Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

saya kini..

Posted on 30/07/09 by Noraslawatiah mohamad


Diriku kini...
semakin membulat..dan bulat..
dagu sudah menjadi dua..
Huhu..
Bgtaw:pic terbaru..
minggu lepas snap..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

pesta makan

Posted on 29/07/09 by Noraslawatiah mohamad


Virus batuk masih lagi berada bebas dalam badan saya..malah makin menyeksakan..Pelbagai ubat telah saya telan..namun tidak menunjukkan tanda-tanda virus nie nyah dari bdn saya..adeyh!rasanya dah mcm2 ubat saya telan..itu tidak di kira dengan rawatan tradisional lagi..Madu dari 1 botol penuh,dah tinggal separuh da..badan pulak semakin membesar dan terus membesar..Aaah..!sangat tensen..muka ibarat sebiji bola..membulat lagi dan lagi..Setiap hari timbang..jarum asyik bergerak pantas ke atas..menunjukkan tanda-tanda ke arah ke'chubby'an..Sesekali hati kecik bersuara.."Jom diet"namun hati besar tetap membantah.."Aaah..makanan sedap tuh..rugi tidak makan..nanti diet la"..Aaa..hati ada 2 ker?huhuhu..kenapa jadi begini yea?sepatutnya time badan tidak sihat..selera makan berkurangan..ini tidak,terbalik atau songsang agaknya..selera makan makin bertambah-tambah..semua makanan yang nampak pada pandangan mata,menyelerakan dan sedap..Nie baru permulaan..dalam kepala asyik fikir pasal makan..makan..makan...kekadang terbayang-bayang mcd,kfc,pizza..mcm-mcm lagi la..adeyh!..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

piala bowling

Posted on 28/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Hari isnin aka semalam..dapat piala bowling dari kelab staf smart sempena pertandingan bowling yang diadakan hari tuh.Sangat malu dan segan nak terima piala nie..almaklumlah depan assembly ditambah lak reramai cikgu dan budak-budak...nak atau x..terpaksa lah pergi juga terima..
~Milik saya..~

~Johan kategori perempuan.~
Hal bowling dah sudah..malam tadi saya dan adik ke klinik al amin semata-mata nak check selsema dan batuk-batuk yang hampir 2 minggu xnak lenyap dari badan saya..Sangat menyeksakan..Jalan terbaik adalah suntikan vaksin influvac..Mane taw boleh cepat sembuh..
Masa memula daftar tuh..saya owkeyh lagi la..maintain jeh..Masa dah masuk jumpa doktor..macam-macam rasa ada..sakit perut la..sakit kepala la..penyakit yang x sakit datang da..mengada-ngada jeh lebih.sebenarnya penakut yang amat sangat..muka nie xtaw cam ner..mungkin pucat kot..berdebar semacam jeh.lagi berdebar bila terpandang jarum..wahaha..sangat ngeri..walhal..time kene suntik tuh x rasa apa-apa pun..doktor tuh cam cuak jeh..agaknya pelik kot..
nie lah akibatnya kalo takut jarum..huhu..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

dadih eskrem

Posted on 27/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Minggu lepas, kawan saya ada buatkan dadih untuk saya.Dadih nie perasa mangga..hehehe..Oleh kerana saya teringin sangat nak makan dadih hasil air tangan kawan saya tuh..Dia tolonglah masakkan untuk saya..Sesekali terasa kesian lak kat dia..Yelah kan..dah la penat bekerja,pastu tolong masak untuk saya lak..Tapi!sangat terharu la..Psst:saya ada snap pic dadih tuh..jom kita tengok..hehehe

~Dadih perasa mangga~

~Eskrem smarties..untuk makan bersama dadih~


~Wah!bestnya..lazat..~

~Dadih yang telah di campur dengan eskrem~
Nota kaki:Saya tidak pernah makan dadih bersama eskrem..first time la nie..bgtaw: sangat lazat.hehehe..terima kasih bebanyak kat kawan yang sudi masak dadih untuk saya..Amat menghargainya..


Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

update-update

Posted on 26/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Wah!da lama tidak update blogs..Sibuk dengan urusan yang memerlukan pemerhatian yang lebih,ditambah lagi dengan kesihatan yang terganggu sejak kebelakangan ini..
Masih lagi dalam keadaan selsema dan batuk-batuk..Berharap cepat sembuh..Amin..
malam tadi berborak dengan kawan baik..Dia telah mengingatkan saya tentang sesuatu..
Yelah kan..setiap penyakit yang datang adalah dari allah swt..mungkin juga sebagai hukuman terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan samaada di sedari atau tidak..Kita hanya manusia biasa..Sebagai hambaNya redha aje lah..
Pagi tadi,selepas subuh..saya mengaji dan membaca almathurat..terasa tenang jeh..Malah terasa segar jeh walaupun pagi tadi tidur pukul 3 pagi..syukur alhamdulillah..
Pukul 8.00pagi,akan bertolak ke rumah kakak..berkampung di sana..Ayah dan mak telah bertolak petang semalam..Saya dan adik akan bertolak pagi ini,tapi sebelum tu..saya hantar adik ke wisma..turunkan dia kat sana..dia ada kursus lagi..kali ini kat melaka pula.Hari rabu akan balik kuantan..Wah!outstation lagi..
Malam tadi juga,terima panggilan dari adik yang dop kat sabah..Dia bagitaw..suami dia aka adik ipar dah dapat surat pengesahan akan terbang ke Universiti of london pada 5.10.2009..Akan sambung PhD(mechanical engineering) di sana di bawah tajaan universiti malaysia sabah,biasiswa oleh kerajaan malaysia..Sekarang ini,mereka sedang sibuk menguruskan persiapan untuk ke sana..Adik juga akan ikut terbang ke sana bersama suaminya..3 tahun cuti tanpa gaji..wah!bestnya..akhirnya dpt juga terbang juga ke sana walaupun menunggu hampir 2 tahun..Ingin rasanya menjejaki kota london..itupun kalau ada rezeki..hehehe..
K.la..nie aje nak cerita..nak bersiap ke rumah kakak dan jadi driver adik..hehehe
Nanti nak cerita pasal dadih lak..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

tips bermain bowling..ngeee

Posted on 16/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Esok,kalau tiada aral melintang,insyaallah akan bermain bowling lagi..Wah!semakin suke dengan game nie..Kawan-kawan ada bertanya tips nak maen bowling...Wokeyh!saya akan terangkan kat sini..ngee...Terus-terang saya katakan..saya tidaklah pandai sangat..Mungkin dah rezeki saya..maka tempat pertama milik saya kali ini..walaupun hanya 324 jatuhan pin..syukur alhamdulillah..Dapat mempertahankan kejuaraan tahun lepas..Nak taw tips bermaen bowling..jom ikut saya..ngeee


v
v
v
v
v

  1. Pakai kasut atau sekurang-kurangnya stoking supaya anda tidak membazirkan RM3 untuk membeli stoking..
  2. Jangan lupa untuk membawa sarung tangan atau sapu tangan supaya tangan anda tidak licin ketika memegang bola bowling.. lagi satu..bedak baby..bukan untuk muka..tapinya untuk jari2 anda..ngee
  3. Pasang penghadang longkang supaya bola yang anda baling tidak akan sesekali masuk ke dalam longkang..
  4. Bermain menggunakan bola yang lebih berat (saiz 11 ke atas) supaya lebih stabil untuk bergerak straight.. Jika anda guna bola yang ringan (saiz 10 ke bawah) sila baling bola itu dengan sekuat hati..
  5. Untuk markah yang lebih banyak, baling dua bola sekaligus (tips ini juga boleh digunakan jika tinggal dua pin, satu kiri dan satu kanan)..
  6. Pergi ke tempat pin dan sorokkan semua pin yang ada, supaya anda mendapat strike dalam setiap balingan..
  7. Jangan pakai cincin ketika main bowling...

Saya pasti jika anda menggunakan kesemua tips ini ketika bermain bowling, anda akan dapat mencipta rekod dunia yang baru dan pastinya anda akan berbangga dengannya.. Orang ramai juga pasti akan tertarik dengan cara anda bermain.. Tapi ingat, jangan pandang orang lain ketika bermain, kerana ianya akan menghilangkan fokus anda .. Haha.. Jika anda ada tips yang lebih menarik, apa salahnya jika kita kongsikan di ruangan komen ini..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

motivasi..

Posted on by Noraslawatiah mohamad

Apapun bentuk kehidupan yang anda hadapi..
berikan diri anda yang terbaik setiap hari..
~Wah!da semakin membulat daa~

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

bosan weih..

Posted on 14/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Wah!dah lama tidak update blogs..tuan empunya blogs sedang sibuk..hehehe..Malam nie xde letrik,hanya ditemani cahaya lilin..romantik jeh..terasa sangat bosan+sunyi jeh.almaklumlah tidak boleh tonton tv..letrik xde..alangkah bagusnya kalau tv boleh guna kuasa bateri..hehehe..boleh gunakan time xde letrik..wah!satu idea yang pintar..ngeee..Sangat susah hati,sok kerja,tudung tidak seterika lagi..mahu sok seterika kat sekolah jeh la..tapinya tidak sanggup pakai dengan kedutan sejuta..ngee...sangat malu weih..
Petang tadi,pi minum ABC KLCC kat IM bersama reen..hehehe..pastu pergi taman impian lak,pekena roti canai bersama kak mila..tapinya roti canai dah habis da...Tukar menu lak,pekena mee goreng basah+teh tarik..adeyh!kwatnya makan..makin membulat la saya..huhu..bagitaw:saya sudah semakin bulat..
Ingatkan nak try skill video editing yang belajar dengan encik hazah tengahari tadi..Baru jeh selesai download adobe premiere pro..tapinya terpaksa dibatalkan,bateri laptop nie kurang..takot xsempat edit sepenuhnya.Teringin mencuba sendiri...Encik hazah dah ajar tadi..Ingin tunjukkan hasil sendiri kepada encik hazah..Mane taw,boleh hasilkan video yang terbaik..Yeay!yeay!selepas nie,boleh la beli handycam lak.ngeee..
Hurrmm!nie je la..lain kali cerita lagi..laptop dah kehabisan bateri..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

keychain =p

Posted on 10/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Petang semalam,selepas abes waktu bekerja..saya ke kompleks teruntum semata-mata nak survey keychain..Puas juga la tawaf kat dalam kompleks tuh..Rupanya keychain yang berbentuk kayu tuh xde di jual kat situ...Try call ecah..tp ecah x jawab..mungkin ada kelas kot..Pastu call sakinah..Sakinah bagitaw kat TC ada jual..Apa lagi,terus lah menuju ke TC..tapi kali ney,tidak keseorangan,ajak Yana temankan sambil makan-makan kat sana..Wah!teruja sekejap tengok pemandangan pantai waktu senja..Terasa tenang jeh..
Saya ada snap pic keychain tuh..jom kita tengok..lawa x?ngeee
v
v
v
v
v
v
v


~kat situ tertulis "KMB,hawaii"~
KMB dah taw da..tapi"hawaii"????..sila tanya cik khadijah...=p.

~Antara bentuk yang saya dan yana pilih~
bagitaw: semua keychain tuh ada 20 pcs..kalo nak,minta dengan kd jeh..hehehe

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Koleksi kura-kura

Posted on 6/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Hari ahad aka semalam..selepas jeh settle pendaftaran adik,saya dan keluarga pergi ke ayer hitam johor..shopping kat sana..Tengok banyak anak2 patung boleh jadi rambang mata..semua ada..spongebob,ultraman,pooh..macam2 la..Tpnya x sempat nak snap pic..almaklumlah nak cepat..sampai ayer hitam pun dan lewat petang daa..Saya x shopping apa-apa pun juz shopping kura-kura jeh..memandangkan saya menyukai yang ini saja..Sempatlah beli 2 3 4 ekor..Hadiah untuk kawan-kawan ada juga saya beli..Tapinya orang-orang tertentu je la dapat..hehehe..Yang tidak dapat..maaflah..ada masa pergi sana,saya beli lagi..
tengoklah pic kura-kura yang saya beli untuk simpanan sendiri..Dapat tengok je la yea..
v
v
v
v
v

~wah!cantiknya...ada wane pink,wane coklat dan wane hijau~
bagitaw:wane pink tuh beli masa pergi ayer hitam tahun lepas..hehehe

~Lawa kan~

~Pandangan hadapan~

~Wane hijau+putih~

~Riben dia lawa~

~Wane coklat~
~Uniknya~
Nota kaki: Terasa sunyi jeh adik bongsu dah xd kat rumah..rasa semacam jeh..dah xd da nak usik sape2..Mak lak,selalu sebut sal adik jeh..makan x lagi...wat pe nw?..rindu kat adik..yelah kan..tidak pernah berpisah..mesti rindu la...
Ada orang tuh nak masak dadih untuk saya..tapi saya demand la plak..nak dia masak dadih warna warni,pastuh ada eskrem..hehehe..
Pagi esok akan bertolak ke sabak bernam pula..wah!sangat sibuk..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

sahabat

Posted on 2/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Teman, sahabat dan kawan

Apa bezanya?


Teman
slalu mendampingi kita tatkala kesenangan datang menghampiri kita.
boleh di bawa berbincang ketika kita dilanda sesuatu atau masalah
mampu membuat kita ketawa tetapi tidak mampu untuk berkongsi ketika sedih
suka meminta dan berkongsi tetapi lari meninggalkan kita apabila kita kosong dan tiada apa mampu untuk diberi kepadanya
berkongsi kejayaan ketika kita di hadapan tetapi menusuk duri apabila berada di belakang


Kawan
hanya sekadar untuk sementara waktu dan ketika diperlukan
hadir umpama embun dan hilang setelah terbitnya mentari
sekadar untuk melepaskan tekanan dan bergembira


Sahabat
boleh dikatakan dimana ada kita di situ ada dia,ibarat bulan dan bintang slalu bersama. tidak kira walau apa jua tidak menikam dan tidak pula mengejek di kala kita kesusahan
setia dan selalu menyokong diri kita
tidak pernah menyalah anggap dan selalu menafsir yang baik-baik sahaja
sedarlah wahai insan.


walaupun kita mempunyai berjuta kawan sekalipun masih tidak mampu untuk menandingi erti maksud seorang sahabat.
kerna dia ibarat cahaya yang selalu ada untuk meneman dan menyuluh jalan kita yang selalu dalam gelap gelita.

*************************************************************

Apakah erti sebuah persahabatan jika tidak diiringi oleh kepercayaan dan rasa hormat-menghormati sesame sendiri? Apakah gunanya seorang kawan kalau hanya sentiasa menyusahkan hidup kawannya sendiri?Apakah erti kesucian dan keikhlasan sekiranya mudah berpaling tadah ketika temannya menghadapi kesukaran dan dimalukan? Layakkah sahabat / teman yang sebegitu dihormati lagi? Perlukah terus mencipta persahabatan dengannya? Seorang sahabat sejati tidak akan meninggalkan sahabatnya walau dalam apa jua keadaan! Masih wujudkan kawan atau sahabat yang sesetia ini dalam kehidupan kita sekarang ini. Pada saya amat sukar untuk mencari kawan atau sahabat sejati yang sesungguhnya sanggup berkorban suka dan duka dalam persahabatan yang tercipta. Kerana kawan yang setia tidak akan terpengaruh dengan kata-kata nista yang mungkin dilemparkan oleh seseorang yang boleh merosakkan sebuah persahabatan? Seorang sahabat sejati akan sentiasa bersedia menghulurkan sebuah pertolongan dan tetap menyokong sahabatnya walau diri sendiri teraniaya! Seorang sahabat yang baik lebih mementingkan perasaan sahabatnya daripada perasaannya sendiri!

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

merepek

Posted on by Noraslawatiah mohamad

Petang semalam,terasa sangat penat..selepas balik dari kerja terus ke pasar besar semata-mata nak beli barang-barang untuk kenduri malam ini..Bayangkan lah ayam sebanyak 10 ekor tuh saya bawa sorang-sorang..rasanya 3 4 kali saya tawaf ke kereta..dah lah saya nie "keding"..ye ke?ye kot...hehehe..Nie baru jeh ayam..sangat berat wooo...tidak larat angkat..barang-barang lain..x termasuk lagi la..timun,carrot dan seangkatan sayur-sayur laa..Saya siap list kan barang-barang yang dibeli..Sampai akak yang jual sayur tuh cakap.."siap bw list".."akak! saya nie pelupa...xmahu datang 2 3 kali..senang jeh,tengok list terus order.."Lagipun kat list tuh dah siap tulis..pergi pasar beli apa..pergi pasaraya beli apa..lagi senang..perancangan kerja yang teratur..betul x?Sampai rumah hampir pukul 7 malam..Adeyh!tersangat lewat bagi saya..
Malam lak,saya call "budak merepek"..sangat rindu sama dia..Dah lama tidak dengar dia merepek....borak-borak pastuh gelak-gelak..ada jeh yang kelakar..
Tidak sabar nak tunggu balik rumah..Petang ini,kakak,abang dan anak sedara ada kat rumah..wah!suasana rumah mungkin bertukar ke pasar malam..comfirm riuh semacam jeh..
yeay!Yeay!esok last kerja..pastu cuti..sangat suka..
K.la..nie jeh kot

tata..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Penjelasan tentang friendster

Posted on 1/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Kalau kita lihat zaman sekarang,teknologi canggih..Semuanya di hujung jari..Zaman IT..Nak bayar bil sekali pun..just online di internet..Bukan setakat ini saja..Banyak website di cipta untuk kemudahan sesama kita berhubung...Zaman sudah maju ke depan..contohnya kita lihat email..facebook friendster,hi.5,myspace dan blogspot..kalau ikutkan banyak lagi yang ada..Semua ini dicipta untuk memudahkan perhubungan dunia siber tanpa sempadan..Kiranya salah seorang kawan kita duduk luar negara pun,kita boleh berinteraksi...
Malah kita boleh 'invite"kawan kita join sekali..
Kat sini,saya nak terangkan dengan lebih lanjut tentang macam mana kita nak "invite"kawan-kawan kita join friendster..Bagi mereka-mereka yang kurang faham,saya harap dengan penjelasan ini,mereka akan faham..

~Salah satu contoh akaun friendster..~
muka hadapan..

~Zooom sket..nampak x muka sape tuh...saya lah..empunya diri~


~Maaf saya biasa menggunakan bahasa melayu..tengoklah dengan mata hati anda..~
Kat situ ada tertera jemput rakan aka "INVITE"
Disini bermaksud,kita menjemput rakan-rakan dari email yahoo yang sedia ada..
Mana-mana contact yang ada kat email yahoo..automatik akan diinvite kan tanpa ada list yang tertera..kiranya just klik je laa...


~Kasi zooom sket~

~Apabila dah siap masuk password dan butang jemput di klik..~
Di sini lah biasa nya kesilapan berlaku,kekadang kita terlupa untuk klik "teliti jemputan sebelum dihantar"..sebab disini kita kan boleh pilih nak invite sape2 yang kita rasakan perlu..



~Setelah selesai invite.~


~Tarraaa..dah siap daa..~
Nota kaki: Hanya penerangan semata-mata...opsss!untuk berdaftar friendster,kena ada akaun yahoo email..kalau x,memang tidak boleh daftar..maaf la yea..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..