Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

~Bicara Gadis Di pinggir Senja...~

Posted on 27/11/08 by Noraslawatiah mohamad

Di pinggir senja itu...
gadis melempar pandang
ke alam luas haruman
anggerik rimba menyapa hidu
coretan senja perlahan meninggalkan masa

berapa luas laut di depan..
berapa dalam air di lautan
tak pernah mau diduga
kerana faham akan riak ombak yang sering bercerita
sekuat mana ombak menghempas
segagah mana badai melanda
hanya pantai yang setia menemani
biar dirinya kian terhakis
pantai cuba tabah menghadapi
baginya itu hanyalah permainan alam rasa

awan pun membenih
hujan tidak mampu membendung sarat
mau diusung ke tempat lain
namun gugur di pantai senja
berhujanlah pantai dengan tangisan awan

ikhlas rasa yang tak pernah dipaksa
yang cuba mengalirkan arus rasa
haruskah ditembok pagar dusta
demi menjaga limpahan yang tumpah

biasan senja di permukaan air
adalah singgahan warna sebentar
cuma pabila gelap malam
mengambil ruang laut
menjadi suram ombak pula menderu
rasa erti rindu tidak menggamit
kasih makna resah bukan memujuk
sayang apa pun maksud

kehadiran malam telah diduga oleh sang senja
setangkai Roja merah...
yang penuh dilingkari duri digenggam erat ...
tertusuk duri..
darah merah memgalir
di celah genggaman akan sentiasa menyegarkan
kuntuman Roja suatu ketika nanti...
saat kelopak digugurkan menyentuh bumi

angin pun berhembus melodi
membisik ingatan sebuah irama jauh di mata...
namun dekat di hati..
maafkan gadis wahai senja

kiranya kejujuran itu tersentuh
rasa bicara yang tidak tertutur kata cerita rindumu...
masih dalam peradaban izinkan gadis
terus mengutip sisa pesonamu
rahsia senja masih kekal bermisteri...

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Aku.

Posted on 26/11/08 by Noraslawatiah mohamad

Akukah itu..
Menumpang teduh..
Pada dedaun kehijauan yang merimbun..
Menagih kekuatan..
Pada rimbunan akar menjalar.
Lemah gemalai..
Ditiup sang angin lalu..

Disini aku..
Berdiri teguh…
Menagih simpati sang matahari…
Mengharap sinar kedamaian.
Memancar kecerahan alam..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Aku dah kembali

Posted on 10/11/08 by Noraslawatiah mohamad

Dah lame blogs ku sepi..Mgkn ada yang rindukan karyaku..haisy..perasan sorang aku kali neh..he he he..Aku sebenarnya baru baik dari demam+selsema+batuk..Haisy..terseksa segala-galanya pabila terkena virus neh..Tp sbg hambaNya aku redha aje la..Syukur alhamdulillah aku dah semakin beransur pulih..Esok adik aku aka adik bongsu aku akan menduduki Peperiksaan SPM 2008..Aku doakan dia berjaya...Sepanjang 1 minggu lepas aku sibuk dgn tugas ku sbg penjawat awam..Walaupun dalam keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan..aku berjaya laksanakan tugasku..Minggu lepas jg pihak sekolah mengadakan kursus pengurusan stress dan penampilan diri...Wawawa..aku dapat ilmu baru dalam menangani stress..Bab penampilan diri aku tidak xpert sgtla..bagi aku..kecantikan n ketampanan seseorang itu bkn kerana make-up tebal dan stail pakaian .tp terletak pada hati dan keikhlasan..1 ag terletak pada hati budi..he he he..aku sebenarnya x pandai nak bergaya..aku juz seorg yang sempoi..dgn kate lain..simple..ngeh3...berbalik pada citer td kan...aku dah taw camner nak menangani stress kiranya kita di landa stress..he he he..aku c.ap belajar senaman ag..Tima kasih Dr.lazli..
Aku ada snap pic masa kursus kat grand continental neh..kalu ad masa aku upload keyh...jap ag aku dah nak balik da..kalo ad ms aku update blogs aku..
k.la sebelum aku blah..aku ucapkan..
SELAMAT BERJAYA BUAT PELAJAR2 YG AKAN MENDUDUKI SPM 2008..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

kenduri kawen

Posted on by Noraslawatiah mohamad

Erm..da lame aku x mengarang..Aku sebenarnya sibuk dengan urusan-urusan dunia yang belum pernah selesai…Ari ahad yang lepas aku pi nenasi..pekan..temankan kak mila pi kenduri kawen..aku sbenarnya x kenal pun kawan kak mila tuh..tp aku juz temankan dia jeh…Pd masa neh jg laa..adik kesayangan aku aka adik gewdik aku yang sorang tuh..anak kesayangan mak aku..aka kaki bodek..he he he.. tima anugerah kecemerlangan trial spm 2008..Suke sgt la dia tuh…Akhirnya dapat gak naek pentas sblum meninggalkan skola dia..ha ha ha…Sbg kakak aku ucapkan TAHNIAH…A1 LUKISAN KEJURUTERAAN..aku taw dia memang minat giler subjek neh..sekali lagi aku ucapkan TAHNIAH atas kejayaan cemerlang dia dalam TRIAL baru2 ini…walaupun xd subjek yang dia fail…tp dia tersenarai dalam top 10 pelajar elit..target cemerlang…Aku harap dia insaf la…xd la dia asyik dop nengok cerita intan tu..Aku dah janji dgn dia..kalo dia dpt cemerlang ada hadiah menanti…bkn aku jeh..tp ayah aku pun sama nak bagi hadiah..Adik aku yg sorang tuh..aku dah janji kalo dapat straight A1 aku nak bagi mak penyu besau..choppp..adik aku ker? Agaga…ntahla…xtaw la…setahu aku,adik aku ada sorang jeh yang form 5..sape lagi yg sorang tuh yerk..k.la aku ad hal nak di settlekan..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..