Padamu teman aku berkata
jangan tinggalkan aku dalam duka
kerana aku tak kuat menderita
tanpa dirimu disisiku
Padamu teman aku berkata
jangan lupa ingatkan aku berpuasa
kerana aku insan perindu syurga
yang ingin selalu dekat denganNya
Padamu teman aku berkata
mari kita tahan lapar bersama
demi cita-cita masa depan kita
untuk bahagia selamanya di syurga
Padamu teman aku berkata
jangan biarkan aku menderita
dalam siksaan api neraka
kerana lalai berpuasa
Padamu teman aku berkata
ajaklah aku berpuasa
jangan bosan sampai sedarku tiba
kerana sungguh ngeri terlempar ke neraka
Padamu teman aku berkata
ingatkan aku panasnya api neraka
siksa pedih buat yang sengaja
melalaikan kewajipan puasa
Padamu teman aku berkata
buktikan dirimu sahabat sejati
dengan tak henti-henti
mengajakku menjauhi dari siksa neraka
dengan berpuasa penuh kala Ramadhan tiba


0 Responses to "teman":
Catat Ulasan