Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

Hanya sekeping kad..

Posted on 10/11/09 by Noraslawatiah mohamad

Hanya sekeping kad..
Uniknya..
Kreatifnya si pemberi..
Sanggup bersusah payah.
Demi seorg kawan yang belum pernah bertegur sapa..
Siapa sangka..
Perkenalan hanya di alam maya..
Facebook dan blogging permulaan
sebuah ikatan persahabatan..

Nota: Ucapan Terima kasih dari saya,Saya amat menghargainya..Salam ukhwah dari saya..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

lawatan ke kuala terengganu

Posted on 3/11/09 by Noraslawatiah mohamad

Pagi yang dingin,ketenangan amat dirasakan..
Perjalanan yang tenang tanpa kesesakan lalulintas yang merimaskan.
Ditemani alunan muzik mendamaikan hati dan perasaan.
Tatkala keseronokan bermaharajalela di sanubari.
Meninggalkan bandar kuantan seketika,
Menuju ke satu destinasi yang saya kira sinonim dalam diri saya.
Pun begitu,pada zahirnya diri ini anak jati terengganu..
Aaaarrhhh!terasa amat janggal ke sana..
Terasing di daerah sendiri..

Dari satu daerah ke satu daerah di susuri dan di tinggalkan begitu sahaja.
Menuju ke destinasi dengan tenang tanpa gangguan.
Perjalanan yang sangat lancar.
Sesekali terlelap juga,kalah dengan kesejukan penghawa dingin bas..
Ditambah lagi dengan cuaca yang mendung di luar sana..
Hujan sudah pun membasahi bumi.
dua tiga jam berada di dalam bas,sesekali terasa bosan.
Mungkin juga kawan kat sebelah seorg yang pendiam,
Begitu juga saya,yang sememangnya seorang yang pendiam.
Tidak banyak yang kami perbualkan.
usia persahabatan yang saya kira masih baru setahun jagung,
Bilakah agaknya akan sampai ke destinasi..
Mata asyik menjeling pada jam tangan..
Namun..Harus banyak bersabar..
Lebih kurang jam 12.30 pm,tiba di destinasi yang pertama iaitu Muzium Negeri Terengganu.


Hujan masih lagi renyai-renyai..
Namun itu bukan alasan..
Misi tetap di teruskan..


Pertama kali melangkah kaki ke sana,terasa teruja seketika.
Muzium yang penuh dengan barang-barang antik beribu tahun lamanya tersimpan rapi.
Ternyata hidup ini penuh dengan kegemilangan dan keunikan tersendiri.


Pengalaman naik 'train' yang entah keberapa agaknya,sangat mengujakan.


Uniknya ciptaan manusia,penuh dengan kesenian.
Bangunan di ukir indah semata-mata mahu menarik kehadiran pelancong untuk datang kesekian kalinya..


Melangkah keluar dari muzium lebih kurang pukul 2.30 petang..
Terus bertolak ke Taman Tamadun Islam..

Sampai saja taman tamadun islam,
Ke tempat untuk makan tengahari..
Menumpang teduh sambil menjamu selera di Beteng..
Sempat juga pekena ABC..
Namun tidaklah sesedap ABC kuantan.
Mungkin juga perut sudah kenyang.
Almaklumlah baru sahaja selesai makan nasi ayam..
Bergerak menuju ke taman monument..
Saya kira terlalu canggih di sini.
Pasport digunakan sebagai tiket untuk masuk kesana.
Saling tidak ubah macam 'check in' ke lapangan terbang.
Siap ada cop ibarat nak ke luar negara.
Jakung kah saya?
Sempat juga saya baca artikel yang ada pada pasport..
Difahamkan ada 21 buah monument yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan islam sebagai sebuah agama global lagi sofiskated.
Ianya satu pengalaman yang unik buat saya.

Berbasikal menyusuri setiap monument sangat menyeronokkan,
walaupun kekadang janggal,Mungkin sudah lama pencen dari aktiviti berbasikal ini,sejak zaman sekolah rendah saya tinggalkan sekian lamanya...
selepas itu,bertolak ke masjid kristal yang saya kira tidak jauh dari taman monument tadi..

Senibinanya yang unik dan memukau pandangan.
Saya kira masjid kristal ini lambang keagungan negeri terengganu yang sinonim sebagai sebuah negeri islam hadhari.
~Bertolak ke SMK Lembah Bidong,bermalam disana~

Sebelum tu,berhenti di restoran seri budi untuk makan malam.
~Hari kedua di kuala terengganu~
Aktiviti pagi bermula,sesi lawatan di SMK Lembah Bidong bermula dan tamat pada pukul 12.00pm
Bertolak ke Pasar payang..
Sesi shoping akan bermula..
Sebelum tu,sempat singgah di sebuah gerai keropok lekor.
Saya kira,tidak lengkap pergi kuala terengganu tanpa membeli keropok lekor.
Petang: menuju ke destinasi seterusnya Sutera semai..

Padangan depan sutera semai.






Proses sutera di hasilkan..

Bertolak balik ke kuantan..
Kepenatan amat di rasakan..
Pun begitu,ianya satu pengalaman yang sangat indah buat saya.
Terima kasih daun keladi kepada mereka-mereka yang berkenaan..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..