Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

sahabat

Posted on 2/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Teman, sahabat dan kawan

Apa bezanya?


Teman
slalu mendampingi kita tatkala kesenangan datang menghampiri kita.
boleh di bawa berbincang ketika kita dilanda sesuatu atau masalah
mampu membuat kita ketawa tetapi tidak mampu untuk berkongsi ketika sedih
suka meminta dan berkongsi tetapi lari meninggalkan kita apabila kita kosong dan tiada apa mampu untuk diberi kepadanya
berkongsi kejayaan ketika kita di hadapan tetapi menusuk duri apabila berada di belakang


Kawan
hanya sekadar untuk sementara waktu dan ketika diperlukan
hadir umpama embun dan hilang setelah terbitnya mentari
sekadar untuk melepaskan tekanan dan bergembira


Sahabat
boleh dikatakan dimana ada kita di situ ada dia,ibarat bulan dan bintang slalu bersama. tidak kira walau apa jua tidak menikam dan tidak pula mengejek di kala kita kesusahan
setia dan selalu menyokong diri kita
tidak pernah menyalah anggap dan selalu menafsir yang baik-baik sahaja
sedarlah wahai insan.


walaupun kita mempunyai berjuta kawan sekalipun masih tidak mampu untuk menandingi erti maksud seorang sahabat.
kerna dia ibarat cahaya yang selalu ada untuk meneman dan menyuluh jalan kita yang selalu dalam gelap gelita.

*************************************************************

Apakah erti sebuah persahabatan jika tidak diiringi oleh kepercayaan dan rasa hormat-menghormati sesame sendiri? Apakah gunanya seorang kawan kalau hanya sentiasa menyusahkan hidup kawannya sendiri?Apakah erti kesucian dan keikhlasan sekiranya mudah berpaling tadah ketika temannya menghadapi kesukaran dan dimalukan? Layakkah sahabat / teman yang sebegitu dihormati lagi? Perlukah terus mencipta persahabatan dengannya? Seorang sahabat sejati tidak akan meninggalkan sahabatnya walau dalam apa jua keadaan! Masih wujudkan kawan atau sahabat yang sesetia ini dalam kehidupan kita sekarang ini. Pada saya amat sukar untuk mencari kawan atau sahabat sejati yang sesungguhnya sanggup berkorban suka dan duka dalam persahabatan yang tercipta. Kerana kawan yang setia tidak akan terpengaruh dengan kata-kata nista yang mungkin dilemparkan oleh seseorang yang boleh merosakkan sebuah persahabatan? Seorang sahabat sejati akan sentiasa bersedia menghulurkan sebuah pertolongan dan tetap menyokong sahabatnya walau diri sendiri teraniaya! Seorang sahabat yang baik lebih mementingkan perasaan sahabatnya daripada perasaannya sendiri!

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "sahabat":