rintihan
0 ulasan Filed Under: bicara hati | Continue>>>
Cherating...
Aku akan berkursus sekali dgn zam..kire sama dgn kursus kat melaka ari tuh..Ya! zam...get ready 4 gempaq holiday villa cherating...he he he..Arap2 zam dpt mengekalkan Group paling ceria..He he he..SMART WAVE..ingat kate2 neh..ingat hajah rubiah yup..heee..Lupe nak bagitaw..Aku start kursus 8 hingga 11/02/2009..sekejap jeh..Masa neh no blogging..sayonara jap yea..Aku xcited la nak pi kursus neh...Just nak kuar dari smart sekali sekala..Mengubah suasana sekejap..Mahu merasai angin pantai yang mendamaikan..Pergi membawa diri..Tenangkan hati..Mencari kedamaian yang abadi..Cherating..nantikan kedatangan aku!!!!ceyh! berpuisi lah plak..
0 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
bosan
0 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
Kumilikmu vs djah..
Malam ney xd citer yang menarik minat ku untuk tonton tb..Ingatkan ada drama "KU MILIKMU"..bleh la aku tonton bersama mak,ayah dan adik gewdik aku yang sorang tuh..Ntah bile lah heroin nye bertukar menjadi jelita.penat menunggu...Tpkan drama neh kan..cam perli jeh..yelah!spekmate bapak buruk nye..Dah la besar gler..cam spek driver pilot versi lame dulu..alaah citer omputeh versi zaman dlu...Kalo sape2 tengok chanel 551 Discovery channel taw la kot..ad sekali sekala,diaorg tunjuk driver pilot tuh pakai spek..cam gitu la..Lg satu dressing lagi laa..Nak menunjukkan heroin tuh bertapa hodohnya..Hais..ase cam citer yo so betty la fea jeh lak..he he he..Tp 1 jeh pengajaran yg dapat diambil dari citer neh..Jangan pandang pada paras rupa..tp pandanglah pada hati budi..Hais..post aku keli ney..melibatkan ati lagi la yea..
Ayah aku sendiri penah cakap.."biarlah sakit mata..tp jangan sakit hati"nak taw apa makna tersurat di sebalik kata2 tuh...Aku x mahu cakap..Tanya la ayah aku sendiri..Aku sure..kalo sape2 tanya..comfirm dia akan xplain dari A sampai Z..Dalam bab memilih pasangan..ayah aku terlalu open minded..ye! kan ayah kan..he he he..
Apa la aku merepek kali neh..Ntah pape ntah..
Tadi aku cakap sal adik gewdik tu kan..Ntah apa la angin dia tu ari ney...Agaknya keboringan tahap maksima kot..sampai aku baru jeh nak melelapkan mata..kire..baru na start bermimpi..ada ke patut dia jerit 'kak tie..ular..ular"dia siap baling ag ular plastik tuh kat bdn aku..Adeyh...apa lagi..terkejut katak lah aku..dengan spontan aku bangun sambil menjerit...Secara drastik bangun...Jantung neh berdegup kencang..Naseb baek xd heart attack..Kalo x..x taw la..Penangan adik gewdik nyer pasal..Naseb la..
Rasanya tiada apa lagi aku nak citer..aku tido dlu la yea..
Jumpa laen kali kawan-kawan..
Jaga diri kamu yea
Rindu sama kamoo..
byeep
Nota: Gembira dapat gelaran akak no.3..Yang penting ukhwah persahabatan berpanjangan..Kejujuran lebih penting..Tul x djah?..Sayang sama kamo...Hati merah itu untuk kamoo jg..Jaga lah ia baik2..Jgn sesekali dcemari ia dgn racun pemusnah dan virus2 yg bleh merosakkan ia..Hati itu terlalu mahal buat saya dan buat kamoo djah..Xdpt di jual beli..x dapat di nilai dgn kebendaan..Bajai lah ia dgn kejujuranmu..Sirami lah ia dgn benih2 kesetiaan...Harga sebuah persahabatan terlalu bermakna...
0 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
renunglah..
0 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
22.01.2009
0 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
Tie..
hari ney..byk keje na kene aku settlekan..Antaranya..aku cuci molecullar DNA model.(tengokla pic kat bwh tu..)lawakan..colourfull ag..
Pic kat bwh neh Health scale..kiranye jd rebutan pelajar2..Pantang nampak..ad jeh yg nak timbang..Tu yg aku sorok jaoh2 sket..he he he..
Tengahari :Sembang2 dgn en hazah..sambil aku menaip..sambil bersembang..heee..Topik hangat sal nak buka kedai farmasi...Menarik gak tu..Bley la aku try..Tp wait pencen dlu la kot...Masih byk agenda nak kene settlekan..Na sambung blaja ag..itupun kalo masih lagi larat na ngadap buku..Adeyh..K.la da na balik da..aku choww dlu...
0 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
Masih tiada mood nak meneruskan karya 'rindu semalam'..Ntah kenapa..kerja yang masih bertimbung..sudah pun dapat dibereskan sedikit demi sedikit..syukur alhamdulillah..
Menghabiskan cuti satu hari bersama keluarga tercinta...
Aa..mgkn aku terlupa tentang sesuatu perkara...ad damai di hati.. terasa damai pabila melihat keindahan kebesaran ciptaanNya.. satu lagi..dengan mendekatkan diri padaNya..kita akan bertemu kedamaian yang abadi yang paling hampir dgn kite...Aku copy paste asamtempoyak nye msg..sori asamtempoyak..Aku hanya insan biasa...
0 ulasan Filed Under: bicara hati | Continue>>>
meet uncle hussain

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Yang dikawal oleh jari jarimu
Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua
3 ulasan Filed Under: lirik lagu | Continue>>>
xd mood..
1 ulasan Filed Under: bicara hati | Continue>>>
Rindu semalam
Tatkala merenung ke ruang jendela yang luas terbentang..kelihatan seorang gadis merenung sendirian mencari ketenangan diri..Mencari sesuatu yang telah lama hilang..merindui kasih seseorang yang telah menghilang tanpa khabar berita...Mengharap sesuatu yang entah bila akan digapai..
“ aku hanya insan kerdil yang hanya mampu berdoa dan berdoa agar kau kembali padaku..menagih kasih yang telah terpisah.Rindu yang bersarang di hati ini bilakah akan terubat.Kau pergi tanpa khabar berita”Rintih Alya sendirian..berlinangan air mata membasahi pipi gebunya...
"Haruskah kau robek hati ini setelah sekian lama kita bajai dengan kejujuran dan kesetiaan..Apakah salah aku..."Desis alya lagi..
Dari luar bilik terdengar suara pekikan sahabat baik alya..Alya!bukalah pintu..aku ada hal nak cakap dgn kau”
Alia membisu seribu bahasa tanpa sepatah jawapan..Dia tahu dan teramat tahu kawannya itu memang seorang shbt yang begitu setia dan mengambil berat akan dirinya..
“Alya!tolonglah buka pintu..aku ada hal nak cakap dgn kau..Alya..please...kalau kau anggap aku neh kawan baik kau...bukalah pintu neh”kata Iman penuh pengharapan..
Alya lantas menuju ke pintu bilik dengan lemah longlai beserta langkah yang lesu..
“Maafkan aku iman.aku tidak bermaksud nak menyakiti hati kau”Pinta alya penuh simpati
“aku faham perasaaan kau alya..kita kan kawan baik sejak di bangku sekolah lagi”
“Aku tahu iman..tp aku tidak mahu menyusahkan kau”Kata alya penuh pengharapan.
Tapi kita tetap kawan sampai bila-bila..aku tahu kau sedang bersedih alya..Apa salahnya aku kongsi kesedihan yang kau tanggung itu”pinta iman dengan nada lembut.
Sebelum sempat alya menceritakan masalahnya..iman terlebih dahulu sudah memeluk erat kawannya,persis sang kakak memeluk adiknya..
Pada masa yang sama juga..terdengar suara tangisan alya..memecah kesunyian bilik tersebut..
“Iman..kau lah sabahat baik aku dunia akhirat..Kau sanggup menolong aku di kala aku dalam kesusahan dan kesedihan..Aku tidak mahu membebankan kau dgn masalah aku nih”Rungut Alya
“Alya! Selagi hayat dikandung badan..aku tetap ada di sisi engkau..”
“Aku sedih iman..sampai hati nazrul meninggalkan aku tanpa khabar berita”ngomel alya dengan nada sedih.
“Mngkin nazrul ada sebab untuk berbuat begitu”Pujuk iman lagi.
“Tapi aku terlalu menyayangi nazrul..dia lah yang mengajar aku tentang erti rindu dan tentang cinta..aku sedih..iman..apa salah aku pada nazrul..”Alya bersuara dgn nada sedih sambil dilinangi air mata..
“Alya..aku mungkin mentah dalam bab cinta neh..aku tahu..aku tidak pernah jatuh cinta..tp sbg kawan hanya kata-kata nasihat yang mampu aku berikan pada kau..aku harap kau bersabarlah..berbanyakkan berdoa padaNya moga kau tabah dalam menempuh semua ini..”
“Aku mengerti Iman..Tp sesekali aku rasa aku dipermainkan..setelah benih cinta berputik di dasar hatiku..nazrul berlalu pergi tinggalkan aku sendirian ..sekurang-kurangnya tinggalkanlah sesuatu pada aku…agar aku tidak tertunggu-tunggu sebegini rupa”rungut alya lagi
“Kau kena ingat iman,.Kau masih lagi ada aku..keluarga dan adik-adik kau yang masih menyayangi kau....Aku sayangkan kau alya..Kau terlalu baik untuk aku..aku tidak mahu kau kecewa sehingga kau mengabaikan pelajaran”Pinta iman mengharapkan pengertian dari alya..
“Aku tahu iman..Aku perlukan masa untuk merawat luka yang telah bersarang di hati ini..tolonglah aku iman..aku mahu kau bersama-sama aku untuk meneruskan kehidupan yang masih bersisa ini”
“Alya, sudahlah bersedih..hidup kita masih panjang lagi…kita ada misi untuk diselesaikan..Aku ada cita-cita..begitu juga kau..Aku mahu kita sama-sama berjaya menggengam segulung ijazah atas bukti kesungguhan kita selama ini..masihkah kau ingat janji kita pada kuarga kita dulu..mereka semua mahukan kita berjaya alya.Jangan kerana nazrul..kau gagal..Kau kena kuat melawan semua ini”Kata-kata iman persis seorang pakar motivasi.
“Iman..malam ini aku nak kau temankan aku tidur..bolehkan..aku perlukan kau sekarang ini..”pinta alya penuh pengharapan.
“Okeyh alya..aku akan temankan kau malam ni..tapi dengan syarat..boleh kan?..
“Kerana kau iman..aku sanggup”kata alya bersahaja.
“Mulai hari ini aku mahu kau bina hidup baru bersama semangat baru..Aku mahu kau jadi alya yang kuat semangat..penuh dengan benih-benih kegembiraan..memori luka itu kau lontarkan jauh-jauh dari dasar hati kau..”
“Jika itu yang kau pinta iman…aku akan cuba jadi seperti yang kau harapkan..tp aku perlukan masa untuk merawat luka ku ini..aku harap kau faham”Pinta alya penuh pengertian..
“Aku faham alya...jom la tidur..dah pukul 1.00 pg da..dah lama aku tidak tidur sekatil dengan kau”
Suasana bening malam berlalu begitu sahaja..meninggalkan alya dan iman dalam pelukan erat di atas tilam empuk..Bertapa akrabnya mereka…Bertuah alya kerana memiliki seorang sahabat baik yang sanggup berkorban apa sahaja untuknya..Ukhwah yang terbina atas dasar keikhlasan semata-mata..
************************************************************************************
Keesokan paginya..alya kelihatan bersemangat untuk memulakan hidup baru..kenangan bersama nazrul biarlah berlalu pergi..walaupun terlalu perit untuk dilupakan..Alya tahu..dia kini ada misi untuk di teruskan..belajar hingga Berjaya..Dia mahu buktikan pada nazrul..dia boleh Berjaya tanpa nazrul..
“Alya..kau okey ke?”tanya iman..
“Aku okeyh iman..Iman..thanks for everything”
“sama-sama alya....kitakan kawan baik…Aku sayang kau sebagai sahabat..dan aku dah anggap kau sebahagian daripada keluarga aku sendiri”Pinta iman bersahaja.
Mereka bersama-sama melangkah ke dewan kuliah Tun Abdul Razak untuk memulakan sessi kuliah Ekonomi Perakaunan…
Nota ; Bersambung untuk bab 2 seterusnya keyh..
Cerita ini hanya karya semata-mata..tiada kena mengena dengan pemilik blogs dan orang sekeliling..Ilham datang tatkala pemilik blogs sibuk membereskan kerja..Tanpa berlengah lagi..Pemilik blogs terus menaip satu persatu ayat dan kata-kata yang hadir bagaikan air..Idea datang tanpa diundang..Nah terhasil la satu karya/novel/cerpen melalui idea spontan...
Yang pasti,pemilik blogs tidak berminat untuk berkarya..hanya sekadar suka-suka..mengisi ruang waktu yang ada..
Maaf di pohon kerana karya ini mgkn bersiri..jd nantikan siri seterusnya..selamat membaca...
2 ulasan Filed Under: novel tie | Continue>>>
12/01/09
ari ney xd yang menarik pun..Just..Pg subuh lagi dah kejutkan bdk2 nakal aka kanak ribena suoh bangun solat subuh..hee..
Sampai skola aku kacau bakal doktor..saje nak test IQ dia..heee...Mane taw leh jadi doktor pakar setanding dgn mak n ayah dia.heee...K.la..kat c.ni aku upload sms aku n bakal doktor tuh..
Tie : Doktor....Saya sakitla nak minta ubat bleh x?
Bakal doktor : Aa..saya x bagi ubat kepada yang x pantang seafood..hee
Tie : (Dalam ati,aku taw la...aku allergic seafood..tp degil gak..x pantang makan seafood)
Kedekut la doktor neh.hee.Xd la doktor..Mlm smlm dan ari ney saya x makan seafood pun.. ubat laenla doktor..
Bakal doktor : Dah2?ubat ati xd taw..
Tie : Ap la doktor neh..saya dah ada 1 ati da..wat pe na byk-byk..1 cukup la..hee
Bakal doktor : abes tu ape?
Tie : Doktor..laen kali laa saya bgtaw..saya ada keje sket la nw..
(Kebetulannya aku ada keje na di settlekan)
Nota : sebenarnya aku nak bgtaw aku sakit RINDU n na ubat rindu..heee..tp bila bakal doktor tu dah bgtaw ubat ati xd..aku jd mls la...na bgtaw..Aku rasa la..kalo aku bgtaw aku na ubat rindu..comfirm dia ckp..rindu pun berkait dgn ati gak..ye x doktor..heee
Kesimpulannya..hanya omong-omong kosong di pagi hari..
TENGAHARI:
- Sessi penggambaran untuk pic staff..sorang2 geng aku kene amek pic..Cegu helmi yang snap..Tp kan..nak taw..geng2 aku seme control macho n jelita..Atleast si Ayen..berapa kali nak kene snap.adeyh..Ad jeh x jadi...Heee..Aku n d geng kacau dia...Masa dia tengah serius tu kan..kan...ap ag...seme2 geng naik hantu la...mcm2 usik dia...ckp..senyum...aku lak cakap..."sengeh...gg tu nampak"agaga..
- Aku ajar ragbar-anekdot camne nak letak ruangan komen dan counter kat blogs..Nw..kat blogs dia da ada ruangan komen..hee.
4 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
ohh~uniknya~uniknya~singapura~
0 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
Aku ; )

Moga-moga hidup kita senantiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.
1 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
Ombak...
Satu keasyikan yang luar biasa melihat laut terbentang biru. Ombak-ombak kecil dan besar tidak putus-putus menemani pantai. Bergulungan ombak berkejaran menemui gigi pantai. Dan akhirnya pecah di situ. Saya melihat ini sebagai keindahan yang terlalu abstrak untuk digambarkan. Besarnya kekuasaan Tuhan. Dengan hanya meluangkan masa beberapa jam menikmati indahnya pantai, saya membawa pulang ketenangan dan keringanan hati yang tidak terkata. Terasa kedekatan yang amat antara jiwa sendiri dan Pencipta.
Dan bila rembang merah senja mula kelihatan, saya mengorak langkah pulang. Dengan harapan pasti saya akan ke sini lagi kerana mata tidak akan pernah jemu melihat saat ombak pecah di gigi pantai.
0 ulasan Filed Under: bicara hati | Continue>>>
Pg yg dingin
Irama lagu-lagu nasyid berkumandang,menyucikan halwa telinga..mendamaikan aku yg sentiasa keseorangan menyusuri jalanraya..Hanya ditemani lampu-lampu neon dan kenderaan lain.Mereka sama seperti aku..satu tujuan..ke satu destinasi...
SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI SEBELUMNYA... Harap masih ada kesabaran menangani kemarahan yang bermaharajalela dalam diri..Amen
Nota: Secebis cetusan ilham tatkala pemanduan di waktu pg.
0 ulasan Filed Under: coretan hati | Continue>>>
Pergilah sepi

“Pergilah Sepi..Aku Ingin Bahagia Lagi”
Ingin bahagia lagi. Biar payah akan terus mencuba. Kerana hidup ini bukan untuk diri sendiri semata-mata. Nafas yang bertahan ini adalah juga tempias hidup dan kebahagiaan orang lain. Senyum yang terukir di bibir biarpun tidak berbekas gembira di hati namun mampu memancarkan bunga-bunga keceriaan dalam kehidupan insan lain. Tentunya senyuman dan kebahagiaan itu untuk insan-insan yang lebih berhak. Kehidupan kini lebih baik dari sempurna. Tiada kata mampu terungkap untuk sebuah kesempurnaan dari penilaian mata hati. Tiada apa lagi yang dicita. Cukup sahaja kegembiraan bersama keluarga dan teman-teman.Masa kian berangkat meninggalkan jalur-jalur usia. Umur semakin meningkat hingga tidak sedar rupanya kebahagiaan ini juga memerlukan lebih dari ‘kesempurnaan’ kehidupan di kala ini. Kerinduan untuk bertemu pendamping dan peneman jiwa sepertimana insan lain sesekali bertamu bagai tertusuk-tusuk dalam hati ini. Namun pantas hati berbisik….. “Tubuh ini hanya punya satu hati…Andai diberikan semua hati itu, diri ini sudah tidak punya apa-apa…”
Cuba untuk menyayangi kerana diri ingin disayangi lagi….
0 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
Kerang..
K.la,sok aku keje..na kene bangun awal...eksperimen dan start dah..Nampak gayanya aku semakin sibuk la...owh!ya sblum berundur diri aku lupa nak bagitaw..
HARI INI AKU SEMAKIN RAJIN BERSAMA AZAM BARU DAN SEMANGAT BARU...
Semoga semangat ini akan terus kekal sampai bila-bila..amen..
0 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
Mood malas
0 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
Aa...Malaslaa
0 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
Hujan..
Di fatamorgana kehidupan ini, masa makin meninggalkan kita dari sehari-ke sehari. Dunia kian berputar, tanpa sedar, ke pelusuk gema alam dan mega merah di langit yang sentiasa tegak bagai peraturan undang-undang di bawah kekuasaanMu. Tuhan, indah nian ciptaanMu. Di pagi yang sentiasa manis tersenyum bagaikan memberi keyakinan pada hambaMu. Dan petang, angin pun bertiupan sepoi bahasa mengusap lembut tubuhku… malam pun melabuhkan layar selepas tika senja dinihari yang indah.. dan matahari,, yang bercahaya di siang hari,, bagaikan malu menyembunyikan diri di kala senja…. Indah.. bgaikan mengakui kekuasaanMu…
Di balik titisan hujan itu,, ada hambaMu yang cuba merenung kejadian Mu… Ada titisan air mata,, menitis apabila mengenangkan,, apakah amalanku mencukupi dengan segala kurniaMu dan anugerahMu….
Berikan hambaMu ini pimpinan… agar tidak tersesat dari landasan… padaMu ku panjatkan doa,, keredhaanMu ku harapkan… dan,, lembutkanlah hatiku,, untuk sentiasa bersyukur atas segala rahmat pemberianMu… dan..,, tabahkan jiwaku,, agar aku dapat melayari dunia penuh pancaroba…
hanya padaMu tuhan… Ku serahkan segala pengharapan dan padaMu jua ku harapkan maghfirahMu…
(dipetik dari ukhwah.com)
Nota : Waktu hujan adalah satu waktu paling sesuai untuk bermuhasabah. Melihat ke dalam diri, merenung dosa-dosa lalu, memikirkan perjalanan hidup yang masih belum pasti bagaimana kesudahannya, membisik dan berkata pada diri. Ya Allah, tidak aku mampu hidup di dunia ini tanpa Mu. Bimbinglah diriku, keluargaku dan sahabat-sahabatku,dalam menjalani hidup ini. Amin ya rabbal alamin…
0 ulasan Filed Under: Sembang2 | Continue>>>
HUJAN..
0 ulasan Filed Under: lirik lagu | Continue>>>