Dah 2 3 ari aku x update blogs..bkn pe pun..juz sibuk tahap dewataraya.he he he..Lgpun line internet ad problem sket…Dah x lame dah nak raye..tp still cam neh la..MOOD NAK RAYA XDATANG LAGI…Byk persiapan raya belum aku bereskan…At least baju raya adik terunaku yg 2 org tuh…Mane aku pi shoping ag…Bkn nyer sesaje jeh aku x na pi beli…Tp fhm2 ajelah adik aku yg sorang tuh…Dop KL…status student universiti..Kene wait dia balik..baru bley pi beli…Neh bab baju raya..Kueh raye belum ad satu pun..he he he…malas kan aku neh…Chopp..bkn mls laa…tp sibuk dgn urusan2 yg x penah settle..Kalo xd aral melintang..ari ahad neh bermula la operasi kueh raye..last minute katekan…
Aku rasa raya tahun neh cam hambar je la…Akak2 n abg aku beraya umah mertua diaorg raya pertama…Raya kedua baru lik umah kiteorg…Aduish…x beznyer…Kalo x..mesti seronok..dpt berkumpul beramai2 raya pertama..pi semayang raya same2…
Dah la xd diaorg…nati aku la yg akan jd chef untuk msk pg raye.. menu pe na msk yerkk?..wawaahaha…seme aku nak kene settle…
Tp yang paling beznyer..ayah aku belanja sate pg raye tuh....yum!yum! sodap tuh…Ayah aku memang fhm selera anak2nye…
Mlm raya nanti aku rancang na wat barbeque kat umah..sesaje nak kasi akak2 n abang aku tergugat...he he he….Mesti diaorg lik ptg raya tuh…wahaha…nakal la aku neh…selalu usik diaorg…
Ari sabtu neh Akak aku yg dop johor akan balik umah kiteorg jap…singgah berbuka sebelum bertolak ke umah mertuanya…Aku rindu bangat sehh sama ADIK ALYA…rindu nyer kat adik alya…Kalo ad ms nati aku upload pic adik alya keyh..
Kali neh aku n kuarga x balik kg..Juz beraya kat c.ni jeh..Akak n akak ipar ku dlm pantang,,,Kami sepakat x balik kg…Mgkn aidiladha baru lik kg jupe nenek terchenta n sanak sedara…
K.laa..aku ad keje sket...
Mood nak raya..
0 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
RAMADHAN KIAN MELABUH TIRAINYA
Aku taw kali neh aku ngaji lewat sket cuz pembuka tirai ramadhan..aku dah x bley puasa dahh..Tp itu bkn alasan untuk aku teruskan usaha..Malah semangat baru untuk aku nak fight adik2ku…Buktinya…pas sahur..aku dah x tido…sambung ngaji…sampai subuh..Aku dah letakkan target aku sendiri dalam bulan ramadhan neh..mlm ke 15 aku dah sampai juzuk 20…alhamdulillah..aku dah mencapai target aku tuh…dan aku “work for it..”Aku rasa bangga sekali dalam diri aku..aku dah mencapai sasaran…Malah kali neh aku abes ngaji lebih awal dr kebiasaannya…Nw..bley la aku slow2 jeh start ngaji balik seperti kebiasaannya..
Neh bab mengaji..Bab terawih lak….aku taw kekadang aku penat lik umah…na tlg mak msk ag..tp bkn alas an untuk aku lupakan terawih…lgpun bg aku kehadiran ramadhan sekali dalam setahun…jd manfaatkan la sebaik yg mungkin..Alhamdulillah aku dapat laksanakan..Nw dah penghunjung ramadhan..dgn kate lain malam 10 terakhir ramadhan..Sebagaimana orang laen memanfaatkan 10 mlm2 terakhir neh…begitu jg aku..aku x mahu lepaskan peluang kehadiran ramadhan kali neh..Kalo pi masjid..dah x ramai yang pi masjid tunaikan terawih…bley kira dgn jari la..kalo dulu..masjid penuh..nw xd laa..kemana mereka2 neh yerk..aku sendiri pun xtau..xyah la na ckp sal org laen..bln2 pose neh kurus la pose…he he he..
Tpkan kehadiran ramadhan kali neh..memberikan sinar baru buat aku..aku bersemangat pi keje..xd la penat ke…ngantuk ker..tido pun x cukup..Aku tido kul 12.00 mlm..kul 3.30 pg da bangun dah..tlg mak aku msk untuk bersahur…Ayah aku tuh suka sahur seawal pg..kalo sahur kul 5.00am dia kate lewat sgt..bek awal..xdla tergopoh gapah…ok la tuh…Pas mkn jeh..aku x tido dah…aku wat la ap yg patut sementara nak wait subuh menjelang n nak pi keje…kalo diikutkan hanya beberapa jam aku tido…Sambil2 tuh aku on la radio bilik aku..dngar koleksi lagu2 raya…dah boring dgr lagu raya..aku muhasabah diriku dgn mendengar IKIM.FM..mencuci telinga ku dgar irama2 nasyid dan tazkirah ramadhan..alunan zikir munajat dan bacaan2 ayat suci alquran…x salah sekali sekala..kita memunasabah diri kite neh..atleast kite sedar..kite neh kekadang alpa dgn duniawi…hidup ini hanya sementara..Mgkn sedikit sebanyak menginsafkan kite…tul x?..Kalo kite x tlg diri kite..sape lg na tlg diri kite..Dgn kate lain..Tuhan xkan mengubah nasib hambaNya melainkan hambaNya mengubah nasib mereka sendiri..
k.la kat bwh neh aku upload keistimewaan MALAM LAILATUL QADAR..selamat membaca...
1 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
MALAM LAILATULQADAR
Mengenai cerita dan riwayat yang dikatakan berlaku pada malam itu perlu kita selidiki mengenai sejauh mana ia bertepatan dengan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Banyak pandangan beberapa sahabat dan ulama mengenainya antaranya ialah pandangan Imam Ghazali. Menurut beliau malam ini boleh diketahui melalui:
· Jika awal Ramadan pada Ahad atau Rabu, maka lailatulqadar pada malam 29 Ramadan.
· Jika awal Ramadan pada Isnin, lailatul qadar pada malam 21 Ramadan.
· Jika awal Ramadan pada Selasa atau Jumaat maka lailatulqadar pada malam 27 Ramadan.
· Jika awal Ramadan pada Khamis, lailatulqadar pada malam 25 Ramadan.
· Jika awal Ramadan pada Sabtu, maka lailatulqadar pada 23 Ramadan. Selain tanda itu malam ini juga boleh dikenali dengan beberapa tanda iaitu:
· Malam itu langitnya kelihatan suci bersih.
· Bulan bercahaya segar dan terang benderang.
· Udaranya nyaman, tidak sejuk dan tidak panas.
· Langit tidak diganggu bintang.
· Matahari pada waktu paginya memancarkan cahaya seimbang seperti cahaya bulan purnama.
· Melakukan solat sunat Rawatib, Tarawih dan sunat lain.
· Memperbanyakkan berdoa seperti "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka ampunkan aku".
· Membaca, mempelajari dan mengkaji al-Quran kerana hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim menyatakan: "Jibril menemui Nabi Muhammad SAW pada setiap malam Ramadan dan bertadarus al-Quran"
· Berzikir menyebut nama Allah, firman Allah SWT, "Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras pada waktu pagi dan petang, dan janganlah engkau sampai dikira orang yang lalai."(Al- A'raf :205).
· Memperbanyakkan sedekah kepada kaum kerabat dan fakir miskin. Hadis riwayat Bukhari Muslim menyatakan Nabi Muhammad SAW paling pemurah membuat kebajikan lebih-lebih lagi pada Ramadan ketika Baginda SAW dikunjungi Malaikat Jibril.
· Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan kerana ini cara terbaik untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang, sebaliknya memberi rangsangan untuk melakukan perkara yang disuruh. Diharap dengan beriktikaf akan ditemui lailatul qadar kerana ia berlaku pada 10 malam terakhir. Disebut dalam kitab Fath al-Qadir daripada Aishah r.a. berkata "Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadan, Nabi banyak berjaga kerana ibadah, Baginda membangunkan keluarganya mengasingkan diri daripada isterinya."
· Qiamullail iaitu bangun beribadat pada malam hari. Kelebihannya seperti difirman Allah Taala bermaksud "Dan bangun pada sebahagian daripada malam serta kerjakan "sembahyang Tahajud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji." (al- Isra': 79)
0 ulasan Filed Under: muhasabah diri | Continue>>>
putusnya cinta
Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.
Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…
1 ulasan Filed Under: CORETAN | Continue>>>
kau permainkan ku..
Aku persis Sang Pungguk yang merindukan bulan. Bulan yang dari kejauhan tampak indah bercahaya dan berseri menerangi malam yang kelam. Tapi kita sering lupa bahwa cahaya itu adalah cahaya pinjaman cuma. Keindahan yang bersifat sementara, keindahan yang merupakan kepuraan semata-mata.
Begitulah diri mu. Aku terikat pada janji-janji pena mu. Aku mengharap pada kasih yang tak pasti. Aku memuja bayangan dirimu. Coretan pena mu memukau diri ku agar aku terus percaya dan lupa kepada realiti.
Tapi kini aku sedar…aku perlu kembali ke alam nyata. Aku harus lupakan kuasa pena mu, aku harus lontarkan segalanya jauh dari hidup ku. Biarlah nota-nota cinta mu menjadi sejarah. Sejarah pahit yang mengajar aku menjadi lebih dewasa dalam cinta. Usah kau permainkan aku lagi dengan pena mu…
2 ulasan Filed Under: CORETAN | Continue>>>
NOVEL PILIHAN SEPTEMBER

Sinopsis:
Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!
Kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Sabar itu separuh daripada iman. Itulah rentetan sebuah kehidupan Nurul dan Aril. Kesabaran mereka diuji apabila permata hati yang bertahun-tahun dinanti disahkan mengalami komplikasi jantung. Terasa luluh dan remuk redam hati apabila impian yang bertahun-tahun dianyam, dicarik tanpa rela.Di saat getir beginilah, terjadinya satu keajaiban. Pertemuan Nurul dengan Carisha... ibu muda yang disahkan menghamilkan bayi yang tidak dapat dijangka hayatnya. Bukan menyerah kalah, bukan cepat pasrah, tetapi Carisha nekad ingin mendermakan jantung si anak buat mereka yang lebih memerlukan. Tapi, bolehkah? Semudah itukah?
SEJUTA NAFAS CINTA... menyelami erti sebuah kecekalan. Kekuatan hati sepasang wanita melalui segala kemelut... me ngenepikan gelojak perasaan semata-mata untuk membahagiakan hati sendiri, juga hati lelaki bernama suami yang adakalanya sukar dimengerti. Kesabaran apalagi yang diharapkan andai segala pengorbanan telah dipertaruhkan? Segala kesetiaan telah dicurahkan? Segala doa telah dititipkan?

sINOPSIS:
DILARA seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya-raya. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dia dapat duduk setaraf dengan golongan elit? Apatah lagi berkahwin dengan jejaka idaman kalbu yang digilai oleh ramai gadis.
Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah orang kaya bagi menggantikan ibunya yang sakit. Dalam diam, dia dapat mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yang membara. Namun, apakan daya, Orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya, Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorang diri. Bagi Orhan pula, perkahwinannya dengan Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar-benar belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mata mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati. Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya, perceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun, bersediakah Dilara menghidupkan kembali khayalan yang telah dibuangnya itu?
1 ulasan Filed Under: novel | Continue>>>
pic kawen
Ari tuh aku janji nak upload pic adik aku kawen..jd aku tunaikan janji aku….
Nengok la pic neh…
1.Kesian kat aku taw..Aku dipaksa jadi pengapit adik aku lorh..Malu amat sgt..tp aku control laa.
2.disebabkan kekalutan melanda..aku terlupa bw kipas pengantin tuh..he he he..taw la aku neh..seringkali lupe non…
3. aku taw..aku dalam kepenatan lorh..mlm kenduri aku x tido sgt..tlm makcik2 kat dapur…Kemas dapur…mcm2 la,,,,kalo aku senarai kat c.ni comfirm pnjg lak artikel aku kali neh..Jd aku ringkaskan aje keyh…
4.Time kenduri..1 ari aku x mkn..lapar gler..tp aku xd selera na mkn..cuz penat gler…
3 ulasan Filed Under: album | Continue>>>
tirai ini
Aku masih berdiri teguh
Mengintai kenangan
Yang sering menggamit rindu
Disebalik tirai ini
Aku melontar pandangan
Keluar jendela
Mengimbau kenangan silam
Disebalik tirai ini jua
Aku sering menitipkan
Kata-kata dan nasihat buatmu teman jua
Buat diri ku yang sering alpa....
0 ulasan Filed Under: Ilham | Continue>>>
kebahagiaan2
0 ulasan Filed Under: Ilham | Continue>>>
senyum...
1 ulasan Filed Under: album | Continue>>>
KEBAHAGIAAN...
Aku pasrah..
Aku redha..
Sukar untuk aku membuat pilihan..
Sebuah Kebahagiaan…
Secalit Kekecewaan…
Bila mana pilihan menjadi sandaran..
Hanya hati yang mengerti…
Kekayaan duniawi menjadi ukuran..
Tersilap kah aku kali ini..
Mencipta keputusan yang tidak pasti..
Hanya padaMu ku pasrah…
Berilah aku kekuatan..
Kurniakanlah aku ketabahan..
Moga hari esok.
Masih ada sinar kebahagiaan..
Untuk hambamu ini..
Amin…
0 ulasan Filed Under: Ilham | Continue>>>
NUR DAMIA QAISARA vs MUHAMAD DANIAL DANISH
Salam kawan-kawan..nama saya tie..he he he..sori aku ciplak dialog katun upin n ipin.xd pe yg nak aku syer melainkan aku dah dpt 2 org anak sedara baru tahun neh serentak..juz beza minggu jeh..nengok la pic baby neh..
0 ulasan Filed Under: album | Continue>>>
Rentetan perjalanan idupku
Firstly..
1.Jumaat mlm..aku ke PSPN untuk program anugerah gading bersilang…Wakil org lab..terasa malu gak cuz aku bersama org besar n ketua bidang…terasa kerdil nyer aku..uhuks!uhuks!..Tp aku ad misi yang harus aku tunaikan..aku kikis perasaan ini…he he he…Saat mendebarkan..apabila SMART diumumkan menang 1 persatu anugerah di rangkul baek PMR ataupun SPM…terbukti SMART adalah skola kluster terbaek..idup SMART…Saat2 yang mendebarkan aku adalah pengumuman ANUGERAH GADING BERSILANG..KATEGORI MAKMAL SAINS DINAMIK..haisy!berdebar semacam jeh…tetiba aku terdengar MC tuh sebut.."pemenang tempat pertama anugerah gading bersilang jatuh kepada SMK ABDUL RAHMAN TALIB.KUANTAN…"terasa bangga sekejap..bertapa gahnye nama SMART pd mlm itu…tepukan gemuruh para hadirin membuatkan aku bangga seketika…pas neh kami kene bersedia mgkn ada kunjungan lawatan dari mane2 untuk melihat makmal smart…Yang best nyer SMART sapu bersih anugerah gading bersilang neh..termasuk laa makmal computer..PKKP dan anugerah perdana…Nak taw x nape anugerah neh dinamakan anugerah gading bersilang..sebenarnye aku x taw pun..mlm anugerah neh baru aku taw..Anugerah Gading bersilang neh di ambil sempena lambang kerajaan Negeri Pahang dan kekuatan kesultanan Melayu Pahang..Anugerah ini akan menjadi lambang kekentalan perjuangan para guru dalam mebina kecemerlangan Pendidikan Negeri Pahang..aku x amek pun pic ms kat PSPN neh…aku x bw kamera..nati kalo dpt pic tuh..aku upload kat blogs aku key..arap sbr menunggu..he he he..skematik jap…
2.ari sabtu…aku kuar ke Bandar semata-mata nak beli kamera digital baru...taraar..akhirnye..pilih punya pilih..dpt gak aku 1 kamera canon neh..hage pun mahal gak RM1300.00..Suke nyer aku…aku bkn nak membazir..tp aku perlukan kamera neh memandangkan makin lame..pelbagai brgan baru kuar di pasaran..aku terikut2 dgn perubahan zaman..zaman dah maju ke depan..aku ap ag..ayooh! selangkah maju kedepan…he he he…Nw dalam beg aku mesti aku bw kemana saja kamera neh…aku jatuh cinta dgn kamera neh sbb 10.00 mgpixel..gambar pun terang..memuaskan ati aku…Tp aku dlm proses nak blaja function kamera neh..susah sket..kene study buku nyer lorh..bak kate asamtempoyak..kalo dah makin canggih..function nyer pun makin sukar sket…he he he..xpew!xpew!aku akan blaja n terus blaja sampai aku mahir menggunakan kamera neh..kate pujangga..nak seribu daya ..xnak seribu dalih..dimana ada kemahuan..disitu ada jalan.ish!aku ase aku cam karam singh la plak..yela..karam singh kan selalu dgn pepatahnyer..ngeh3..
3.Waktu petang lak..aku ke sanctuary..cherating…program turtle adoption project..form 6..chief dmision x laen x bukan..datin genga..he he he…aku planning baek nyer…nak taw sebelum pi program neh aku dah tanye pendpt asamtempoyak dulu..yg mane elok pi..penyu ke sambutan merdeka..Nak taw ap kate asamtempoyak..Program penyu mencintai ciptaan allah swt..sambutan merdeka lak melihat persembahan bebudak..Aku ase cam nak pegi kedua nyer sekali..okish!aku tima pendpt asamtempoyak kali neh tanpa bantahan..he he he..thanks to asamtempoyak..cdgn yang baek nyer…Ap ag aku wat la perancangan yang baek…nak pi tngok penyu dulu baru pi smart nengok sambutan ambang merdeka..he he he..X sangka lak..ad owg nak itot join aku pi nengok penyu..ap ag..aku ajak la…aku x kesah nyer..tp aku suoh tanye mak dia dulu..kalo mak dia bg..bley la ikut aku..okish!mak dia bg…tp kan…ad sorg lagi nak join gak..prince charming..he he he..aku x kesah pun..mesti ad org nak taw sape kan sidia tuh..alaa..aku ase aku x yah bgtaw laa.cmfirm dah ada yg taw…kat bwh neh aku upload program pelepasan anak2 penyu ke pantai..selamat menengok la yerk..
~Senyuman mahal dihiasi lesung pipit~
~anak penyu~
4.Mlm lak..aku pi smart bersama asamtempoyak..ap ag nengok malam ambang merdeka…first time aku pi..bese nyer aku x penah pi pun..ntah camner aku leh pi..he he he…best la..dapat mkn ubi kayu..ala2 org kampong gitu..pakaian pun tema kekampungan..nengok la aku berbaju kurung berkain batek..org kg gitu…budak2 pun same gak…
~ Perempuan melayu terakhir..pakai kaen batik~
0 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>