Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

14.9.2009

Posted on 11/09/09 by Noraslawatiah mohamad

Ramadhan sudah kian ke penghujungnya..tinggal beberapa hari lagi..syawal akan menjelma.saya,masih lagi sibuk menguruskan hal rumah yang tidak akan selesai..Pulang dari kerja,terus ke dapur masak makanan untuk berbuka..Setakat ini,tidak pernah beli lauk yang dah siap di masak..Saya akan masak sendiri.Lagipun ayah sememangnya tidak suka makan kat luar..Suka makan kat rumah...Kerap kali saya ajak ayah dan mak berbuka kat luar sekali sekala,tapinya ayah memang tidak mahu..Teringin juga nak makan ikan bakar..hehehe..

Persiapan syawal,belum pun ada dalam fikiran saya sekarang ini..Cuma baju raya untuk adik-adik,mak dan ayah telah saya beli sebelum ramadhan tiba..Untuk diri sendiri...Tiada langsung..Baju raya, tidak berkesempatan nak beli..Kalau beli kain pasang,memang tiada yang nak ambil tempahan..Demi keluarga,berkorban la..Saya akui..saya memang sibuk menguruskan hal rumah...Xpelah,kali ini sambutan raya secara bersederhana saja.Mujurlah,ayah dan mak batalkan rancangan nak balik kampung saat-saat akhir..Ayah ada urusan yang harus di selesaikan..Lagipun raya ke-4,adik ada rancangan nak buat kenduri doa selamat sempena dia dan suaminya akan terbang ke london pada 5.10.2009..Adik akan ikut suaminya yang akan sambung belajar phd di universiti of london.

Pagi tadi,sampai di sekolah seawal jam 7 pagi,apply cuti untuk esok.Yeay!yeay!esok saya cuti..sangat suka..Entah kenapa,sejak akhir-akhir nie mood nak kerja hilang entah kemana...berbalik pasal cuti nie,pagi tadi jumpa lin semata-mata nak check bagi cuti terkini,dengar khabar angin cuti saya ada 40 hari lagi..Adeyh!apasal makin banyak...Terkejut seketika..Seingat saya,cuti saya berbaki 27 atau 28 hari lagi..Lin bagitaw kesilapan pada buku rekod perkhidmatan dan rekod sekolah...Now!kene rujuk yang dari JPNP...Aduh!lemah semangatku..bilakah akan dapat ku habiskan cuti yang sebanyak itu..Mungkin cuti itu akan burn begitu saja atau sempat saya habiskan sebelum tahun depan..entahlah?terlalu awal untuk difikirkan...
Lagi satu kad raya..Belum berkesempatan beli..Esok atau lusa memang dah kena pos daa..Kalau x,mungkin kawan-kawan akan terima selepas raya..hehehe..Walau apapun,akan mencuba sedaya upaya saya membeli kad raya hari ini juga..huhuhu..

K.la!saya ada kerja yang harus diselesaikan..

Kawan-kawan:selamat berpuasa..Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan hari-hari terakhir ramadhan dengan sebaik-baiknya...

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "14.9.2009":