Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid SRK 2010

Posted on 8/12/09 by Noraslawatiah mohamad

Wah!dah lama tidak update blogs.Sangat sibuk dengan urusan stok kat sekolah+lawatan dari jengka.
Minggu lepas,saya terlibat dengan jawatankuasa pemilihan pelajar SKR 2010 di mega view kuantan.3 hari berkampung di sana.hehhe.Sangat seronok,dapat jumpa kawan baru+kawan lama..
Kami..hehehe
Disebabkan saya bahagian 'key in" markah pelajar,saya di amanahkan simpan laptop JPNP,termasuk la bawa balik ke bilik. Banyaknya nak kene bawa,handbag lagi..laptop lagi..sangat berat..huhu..seme sama warna..laptop hitam,handbag hitam,sweater hitam,seluar hitam..yg cerah,saya dan tudung jeh..ngeeee
Sedang khusyuk kira markah pelajar.Kekadang ada juga yang saya tidak faham tentang pemarkahan untuk ke SRK..hehehe.Terpaksa rujuk kepada yang pakar. (^_^)

Sempat menjeling kat zura,Masa nie..bg isyarat kat zura suruh cepat bersiap..Ye!la,kiteorg memang sinonim dengan datang lambat,balik lambat...makan pun lambat..pendek kata,selalu lambat la..hehehe

Aaa,Serius lak.Sebenarnya bukan wat kerja..Tapi online FB..hehehe.
Menyalahgunakan laptop kerajaan..hehehe..
Disebabkan ramai yang dah balik rumah dan ada yang dah balik bilik memasing,hanya tinggal saya,zura dan pegawai-pegawai JPNP.tengok sandwich roti byk lagi..ape lagi,tapau bawa balik bilik la.hehe..

Hari terakhir di mega view.Bersama dengan laptop JPNP...Yeay!yeay!da abes da..
sayonara..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Hanya sekeping kad..

Posted on 10/11/09 by Noraslawatiah mohamad

Hanya sekeping kad..
Uniknya..
Kreatifnya si pemberi..
Sanggup bersusah payah.
Demi seorg kawan yang belum pernah bertegur sapa..
Siapa sangka..
Perkenalan hanya di alam maya..
Facebook dan blogging permulaan
sebuah ikatan persahabatan..

Nota: Ucapan Terima kasih dari saya,Saya amat menghargainya..Salam ukhwah dari saya..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

lawatan ke kuala terengganu

Posted on 3/11/09 by Noraslawatiah mohamad

Pagi yang dingin,ketenangan amat dirasakan..
Perjalanan yang tenang tanpa kesesakan lalulintas yang merimaskan.
Ditemani alunan muzik mendamaikan hati dan perasaan.
Tatkala keseronokan bermaharajalela di sanubari.
Meninggalkan bandar kuantan seketika,
Menuju ke satu destinasi yang saya kira sinonim dalam diri saya.
Pun begitu,pada zahirnya diri ini anak jati terengganu..
Aaaarrhhh!terasa amat janggal ke sana..
Terasing di daerah sendiri..

Dari satu daerah ke satu daerah di susuri dan di tinggalkan begitu sahaja.
Menuju ke destinasi dengan tenang tanpa gangguan.
Perjalanan yang sangat lancar.
Sesekali terlelap juga,kalah dengan kesejukan penghawa dingin bas..
Ditambah lagi dengan cuaca yang mendung di luar sana..
Hujan sudah pun membasahi bumi.
dua tiga jam berada di dalam bas,sesekali terasa bosan.
Mungkin juga kawan kat sebelah seorg yang pendiam,
Begitu juga saya,yang sememangnya seorang yang pendiam.
Tidak banyak yang kami perbualkan.
usia persahabatan yang saya kira masih baru setahun jagung,
Bilakah agaknya akan sampai ke destinasi..
Mata asyik menjeling pada jam tangan..
Namun..Harus banyak bersabar..
Lebih kurang jam 12.30 pm,tiba di destinasi yang pertama iaitu Muzium Negeri Terengganu.


Hujan masih lagi renyai-renyai..
Namun itu bukan alasan..
Misi tetap di teruskan..


Pertama kali melangkah kaki ke sana,terasa teruja seketika.
Muzium yang penuh dengan barang-barang antik beribu tahun lamanya tersimpan rapi.
Ternyata hidup ini penuh dengan kegemilangan dan keunikan tersendiri.


Pengalaman naik 'train' yang entah keberapa agaknya,sangat mengujakan.


Uniknya ciptaan manusia,penuh dengan kesenian.
Bangunan di ukir indah semata-mata mahu menarik kehadiran pelancong untuk datang kesekian kalinya..


Melangkah keluar dari muzium lebih kurang pukul 2.30 petang..
Terus bertolak ke Taman Tamadun Islam..

Sampai saja taman tamadun islam,
Ke tempat untuk makan tengahari..
Menumpang teduh sambil menjamu selera di Beteng..
Sempat juga pekena ABC..
Namun tidaklah sesedap ABC kuantan.
Mungkin juga perut sudah kenyang.
Almaklumlah baru sahaja selesai makan nasi ayam..
Bergerak menuju ke taman monument..
Saya kira terlalu canggih di sini.
Pasport digunakan sebagai tiket untuk masuk kesana.
Saling tidak ubah macam 'check in' ke lapangan terbang.
Siap ada cop ibarat nak ke luar negara.
Jakung kah saya?
Sempat juga saya baca artikel yang ada pada pasport..
Difahamkan ada 21 buah monument yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan islam sebagai sebuah agama global lagi sofiskated.
Ianya satu pengalaman yang unik buat saya.

Berbasikal menyusuri setiap monument sangat menyeronokkan,
walaupun kekadang janggal,Mungkin sudah lama pencen dari aktiviti berbasikal ini,sejak zaman sekolah rendah saya tinggalkan sekian lamanya...
selepas itu,bertolak ke masjid kristal yang saya kira tidak jauh dari taman monument tadi..

Senibinanya yang unik dan memukau pandangan.
Saya kira masjid kristal ini lambang keagungan negeri terengganu yang sinonim sebagai sebuah negeri islam hadhari.
~Bertolak ke SMK Lembah Bidong,bermalam disana~

Sebelum tu,berhenti di restoran seri budi untuk makan malam.
~Hari kedua di kuala terengganu~
Aktiviti pagi bermula,sesi lawatan di SMK Lembah Bidong bermula dan tamat pada pukul 12.00pm
Bertolak ke Pasar payang..
Sesi shoping akan bermula..
Sebelum tu,sempat singgah di sebuah gerai keropok lekor.
Saya kira,tidak lengkap pergi kuala terengganu tanpa membeli keropok lekor.
Petang: menuju ke destinasi seterusnya Sutera semai..

Padangan depan sutera semai.






Proses sutera di hasilkan..

Bertolak balik ke kuantan..
Kepenatan amat di rasakan..
Pun begitu,ianya satu pengalaman yang sangat indah buat saya.
Terima kasih daun keladi kepada mereka-mereka yang berkenaan..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Teman

Posted on 14/10/09 by Noraslawatiah mohamad


Teman,
Andai dapat ku titip kata-kata indah.
Ingin sesekali ku hadiahku buatmu.
Mengubat duka lara yang tersimpan.
Agar saban waktu kau gembira.
Namun..
Aku hanya insan biasa.
Tiada apa-apa..
Hanya sekalung doa..
mampu ku utuskan..
Moga kita..
ABADI SEBAGAI KAWAN..SAHABAT DAN TEMAN..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

update

Posted on 9/10/09 by Noraslawatiah mohamad

Sudah lama tidak update blogs..Kesibukan sentiasa menjadi alasan utama sedangkan diri ini ketandusan idea.Walhal banyak urusan keluarga yang harus didahulukan.Ya!memang sibuk dengan urusan rumah yang belum pun selesai.Ditambah lagi keadaan rumah yang dalam proses pengubahsuaian.Tersangat lah sibuk..Ayah,ku lihat terlalu gembira kali ini,mungkin tidak sabar menyambut kehadiran orang baru.Dengan kata lain,bakal menantu perempuan.Selepas ini,kakak ipar ada kawan.Kalau x,sesi bergambar..hanyalah kakak ipar seorang saja..yang lain abang ipar..Kesibukan menguruskan hal rumah yang tidak pernah selesai membataskan segala-galanya,ditambah lagi keadaan rumah yang dalam proses pengubahsuaian.Minggu depan,bermula lah operasi memunggah semua barang-barang ke dapur kerana ruang depan rumah akan diruntuhkan..Haisy!banyak barang-barang yang perlu di alihkan.Jawabnya terlalu tidak selesa berkampung di dapur..Hujung minggu ini,nak atau tidak,terpaksa menyiapkan kerja mengecat ruang dapur.Almaklumlah,bila semua barang-barang di angkut ke ruang dapur.Amat sempit dan sukarlah nak mengecat..Aaa..tema di dapur adalah kehijauan..Pilihan adik-beradik yang majoritinya menyukai warna hijau..Syukur alhamdulillah..Kesepakatan dan kesefahaman dalam keluarga masih lagi kukuh dan utuh.Buktinya,kami bergilir-gilir berbuka puasa dan berkampung di rumah kakak dan abang.Alangkah gembiranya dapat berkumpul beramai-ramai.Ayah dan mak,ku lihat terlalu gembira apabila melihat kami satu keluarga termasuk cucunya bergelak ketawa,bergembira dan bergurau senda.Diharapkan akan kekal sampai ke akhir hayat..Amin..
Terima kasih ku ucapkan pada adik yang banyak membantu ku dalam urusan keluarga yang memerlukan pengorbanan yang besar..Tidak terdaya bahuku memikul seorang diri..Mungkin juga tersungkur di tengah jalan akibat kurang rehat..Sibuk ke hulu dan ke hilir..Semua urusan diletakkan di atas bahu ku..Bukan ini saja,malah apa jua yang memerlukan pendapat,aku menjadi sumber rujukan mereka.Aku tahu,aku bukanlah arif dalam soal kehidupan,namun kepercayaan mereka terlalu tinggi padaku..Namun,sebagai anak..aku redha..
Pernah aku terdengar ayah bercakap "kiranya tiada aku di sisi,patah lah sebelah kakinya"..Saat itu juga,hatiku merintih..Kesedihan menyelubungi sanubari..Menitiskan air mata depan mereka.Tidak sesekali..Bagi ku..biarlah mereka tahu..aku sebagai anak terlalu tabah untuk berbakti kepada mereka..Kalau difikirkan,jasa mereka terlalu besar buat kami.Apa salahnya aku balas jasa mereka selagi masih ada ruang waktu yang singkat ini.
kawan-kawan,
Mungkin blogs ini tidak dapat di update seperti kebiasaannya..Saya sangat sibuk dengan urusan rumah..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

yeay!yeay!da raya..

Posted on 27/09/09 by Noraslawatiah mohamad

Syukur alhamdulillah...akhirnya hari ini, berjaya juga menghabiskan puasa 6,walaupun terlalu banyak dugaan datang yang sememangnya menguji kesabaran dan keimanan saya semata-mata..Terasa sedikit kegoyahan tatkala ketiadaan air paip di rumah..Nasib baik tangki air besar,saya kira boleh buat swimming pool..hehehe..Tapinya tangki air tu belum pun siap di sambung pada paip utama.hanya sekadar tangki simpanan air waktu kecemasan..Sangat penat nak angkut air dari tangki ke dapur..Hais!berpeluh jugalah,tambahan pula saya berpuasa hari ini..Nak masak tengahari pun,terasa seksa..Almaklumlah kena angkut air..huhuhu..
Rumah pun dalam proses pengubahsuaian..Sangat kelam kabut..
Hari ini juga,abang ipar datang semata-mata nak buat pendawaian elektrik di dapur..Ingatkan siap lah hari ini,tapinya tidak siap,kena tangguh 2 minggu lagi..Minggu depan, saya dan keluarga akan pulang ke kampung..tidak sabar menunggu minggu depan..Yelah!berkonvoi 1 keluarga..Mungkin semuanya akan pulang ke kampung..Wah!penuh dan sesakla rumah tok wan..hehehe..

Nota kaki: Semoga saya sentiasa sabar dalam apa jua dugaan yang datang..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

penantian 1 penyeksaan

Posted on by Noraslawatiah mohamad

Pagi yang indah dapat saya rasakan..Desiran ombak pantai sepat mendamaikan..Terasa nyaman seketika..Indahnya ciptaan allah swt..Ketenangan dapat dirasai..Sekali sekala lari dari kesesakan Bandar dan kesibukan sebagai anak,mendamaikan..Terasa bebas dari segala yang bersarang dalam minda..Mengasingkan diri di pantai sepat,semata-mata mahu menyudahkan novel sulung yang sekian lama sepi tidak terusik..Kesibukan membataskan segala-galanya...
Hajat di hati, ingin beraya di rumah kawan sebelum pergi ke pantai sepat..Tapi tidak kesampaian,kawan ada hal yang harus di dahulukan..Rajukkah saya?membawa hati yang lara ke pantai sepat..Terlalu sensitive kah saya?..ya!memang sensitive..tapi hanya seketika Cuma..Sepatutnya saya menghabiskan puasa 6 yang berbaki 1 hari.Tetapi niat dihati,ingin beraya di rumah kawan,semata-mata ingin menziarahi dibulan yang mulia..saya tunda puasa 6 tersebut pada hari ahad aka esok..Tidak diakui,masa turun dari rumah,memang xcited nak pergi beraya..Lain yang di rancang,lain pula jadinya..Pasrah saja lah..siapalah saya?hanya hamba allah yang serba kedhaifan..mengharap pada yang tidak sudi…Hanya mampu melarik mimpi,bukan reality..Menanti pada sesuatu yang belum pasti,..huhuhuhu..

Novel hanya siap separuh saja..tuntutan padaNya harus saya dahulukan..tambahan pula azan zohor sudah lama berkumandang…Lebih kurang jam 3 petang,Bergegas tinggalkan pantai sepat..Tidak mahu terlalu lama di situ..Bertolak ke masjid besar semata-mata mahu menunaikan kewajipan padaNya…
Selesai saja solat,call aisyah..tanya tentang rancangan kedua..Sempat di beritahu,beraya di rumah kawan lewat petang,sebab dia free lewat petang..Aisyah pula sibuk menyelesaikan assignment yang harus didahulukan..Saya mengiakan saja..Bagi saya,itu dah tugas dia selagi dia bergelar pelajar..Sabar menunggu dan menunggu sehingga jam 4 petang..Aisyah pula akan free pukul 5 petang…Tetiba terasa sangat bosan dan mengantuk yang teramat sangat…Yelah!sehari suntuk keluar dari rumah tanpa arah tuju…sudah b.o.s.a.n..”Aah..balik saja lah ..sudah bosan dengan keadaan sebegini..menunggu sesuatu yg belum pasti”detik hati ini..Lantas..saya pandu kereta keluar dari Bandar kuantan..Masa ini,sempat saya send msg kat aisyah memberitahu rancangan petang ini dibatalkan..

Nota kaki:Alangkah bagusnya kalau saya terus berpuasa 6 hari ini,kalau x,mungkin saya dah raya esok..huhuhu..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

gembiranya

Posted on 17/09/09 by Noraslawatiah mohamad

Pagi tadi sampai sekolah lewat sikit dari kebiasaannya..Wah!meriahnye..Lagu raya berkumandang sana sini,Sesekali terasa suasana raya pulak...sangat seronok..Rasa macam tidak sabar menyambut kehadiran syawal..huhu..Malam ini,nisa ajak pergi berbuka kat padang MPK..beria-ria ajak..Tengoklah dulu,kalau sempat saya pergi,almaklumlah balik rumah kena masak dulu.Dah siap masak baru boleh keluar..
Esok,dah start cuti selama 1 minggu..Esok jugalah saya sibuk membuat persiapan terakhir sebelum syawal tiba..Esok juga nak start buka daun palas untuk ketupat..Sangat teruja dan tidak sabar..Kalau ada masa,saya snap pic ketupat hasil tangan saya..hehehe..Bagitaw:Kali pertama saya masak ketupat..
K.la..dah nak balik da..kawan-kawan:selamat bercuti dan selamat hari raya..jaga diri...berhati-hati di jalanraya...

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

14.9.2009

Posted on 11/09/09 by Noraslawatiah mohamad

Ramadhan sudah kian ke penghujungnya..tinggal beberapa hari lagi..syawal akan menjelma.saya,masih lagi sibuk menguruskan hal rumah yang tidak akan selesai..Pulang dari kerja,terus ke dapur masak makanan untuk berbuka..Setakat ini,tidak pernah beli lauk yang dah siap di masak..Saya akan masak sendiri.Lagipun ayah sememangnya tidak suka makan kat luar..Suka makan kat rumah...Kerap kali saya ajak ayah dan mak berbuka kat luar sekali sekala,tapinya ayah memang tidak mahu..Teringin juga nak makan ikan bakar..hehehe..

Persiapan syawal,belum pun ada dalam fikiran saya sekarang ini..Cuma baju raya untuk adik-adik,mak dan ayah telah saya beli sebelum ramadhan tiba..Untuk diri sendiri...Tiada langsung..Baju raya, tidak berkesempatan nak beli..Kalau beli kain pasang,memang tiada yang nak ambil tempahan..Demi keluarga,berkorban la..Saya akui..saya memang sibuk menguruskan hal rumah...Xpelah,kali ini sambutan raya secara bersederhana saja.Mujurlah,ayah dan mak batalkan rancangan nak balik kampung saat-saat akhir..Ayah ada urusan yang harus di selesaikan..Lagipun raya ke-4,adik ada rancangan nak buat kenduri doa selamat sempena dia dan suaminya akan terbang ke london pada 5.10.2009..Adik akan ikut suaminya yang akan sambung belajar phd di universiti of london.

Pagi tadi,sampai di sekolah seawal jam 7 pagi,apply cuti untuk esok.Yeay!yeay!esok saya cuti..sangat suka..Entah kenapa,sejak akhir-akhir nie mood nak kerja hilang entah kemana...berbalik pasal cuti nie,pagi tadi jumpa lin semata-mata nak check bagi cuti terkini,dengar khabar angin cuti saya ada 40 hari lagi..Adeyh!apasal makin banyak...Terkejut seketika..Seingat saya,cuti saya berbaki 27 atau 28 hari lagi..Lin bagitaw kesilapan pada buku rekod perkhidmatan dan rekod sekolah...Now!kene rujuk yang dari JPNP...Aduh!lemah semangatku..bilakah akan dapat ku habiskan cuti yang sebanyak itu..Mungkin cuti itu akan burn begitu saja atau sempat saya habiskan sebelum tahun depan..entahlah?terlalu awal untuk difikirkan...
Lagi satu kad raya..Belum berkesempatan beli..Esok atau lusa memang dah kena pos daa..Kalau x,mungkin kawan-kawan akan terima selepas raya..hehehe..Walau apapun,akan mencuba sedaya upaya saya membeli kad raya hari ini juga..huhuhu..

K.la!saya ada kerja yang harus diselesaikan..

Kawan-kawan:selamat berpuasa..Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan hari-hari terakhir ramadhan dengan sebaik-baiknya...

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

sahabat

Posted on 10/09/09 by Noraslawatiah mohamad






Mungkin waktu kan terus berlalu, membawa buih-buih pergi menjauh.
Dan manusia hanyalah butir pasir berserak di hamparan zaman,
yang mengikuti kemana angin takdir berhembus.
Dan mungkin waktu melapukkan batu,
membuat besi menjadi karat;
Mengubah dunia menjadi tidak seperti yang kita kira dan angankan.
Walau sungguh pun waktu berkuasa,
persahabatan sejati takkan mudah pudar olehnya
Akan kenangan saat mimpi-mimpi bersemi semerbak,
dan akan kenangan saat mimpi-mimpi terhempas berkeping di jalan berlubang kehidupan
dan kau ada di sana sebagai sahabat yang memahami segala keluh kesah.
Atas kebaikan yang mungkin tidak kau sedari,
oleh sekadar alasan yang membuat hidup ini lebih memiliki erti;
menjauhkan rasa sepi sedari.
Dan sahabat, jika apa yang kita miliki memang persahabatan yang tulus,
maka ada tali silaturahim yang mesti kita jaga.
Walau jarak merenggangkan ikatan,
dan harapan-harapan membawa kita berlayar ke negeri-negeri asing;
ketahuilah bahawa ada seorang sahabat yang akan membantumu
jika engkau memerlukannnya.
Nota kaki: Sesungguhnya kau lah sahabat,kau lah teman...Budi baikmu sekeluarga tidak sesekali ku lupakan..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

sepi

Posted on by Noraslawatiah mohamad

Kurasakan, embun pagi yang sejuk memberikan kesegaran di dalam hati
Rumput-rumput pun tersabit di tengah kegelisahan jiwa
Matahari menunjukan sinarnya bahwa ia ingin bangkit dari tidur panjangnya
Udara sejuk di pagi hari siap mengiringi langkahku sepanjang hari…

Waktu seakan berputar, malam pun telah berganti
Langkahku sekian berubah menjadi lelapnya angan serta mimpi-mimpi yang panjang
Surau-surau gelapnya gelita telah kulalui dengan sendirinya
Zaman kulalui seiring dengan berjalannya waktu

Haruskahku memohon pada kenistaan dewa kegelapan
Akan setitik cahaya yang kunantikan di tengah kegelapan
Mungkinkah ku takut menghadapi kelamnya hati yang
Meronta-ronta.
Kurasa tidak…

Di tengah-tengah kehampaan jiwa
Aku mendengar deburan ombak melambung tinggi seperti khayalku
Inginku bukan seperti ini, mengapa…!!
Bayang kalbu menyilaukan bayang-bayang semudi batin yang tersiksa
Haruskahku menanti sang purnama
Di dalam keegoan yang seolah dikuasai oleh amarah dan nafsu semata
Mungkinkah ku mampu, mengalahkan bisingnya jiwa di tengah kehancuran diri
Rasanya diri ini dinaungi kabut hitam yang seolah-olah
Merangkaikan kisah sedih di pagiku ini
Akan, kisah perpisahan sang waktu dan serpihan cinta yang telah hilang…

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

sedih

Posted on 4/09/09 by Noraslawatiah mohamad

sedih, sedih, dan sedih
hendak menangis mencurahkan perasaan
tapi,
selalu, selalu, dan selalu
airmata tak terjatuh..........
kemanakah airmataku ?

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

gila masak

Posted on 1/09/09 by Noraslawatiah mohamad

Waah!dah lama tidak update blogs..kesibukan sbg surirumah membataskan segala-galanya..saya skrg jatuh cinta dgn masak memasak nie.Sejak mak tidak sihat,saya lah tukang masak kat rumah..kerja saya hanya tolong mak kat dapur...itu dulu,tidak sekarang..tugas di dapur telah saya ambil alih..
Sekarang,saya dah pandai nak bajet makan untuk berapa orang..kalau 1st time masak tuh,selalu lah dapat kritikan dari juri-juri pro yg tidak puas hati..hehehe..kekadang tawar laa...kekadang termasin laa..kekadang tidak kena dengan selera bos..yelah kan..biasanya mak yang masak..tetiba anak dia yang masak..hehehe..Sejak akhir-akhir nie,ayah dah puji masakan saya..Saya tengok dia makan dah bertambah..kira berselera lah..mungkin dah kena dengan selera dia..Wahaha!saya dah gila memasak..petang nie,berbuka nak masak laksa penang+bubur jagung+ayam masak kari +ayam kfc untuk makan malam..air pula..paling spesial sepanjang puasa..ais blended chocolate nescafe..ala-ala coffe moccha..hehehe..pepandai jeh nak ubah resepi dari internet..ayam masak kari+ayam goreng kfc tuh,menu untuk mak..memandangkan dia skrg sedang berpantang..huhuhu..

kelmarin saya masak laksa lemak..kebetulan ada lebih lagi laksa..jadi apa salah nya saya masak laksa penang semata-mata nak abiskan laksa kelmarin...huhuhu..tanya ayah...ayah cakap owkeyh jeh..sangat senang hati..Kebiasaannya saya akan tanya ayah atau mak nak makan apa untuk berbuka.bagi saya,apa-apa hal..biarlah diaorg tentukan..Lagipun!bila tengok diaorg makan berselera terasa gembira dan senang hati..



bagitaw: bubur jagung tuh,permintaan dari ayah..dia nak makan..akan berusaha memasak,memandangkan menu hari ini banyak..huhuhu..Aaa..sempat ke?sampai rumah lebih kurang pukul 5.15 petang..ngeee
Esok..menu apa lak yea?hehehe

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

sepi

Posted on 28/08/09 by Noraslawatiah mohamad


Akrabnya tutur lidahku
Resah dijiwa kian terlerai
Ibarat keheningan malam sesudah taufan
Nun jauh di sudut hati
Aman di sanubari terubat sepi

Mekar sejambak kuntuman bibir
Enggan mengukir peristiwa silam
Lantaran sepi kuheret ketepi
Ingin mencari satu kepastian
Seri diwajah tersimpan seribu rahsia
Sinaran titisan air mata ternokhtah di tabir jendela jiwa
Aku pasrah pada ketentuanNya

Indah bicara tersusun kata
Derai ketawa pengubat hati yang lara
Akan kekalkah ia?

Yang pastinya amat kuselami
Undangan sepikan bertamu lagi di jendela hati.

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

=p.

Posted on 25/08/09 by Noraslawatiah mohamad

Usah merayu pada yang tidak sudi,
Usah mengharap pada yang belum pasti,
Ayuh!teruskan perjalanan..
Langkah belum terhenti..
Yang pasti..
Dihujungnya ada kebahagiaan..


Nota:Kita hanya manusia biasa yang hanya mampu melarik mimpi bukan realiti..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

teman

Posted on 24/08/09 by Noraslawatiah mohamad

Padamu teman aku berkata
jangan tinggalkan aku dalam duka
kerana aku tak kuat menderita
tanpa dirimu disisiku

Padamu teman aku berkata
jangan lupa ingatkan aku berpuasa
kerana aku insan perindu syurga
yang ingin selalu dekat denganNya

Padamu teman aku berkata
mari kita tahan lapar bersama
demi cita-cita masa depan kita
untuk bahagia selamanya di syurga

Padamu teman aku berkata
jangan biarkan aku menderita
dalam siksaan api neraka
kerana lalai berpuasa

Padamu teman aku berkata
ajaklah aku berpuasa
jangan bosan sampai sedarku tiba
kerana sungguh ngeri terlempar ke neraka

Padamu teman aku berkata
ingatkan aku panasnya api neraka
siksa pedih buat yang sengaja
melalaikan kewajipan puasa

Padamu teman aku berkata
buktikan dirimu sahabat sejati
dengan tak henti-henti
mengajakku menjauhi dari siksa neraka
dengan berpuasa penuh kala Ramadhan tiba

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

sibuk

Posted on 20/08/09 by Noraslawatiah mohamad

Waaaa!semalam dah start sibuk dah.Dapat surat dari JPNP,perlantikan sebagai pengawas bagi peperiksaan pembantu makmal anjuran KPM.huhu...sangat tidak suka..nak atau tidak,kena lah buat juga..Fuhh!banyak juga alat radas yang kena sediakan walaupun calon hanya 10 orang jeh.. akan berusaha dan buat yang terbaik..insyaallah.
Pesta makan-makan,hanya sempat 1 hari jeh,kalau ikutkan 3 hari berturut-turut..tidak kisah lah..yang penting,dapat jugalah berpesta sebelum ramadhan tiba...Aaa..pesta makan-makan jeh taw..pesta laen tiada dalam agenda..Almaklumlah,nanti sebulan berpuasa..mungkin susah sikit nak makan KFC,mcd,pizza atau makanan segera..ngeee..Kebiasaannya berbuka di rumah bersama keluarga tercinta..
ni je la..nak settlekan alat radas untuk peperiksaan..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

lewat petang

Posted on 19/08/09 by Noraslawatiah mohamad

(gambar ehsan:suatu ketika di taman gelora..)

Lewat petang itu.
Aku melangkah sendirian..
Lemah longlai tanpa arah tuju..
Mencari haluan dalam gemerlapan.

Jauh di suatu sudut,.
Kulihat damainya disana..
Desiran ombak memukul pantai..
Keunikan alam memukau pandangan
Suara kanak-kanak berteriakan..
Memecah kesunyian…

Lewat petang itu..
Ku gagahi diri..
Melangkah pergi..
Esok datang lagi..

Nota kaki:nukilan ini tiada kaitan dengan pemilik blogs dan sesiapa,hanya luahan semata-mata.

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Rajukkah dia???
sepi tanpa khabar berita..
Bukan niatku..
menyakiti hatimu.
Aku hanya insan biasa..
Tidak lari dari kesilapan..
Maafkan aku..
kiranya aku yang bersalah..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

yeay!yeay!dapat juga update..

Posted on 15/08/09 by Noraslawatiah mohamad

Akhirnya dapat juga update blogs setelah 2 minggu tidak terusik..kesibukan sebagai anak memaksa saya melupakan seketika blogs ini..Tumpuan sepenuhnya pada ibunda tercinta memaksa saya untuk melupakan seketika dunia blogging ini…Kemana saya menyepi?..saya sibuk menjaga emak yang tidak sihat dan menguruskan hal rumah..
Kepenatan amat di rasakan..namun tanggungjawab sebagai anak membuatkan segala kepenatan hilang begitu sahaja..Malah terasa amat berbangga dan berpuas hati dapat menolong keluarga..Tidak di akui,bangun seawal jam 4.30 pagi..menyebabkan saya tidak cukup tidur.tidak pernah bangun se awal begini,melainkan untuk bersahur di bulan ramadhan.Mengorbankan masa tidur semata-mata nak masak sarapan pagi dan tengahari untuk ayah dan mak.Yelah!betul kata kak ma..tanggungjawab itu datang sendiri bila sampai masanya….tengoklah..saya sekarang sudah berubah..bangun seawal pagi,sediakan sarapan untuk keluarga..selepas masak,saya akan bersiap ke sekolah..Jam 6.30am akan bertolak ke sekolah..tapi sebelum itu,saya akan pastikan semua makanan untuk sarapan pagi tersedia atas meja…
Dalam perjalanan ke sekolah..fuuuh!ngantuk gila weih..bayangkan kereta yang saya pandu tu..sekejap ke tepi sekejap ke tengah..kemengantukkan yang teramat sangat…tapi!kata nadia af..redah aje..syukur Alhamdulillah..walaupun dalam keadaan mengantuk yg amat sangat…saya selamat sampai ke sekolah..Time kat sekolah..masih lagi tidak duduk diam,banyak kerja yang harus saya selesaikan,terutamanya kad stok yang tertangguh sekian lama…Tapi minggu ini,dapat saya siapkan sepenuhnya..syukur Alhamdulillah….amat berpuas hati sebab saya gunakan computer dan printer..kira nampak kemas lah..Mungkin saya sudah biasa bekerja dengan datin genga yang saya kira amat perfect dalam setiap tugasan dan apa jua yg dilakukan..Ini adalah factor utama saya terikut dengan kerja datin genga,mahukan penelitian dan hasil kerja yang kemas..Kerajinan yang ada dalam diri saya sekarang adalah mungkin juga saya terikut dengan cara kerja kak ana amin yang saya saya lihat begitu rajin…setiap kerja yang dia lakukan memang kemas..yelah kan…factor sekeliling mempengaruhi kita untuk jadi yang terbaik..memotivasikan kita..hehehe..lagi satu,terasa amat bertuah,dikelilingi oleh kawan-kawan yang ceria sokmo…selalu gelak ketawa yang kekadang menghappykan saya..huhuhu..Berbalik pada cerita tadi kan…hari khamis dan jumaat,saya jadi cikgu fizik..mengajar dan bagi demo pasal radioaktif..sangat seronok..bagitaw pasal cloud chamber,spark counter,gm tube,radioactive..zarah alfa,zarah beta dan sinar gama..ngeee..

Minggu nie,tidak dapat temankan kawan,memandangkan dia sunyi dop sesorg kat rumah....maaf yea kawan,saya sibuk dengan hal keluarga....lain kali saya datang..


Nota kaki: amat berharap mak cepat sembuh..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

sangat sibuk..

Posted on 2/08/09 by Noraslawatiah mohamad

Aa..dah lama tidak update blogs..Saya sibuk dengan urusan keluarga yang memerlukan perhatian yang lebih dari kebiasaannya..Minggu lepas sibuk dengan urusan adik-adik yang balik dari ipta..Sangat suka hati,diaorang balik rumah..xdela sunyi sepi jeh rumah tu..Kalau tidak,terasa sunyi semacam jeh.Sepanjang minggu lepas juga saya meluangkan masa untuk bersama adik-adik dan keluarga tercinta..bagitaw:minggu lepas tidak tidur ostel seperti kebiasaannya..Yelah kan..dalam 1 minggu tuh,saya akan tidur di ostel 1 malam jeh la.Bukan apa pun,semata-mata nak makan dadih..ada orang sanggup masak dadih untuk saya.hehehe..Bukannya x reti masak sendiri,tapinya ngade-ngade jeh..Bisanya saya beli kat koop,tapinya dah xde da..Kalau dulu,"budak merepek" tuh tolong masak puding ke,spagheti ke..just order jeh..Nw!dia dah start belajar daa..Tidak boleh ganggu dia..Mungkin dia skrg ini sdg sibuk dengan kuliah..karate..apa-apa ajelah..bakal doktor katekan..memang la sibuk..
berbalik pada hal tadi..Hari sabtu lepas,sangat suka kakak yang sulung balik rumah bersama baby ruzaimi yang baru saja berusia 2 bulan..Ingin rasanya nak dukung,tapi memandangkan di kuarantin di rumah,terpaksa batalkan niat tersebut..just pandang dari jauh aje lah..huhuhu..
Hari sabtu juga lah,membuatkan keimanan saya tercabar,yang mana emak telah jatuh kat bilik air.tulang sendi bahu terkehel..entah macam mana boleh jatuh..Nak kata lantai bilik air tidak dicuci..Hari-hari saya cuci..sampai tile tuh dah berkilat..huhu..
Masa nie jugalah saya dah start kalut,Call ayah suruh balik rumah..Tapinya saya tidak cakap mak jatuh bilik air..Just minta tolong ayah balik kerana kakak dah sampai rumah..Dibimbangi,kiranya saya bagitahu masa itu,mungkin ayah akan jatuh sakit,memandangkan ayah ada masalah jantung..sebarang kemungkinan boleh berlaku..Bila ayah sampai saja kat rumah,barulah saya beritahu..Masa nie juga saya da ready panaskan enjin kereta,menunggu ayah balik rumah..
Bermula hari ini,jadilah saya suri rumah sepenuh masa+jaga emak+jaga ayah yang tidak berapa sihat..huhuhu..
sangat sibuk weih..nak masak..kemas rumah...uruskan mak lagi..Mujurlah saya tidak bekerja minggu ini..kiranya cuti kuarantin di rumah ada hikmah buat saya..boleh jaga mak sepenuh masa..almaklumlah mak tidak boleh bangun sendiri..perlukan pertolongan..
Kawan-kawan,maaf kiranya msg x berbalas..panggilan tidak di jawab.saya sangat sibuk..
bagitaw:dah jadi tukang masak nie..makan makin berselera..kekadang bertambah..adeyh!comfirmlah jarum penimbang tuh bergerak lagi pantas ke atas..huhu..
K.la masa untuk tidur..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

saya kini..

Posted on 30/07/09 by Noraslawatiah mohamad


Diriku kini...
semakin membulat..dan bulat..
dagu sudah menjadi dua..
Huhu..
Bgtaw:pic terbaru..
minggu lepas snap..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

pesta makan

Posted on 29/07/09 by Noraslawatiah mohamad


Virus batuk masih lagi berada bebas dalam badan saya..malah makin menyeksakan..Pelbagai ubat telah saya telan..namun tidak menunjukkan tanda-tanda virus nie nyah dari bdn saya..adeyh!rasanya dah mcm2 ubat saya telan..itu tidak di kira dengan rawatan tradisional lagi..Madu dari 1 botol penuh,dah tinggal separuh da..badan pulak semakin membesar dan terus membesar..Aaah..!sangat tensen..muka ibarat sebiji bola..membulat lagi dan lagi..Setiap hari timbang..jarum asyik bergerak pantas ke atas..menunjukkan tanda-tanda ke arah ke'chubby'an..Sesekali hati kecik bersuara.."Jom diet"namun hati besar tetap membantah.."Aaah..makanan sedap tuh..rugi tidak makan..nanti diet la"..Aaa..hati ada 2 ker?huhuhu..kenapa jadi begini yea?sepatutnya time badan tidak sihat..selera makan berkurangan..ini tidak,terbalik atau songsang agaknya..selera makan makin bertambah-tambah..semua makanan yang nampak pada pandangan mata,menyelerakan dan sedap..Nie baru permulaan..dalam kepala asyik fikir pasal makan..makan..makan...kekadang terbayang-bayang mcd,kfc,pizza..mcm-mcm lagi la..adeyh!..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

piala bowling

Posted on 28/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Hari isnin aka semalam..dapat piala bowling dari kelab staf smart sempena pertandingan bowling yang diadakan hari tuh.Sangat malu dan segan nak terima piala nie..almaklumlah depan assembly ditambah lak reramai cikgu dan budak-budak...nak atau x..terpaksa lah pergi juga terima..
~Milik saya..~

~Johan kategori perempuan.~
Hal bowling dah sudah..malam tadi saya dan adik ke klinik al amin semata-mata nak check selsema dan batuk-batuk yang hampir 2 minggu xnak lenyap dari badan saya..Sangat menyeksakan..Jalan terbaik adalah suntikan vaksin influvac..Mane taw boleh cepat sembuh..
Masa memula daftar tuh..saya owkeyh lagi la..maintain jeh..Masa dah masuk jumpa doktor..macam-macam rasa ada..sakit perut la..sakit kepala la..penyakit yang x sakit datang da..mengada-ngada jeh lebih.sebenarnya penakut yang amat sangat..muka nie xtaw cam ner..mungkin pucat kot..berdebar semacam jeh.lagi berdebar bila terpandang jarum..wahaha..sangat ngeri..walhal..time kene suntik tuh x rasa apa-apa pun..doktor tuh cam cuak jeh..agaknya pelik kot..
nie lah akibatnya kalo takut jarum..huhu..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

dadih eskrem

Posted on 27/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Minggu lepas, kawan saya ada buatkan dadih untuk saya.Dadih nie perasa mangga..hehehe..Oleh kerana saya teringin sangat nak makan dadih hasil air tangan kawan saya tuh..Dia tolonglah masakkan untuk saya..Sesekali terasa kesian lak kat dia..Yelah kan..dah la penat bekerja,pastu tolong masak untuk saya lak..Tapi!sangat terharu la..Psst:saya ada snap pic dadih tuh..jom kita tengok..hehehe

~Dadih perasa mangga~

~Eskrem smarties..untuk makan bersama dadih~


~Wah!bestnya..lazat..~

~Dadih yang telah di campur dengan eskrem~
Nota kaki:Saya tidak pernah makan dadih bersama eskrem..first time la nie..bgtaw: sangat lazat.hehehe..terima kasih bebanyak kat kawan yang sudi masak dadih untuk saya..Amat menghargainya..


Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

update-update

Posted on 26/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Wah!da lama tidak update blogs..Sibuk dengan urusan yang memerlukan pemerhatian yang lebih,ditambah lagi dengan kesihatan yang terganggu sejak kebelakangan ini..
Masih lagi dalam keadaan selsema dan batuk-batuk..Berharap cepat sembuh..Amin..
malam tadi berborak dengan kawan baik..Dia telah mengingatkan saya tentang sesuatu..
Yelah kan..setiap penyakit yang datang adalah dari allah swt..mungkin juga sebagai hukuman terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan samaada di sedari atau tidak..Kita hanya manusia biasa..Sebagai hambaNya redha aje lah..
Pagi tadi,selepas subuh..saya mengaji dan membaca almathurat..terasa tenang jeh..Malah terasa segar jeh walaupun pagi tadi tidur pukul 3 pagi..syukur alhamdulillah..
Pukul 8.00pagi,akan bertolak ke rumah kakak..berkampung di sana..Ayah dan mak telah bertolak petang semalam..Saya dan adik akan bertolak pagi ini,tapi sebelum tu..saya hantar adik ke wisma..turunkan dia kat sana..dia ada kursus lagi..kali ini kat melaka pula.Hari rabu akan balik kuantan..Wah!outstation lagi..
Malam tadi juga,terima panggilan dari adik yang dop kat sabah..Dia bagitaw..suami dia aka adik ipar dah dapat surat pengesahan akan terbang ke Universiti of london pada 5.10.2009..Akan sambung PhD(mechanical engineering) di sana di bawah tajaan universiti malaysia sabah,biasiswa oleh kerajaan malaysia..Sekarang ini,mereka sedang sibuk menguruskan persiapan untuk ke sana..Adik juga akan ikut terbang ke sana bersama suaminya..3 tahun cuti tanpa gaji..wah!bestnya..akhirnya dpt juga terbang juga ke sana walaupun menunggu hampir 2 tahun..Ingin rasanya menjejaki kota london..itupun kalau ada rezeki..hehehe..
K.la..nie aje nak cerita..nak bersiap ke rumah kakak dan jadi driver adik..hehehe
Nanti nak cerita pasal dadih lak..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

tips bermain bowling..ngeee

Posted on 16/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Esok,kalau tiada aral melintang,insyaallah akan bermain bowling lagi..Wah!semakin suke dengan game nie..Kawan-kawan ada bertanya tips nak maen bowling...Wokeyh!saya akan terangkan kat sini..ngee...Terus-terang saya katakan..saya tidaklah pandai sangat..Mungkin dah rezeki saya..maka tempat pertama milik saya kali ini..walaupun hanya 324 jatuhan pin..syukur alhamdulillah..Dapat mempertahankan kejuaraan tahun lepas..Nak taw tips bermaen bowling..jom ikut saya..ngeee


v
v
v
v
v

  1. Pakai kasut atau sekurang-kurangnya stoking supaya anda tidak membazirkan RM3 untuk membeli stoking..
  2. Jangan lupa untuk membawa sarung tangan atau sapu tangan supaya tangan anda tidak licin ketika memegang bola bowling.. lagi satu..bedak baby..bukan untuk muka..tapinya untuk jari2 anda..ngee
  3. Pasang penghadang longkang supaya bola yang anda baling tidak akan sesekali masuk ke dalam longkang..
  4. Bermain menggunakan bola yang lebih berat (saiz 11 ke atas) supaya lebih stabil untuk bergerak straight.. Jika anda guna bola yang ringan (saiz 10 ke bawah) sila baling bola itu dengan sekuat hati..
  5. Untuk markah yang lebih banyak, baling dua bola sekaligus (tips ini juga boleh digunakan jika tinggal dua pin, satu kiri dan satu kanan)..
  6. Pergi ke tempat pin dan sorokkan semua pin yang ada, supaya anda mendapat strike dalam setiap balingan..
  7. Jangan pakai cincin ketika main bowling...

Saya pasti jika anda menggunakan kesemua tips ini ketika bermain bowling, anda akan dapat mencipta rekod dunia yang baru dan pastinya anda akan berbangga dengannya.. Orang ramai juga pasti akan tertarik dengan cara anda bermain.. Tapi ingat, jangan pandang orang lain ketika bermain, kerana ianya akan menghilangkan fokus anda .. Haha.. Jika anda ada tips yang lebih menarik, apa salahnya jika kita kongsikan di ruangan komen ini..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..