Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid SRK 2010

Posted on 2009-12-08 by Noraslawatiah mohamad

Wah!dah lama tidak update blogs.Sangat sibuk dengan urusan stok kat sekolah+lawatan dari jengka.
Minggu lepas,saya terlibat dengan jawatankuasa pemilihan pelajar SKR 2010 di mega view kuantan.3 hari berkampung di sana.hehhe.Sangat seronok,dapat jumpa kawan baru+kawan lama..
Kami..hehehe
Disebabkan saya bahagian 'key in" markah pelajar,saya di amanahkan simpan laptop JPNP,termasuk la bawa balik ke bilik. Banyaknya nak kene bawa,handbag lagi..laptop lagi..sangat berat..huhu..seme sama warna..laptop hitam,handbag hitam,sweater hitam,seluar hitam..yg cerah,saya dan tudung jeh..ngeeee
Sedang khusyuk kira markah pelajar.Kekadang ada juga yang saya tidak faham tentang pemarkahan untuk ke SRK..hehehe.Terpaksa rujuk kepada yang pakar. (^_^)

Sempat menjeling kat zura,Masa nie..bg isyarat kat zura suruh cepat bersiap..Ye!la,kiteorg memang sinonim dengan datang lambat,balik lambat...makan pun lambat..pendek kata,selalu lambat la..hehehe

Aaa,Serius lak.Sebenarnya bukan wat kerja..Tapi online FB..hehehe.
Menyalahgunakan laptop kerajaan..hehehe..
Disebabkan ramai yang dah balik rumah dan ada yang dah balik bilik memasing,hanya tinggal saya,zura dan pegawai-pegawai JPNP.tengok sandwich roti byk lagi..ape lagi,tapau bawa balik bilik la.hehe..

Hari terakhir di mega view.Bersama dengan laptop JPNP...Yeay!yeay!da abes da..
sayonara..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Hanya sekeping kad..

Posted on 2009-11-10 by Noraslawatiah mohamad

Hanya sekeping kad..
Uniknya..
Kreatifnya si pemberi..
Sanggup bersusah payah.
Demi seorg kawan yang belum pernah bertegur sapa..
Siapa sangka..
Perkenalan hanya di alam maya..
Facebook dan blogging permulaan
sebuah ikatan persahabatan..

Nota: Ucapan Terima kasih dari saya,Saya amat menghargainya..Salam ukhwah dari saya..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

lawatan ke kuala terengganu

Posted on 2009-11-03 by Noraslawatiah mohamad

Pagi yang dingin,ketenangan amat dirasakan..
Perjalanan yang tenang tanpa kesesakan lalulintas yang merimaskan.
Ditemani alunan muzik mendamaikan hati dan perasaan.
Tatkala keseronokan bermaharajalela di sanubari.
Meninggalkan bandar kuantan seketika,
Menuju ke satu destinasi yang saya kira sinonim dalam diri saya.
Pun begitu,pada zahirnya diri ini anak jati terengganu..
Aaaarrhhh!terasa amat janggal ke sana..
Terasing di daerah sendiri..

Dari satu daerah ke satu daerah di susuri dan di tinggalkan begitu sahaja.
Menuju ke destinasi dengan tenang tanpa gangguan.
Perjalanan yang sangat lancar.
Sesekali terlelap juga,kalah dengan kesejukan penghawa dingin bas..
Ditambah lagi dengan cuaca yang mendung di luar sana..
Hujan sudah pun membasahi bumi.
dua tiga jam berada di dalam bas,sesekali terasa bosan.
Mungkin juga kawan kat sebelah seorg yang pendiam,
Begitu juga saya,yang sememangnya seorang yang pendiam.
Tidak banyak yang kami perbualkan.
usia persahabatan yang saya kira masih baru setahun jagung,
Bilakah agaknya akan sampai ke destinasi..
Mata asyik menjeling pada jam tangan..
Namun..Harus banyak bersabar..
Lebih kurang jam 12.30 pm,tiba di destinasi yang pertama iaitu Muzium Negeri Terengganu.


Hujan masih lagi renyai-renyai..
Namun itu bukan alasan..
Misi tetap di teruskan..


Pertama kali melangkah kaki ke sana,terasa teruja seketika.
Muzium yang penuh dengan barang-barang antik beribu tahun lamanya tersimpan rapi.
Ternyata hidup ini penuh dengan kegemilangan dan keunikan tersendiri.


Pengalaman naik 'train' yang entah keberapa agaknya,sangat mengujakan.


Uniknya ciptaan manusia,penuh dengan kesenian.
Bangunan di ukir indah semata-mata mahu menarik kehadiran pelancong untuk datang kesekian kalinya..


Melangkah keluar dari muzium lebih kurang pukul 2.30 petang..
Terus bertolak ke Taman Tamadun Islam..

Sampai saja taman tamadun islam,
Ke tempat untuk makan tengahari..
Menumpang teduh sambil menjamu selera di Beteng..
Sempat juga pekena ABC..
Namun tidaklah sesedap ABC kuantan.
Mungkin juga perut sudah kenyang.
Almaklumlah baru sahaja selesai makan nasi ayam..
Bergerak menuju ke taman monument..
Saya kira terlalu canggih di sini.
Pasport digunakan sebagai tiket untuk masuk kesana.
Saling tidak ubah macam 'check in' ke lapangan terbang.
Siap ada cop ibarat nak ke luar negara.
Jakung kah saya?
Sempat juga saya baca artikel yang ada pada pasport..
Difahamkan ada 21 buah monument yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan islam sebagai sebuah agama global lagi sofiskated.
Ianya satu pengalaman yang unik buat saya.

Berbasikal menyusuri setiap monument sangat menyeronokkan,
walaupun kekadang janggal,Mungkin sudah lama pencen dari aktiviti berbasikal ini,sejak zaman sekolah rendah saya tinggalkan sekian lamanya...
selepas itu,bertolak ke masjid kristal yang saya kira tidak jauh dari taman monument tadi..

Senibinanya yang unik dan memukau pandangan.
Saya kira masjid kristal ini lambang keagungan negeri terengganu yang sinonim sebagai sebuah negeri islam hadhari.
~Bertolak ke SMK Lembah Bidong,bermalam disana~

Sebelum tu,berhenti di restoran seri budi untuk makan malam.
~Hari kedua di kuala terengganu~
Aktiviti pagi bermula,sesi lawatan di SMK Lembah Bidong bermula dan tamat pada pukul 12.00pm
Bertolak ke Pasar payang..
Sesi shoping akan bermula..
Sebelum tu,sempat singgah di sebuah gerai keropok lekor.
Saya kira,tidak lengkap pergi kuala terengganu tanpa membeli keropok lekor.
Petang: menuju ke destinasi seterusnya Sutera semai..

Padangan depan sutera semai.






Proses sutera di hasilkan..

Bertolak balik ke kuantan..
Kepenatan amat di rasakan..
Pun begitu,ianya satu pengalaman yang sangat indah buat saya.
Terima kasih daun keladi kepada mereka-mereka yang berkenaan..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Teman

Posted on 2009-10-14 by Noraslawatiah mohamad


Teman,
Andai dapat ku titip kata-kata indah.
Ingin sesekali ku hadiahku buatmu.
Mengubat duka lara yang tersimpan.
Agar saban waktu kau gembira.
Namun..
Aku hanya insan biasa.
Tiada apa-apa..
Hanya sekalung doa..
mampu ku utuskan..
Moga kita..
ABADI SEBAGAI KAWAN..SAHABAT DAN TEMAN..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

update

Posted on 2009-10-09 by Noraslawatiah mohamad

Sudah lama tidak update blogs..Kesibukan sentiasa menjadi alasan utama sedangkan diri ini ketandusan idea.Walhal banyak urusan keluarga yang harus didahulukan.Ya!memang sibuk dengan urusan rumah yang belum pun selesai.Ditambah lagi keadaan rumah yang dalam proses pengubahsuaian.Tersangat lah sibuk..Ayah,ku lihat terlalu gembira kali ini,mungkin tidak sabar menyambut kehadiran orang baru.Dengan kata lain,bakal menantu perempuan.Selepas ini,kakak ipar ada kawan.Kalau x,sesi bergambar..hanyalah kakak ipar seorang saja..yang lain abang ipar..Kesibukan menguruskan hal rumah yang tidak pernah selesai membataskan segala-galanya,ditambah lagi keadaan rumah yang dalam proses pengubahsuaian.Minggu depan,bermula lah operasi memunggah semua barang-barang ke dapur kerana ruang depan rumah akan diruntuhkan..Haisy!banyak barang-barang yang perlu di alihkan.Jawabnya terlalu tidak selesa berkampung di dapur..Hujung minggu ini,nak atau tidak,terpaksa menyiapkan kerja mengecat ruang dapur.Almaklumlah,bila semua barang-barang di angkut ke ruang dapur.Amat sempit dan sukarlah nak mengecat..Aaa..tema di dapur adalah kehijauan..Pilihan adik-beradik yang majoritinya menyukai warna hijau..Syukur alhamdulillah..Kesepakatan dan kesefahaman dalam keluarga masih lagi kukuh dan utuh.Buktinya,kami bergilir-gilir berbuka puasa dan berkampung di rumah kakak dan abang.Alangkah gembiranya dapat berkumpul beramai-ramai.Ayah dan mak,ku lihat terlalu gembira apabila melihat kami satu keluarga termasuk cucunya bergelak ketawa,bergembira dan bergurau senda.Diharapkan akan kekal sampai ke akhir hayat..Amin..
Terima kasih ku ucapkan pada adik yang banyak membantu ku dalam urusan keluarga yang memerlukan pengorbanan yang besar..Tidak terdaya bahuku memikul seorang diri..Mungkin juga tersungkur di tengah jalan akibat kurang rehat..Sibuk ke hulu dan ke hilir..Semua urusan diletakkan di atas bahu ku..Bukan ini saja,malah apa jua yang memerlukan pendapat,aku menjadi sumber rujukan mereka.Aku tahu,aku bukanlah arif dalam soal kehidupan,namun kepercayaan mereka terlalu tinggi padaku..Namun,sebagai anak..aku redha..
Pernah aku terdengar ayah bercakap "kiranya tiada aku di sisi,patah lah sebelah kakinya"..Saat itu juga,hatiku merintih..Kesedihan menyelubungi sanubari..Menitiskan air mata depan mereka.Tidak sesekali..Bagi ku..biarlah mereka tahu..aku sebagai anak terlalu tabah untuk berbakti kepada mereka..Kalau difikirkan,jasa mereka terlalu besar buat kami.Apa salahnya aku balas jasa mereka selagi masih ada ruang waktu yang singkat ini.
kawan-kawan,
Mungkin blogs ini tidak dapat di update seperti kebiasaannya..Saya sangat sibuk dengan urusan rumah..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

yeay!yeay!da raya..

Posted on 2009-09-27 by Noraslawatiah mohamad

Syukur alhamdulillah...akhirnya hari ini, berjaya juga menghabiskan puasa 6,walaupun terlalu banyak dugaan datang yang sememangnya menguji kesabaran dan keimanan saya semata-mata..Terasa sedikit kegoyahan tatkala ketiadaan air paip di rumah..Nasib baik tangki air besar,saya kira boleh buat swimming pool..hehehe..Tapinya tangki air tu belum pun siap di sambung pada paip utama.hanya sekadar tangki simpanan air waktu kecemasan..Sangat penat nak angkut air dari tangki ke dapur..Hais!berpeluh jugalah,tambahan pula saya berpuasa hari ini..Nak masak tengahari pun,terasa seksa..Almaklumlah kena angkut air..huhuhu..
Rumah pun dalam proses pengubahsuaian..Sangat kelam kabut..
Hari ini juga,abang ipar datang semata-mata nak buat pendawaian elektrik di dapur..Ingatkan siap lah hari ini,tapinya tidak siap,kena tangguh 2 minggu lagi..Minggu depan, saya dan keluarga akan pulang ke kampung..tidak sabar menunggu minggu depan..Yelah!berkonvoi 1 keluarga..Mungkin semuanya akan pulang ke kampung..Wah!penuh dan sesakla rumah tok wan..hehehe..

Nota kaki: Semoga saya sentiasa sabar dalam apa jua dugaan yang datang..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

penantian 1 penyeksaan

Posted on by Noraslawatiah mohamad

Pagi yang indah dapat saya rasakan..Desiran ombak pantai sepat mendamaikan..Terasa nyaman seketika..Indahnya ciptaan allah swt..Ketenangan dapat dirasai..Sekali sekala lari dari kesesakan Bandar dan kesibukan sebagai anak,mendamaikan..Terasa bebas dari segala yang bersarang dalam minda..Mengasingkan diri di pantai sepat,semata-mata mahu menyudahkan novel sulung yang sekian lama sepi tidak terusik..Kesibukan membataskan segala-galanya...
Hajat di hati, ingin beraya di rumah kawan sebelum pergi ke pantai sepat..Tapi tidak kesampaian,kawan ada hal yang harus di dahulukan..Rajukkah saya?membawa hati yang lara ke pantai sepat..Terlalu sensitive kah saya?..ya!memang sensitive..tapi hanya seketika Cuma..Sepatutnya saya menghabiskan puasa 6 yang berbaki 1 hari.Tetapi niat dihati,ingin beraya di rumah kawan,semata-mata ingin menziarahi dibulan yang mulia..saya tunda puasa 6 tersebut pada hari ahad aka esok..Tidak diakui,masa turun dari rumah,memang xcited nak pergi beraya..Lain yang di rancang,lain pula jadinya..Pasrah saja lah..siapalah saya?hanya hamba allah yang serba kedhaifan..mengharap pada yang tidak sudi…Hanya mampu melarik mimpi,bukan reality..Menanti pada sesuatu yang belum pasti,..huhuhuhu..

Novel hanya siap separuh saja..tuntutan padaNya harus saya dahulukan..tambahan pula azan zohor sudah lama berkumandang…Lebih kurang jam 3 petang,Bergegas tinggalkan pantai sepat..Tidak mahu terlalu lama di situ..Bertolak ke masjid besar semata-mata mahu menunaikan kewajipan padaNya…
Selesai saja solat,call aisyah..tanya tentang rancangan kedua..Sempat di beritahu,beraya di rumah kawan lewat petang,sebab dia free lewat petang..Aisyah pula sibuk menyelesaikan assignment yang harus didahulukan..Saya mengiakan saja..Bagi saya,itu dah tugas dia selagi dia bergelar pelajar..Sabar menunggu dan menunggu sehingga jam 4 petang..Aisyah pula akan free pukul 5 petang…Tetiba terasa sangat bosan dan mengantuk yang teramat sangat…Yelah!sehari suntuk keluar dari rumah tanpa arah tuju…sudah b.o.s.a.n..”Aah..balik saja lah ..sudah bosan dengan keadaan sebegini..menunggu sesuatu yg belum pasti”detik hati ini..Lantas..saya pandu kereta keluar dari Bandar kuantan..Masa ini,sempat saya send msg kat aisyah memberitahu rancangan petang ini dibatalkan..

Nota kaki:Alangkah bagusnya kalau saya terus berpuasa 6 hari ini,kalau x,mungkin saya dah raya esok..huhuhu..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..