tp mood xd..Kemana ia menghilang..Ntahlaa..Kesibukan kerja..membataskan hal yang satu neh..Kerja yang menimbun cam gunung everest..x penah nak surut...Malah makin bertambah dari hari ke hari..Adeyh..Kepenatan amat di rasakan..Sesekali pekena air kelapa muda IM..Aku lupa pada kerja yang sememangnya perlukan penelitian rapi serapi yang mungkin..Thanks to nae n Kd..kesanggupan nak temankan aku ke gerai yang aku kira sinonim dengan aku dan mereka berdua..Dalam pada itu jg..Sempat aku usik Kd dengan kenakalan aku,yang aku kira tahap maksima agaknya..Aku bawa dia ke Jabatan Pendaftaran..Walaupun pakaian dia sempoi..Tp aku ibaratkan kalo nak kata dia BIBIK INDON..Mgkn bley la kot..betoi x nae?Sori kd..jgn marah...

Harap malam nih ad mood nak berkarya..Aku nak sudahkan episod 'rindu semalam' seberapa segera..hee.hee.hee.
Kawan baekku aka kawan setia peneman pi makan roti canai+teh tarik,restoran kampung padang..akan menamatkan zaman bujangnya x lama ag..Hais..seme kwn2ku akan bergelar 'puan'..aku bila lagi yea..Perancangan sudah ada..Kalo ikutkan lah, date dah ada..kad dah tempah..tapi tokey kedai tu ckp..xleh cetak ag..cuz xd name pengantin lelaki.he he he..ya!kawan-kawan..pengakuan berani aku neh..Ampun ya..hanya omong-omong kosong..Jangan marah..Nak makan nasi minyak aku..jemputlah datang umah..Aku suoh mak aku msk..ngeh..ngeh..ngeh..Sesekali terasa sedih gak..kerana selepas neh..xcam dulu la dgn kawan aku yang sorang neh.Tgjwb dia pada suami..Tp ad gak yang hepi nye..Alhamdulillah akhirnya sampai gak jodoh dia..
Ternyata Hidup ini perlukan teman..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Ombak...

Posted on 8/01/09 by Noraslawatiah mohamad


Ke pantai lagi semalam. Berkira-kira melihat matahari senja di kaki langit, nun di hujung pertembungan laut dan langit. Mahukan desiran angin pantai menampar-nampar lembut pipi. Melihat riangnya anak-anak kecil berkejaran di sepanjang gigi pantai. Nun jauh di tengah laut, air membiru. Ada damai di situ. Meresap lembut ke dalam jiwa. Sejuknya hati saat kaki mencecah air pantai. Andai masa tidak mencemburui, pastinya ingin selamanya di situ.
Satu keasyikan yang luar biasa melihat laut terbentang biru. Ombak-ombak kecil dan besar tidak putus-putus menemani pantai. Bergulungan ombak berkejaran menemui gigi pantai. Dan akhirnya pecah di situ. Saya melihat ini sebagai keindahan yang terlalu abstrak untuk digambarkan. Besarnya kekuasaan Tuhan. Dengan hanya meluangkan masa beberapa jam menikmati indahnya pantai, saya membawa pulang ketenangan dan keringanan hati yang tidak terkata. Terasa kedekatan yang amat antara jiwa sendiri dan Pencipta.
Dan bila rembang merah senja mula kelihatan, saya mengorak langkah pulang. Dengan harapan pasti saya akan ke sini lagi kerana mata tidak akan pernah jemu melihat saat ombak pecah di gigi pantai.

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..