Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

NOVEL PILIHAN SEPTEMBER

Posted on 18/09/08 by Noraslawatiah mohamad

Aku dah ad rancangan hujung bulan neh..Pas raya aku na pi beli novel terbaru alaf21..Aku taw aku now ngah minat na baca novel...he he he..Aku rase novel neh bez lagi kot dari novel2 yg aku baca ari tu..Yang ari tuh bagus gak la...Aku ad bc 1 novel tuh tajuk "KU MOHON KASIH"..Fuhhh..sedih giler jalan citer nyer..x sedar aku menangis..sobs..sobs...kerana tarlalu teruja dgn jalan citernyer..x sedar aku bley habiskan 1 novel neh dalam setengah ari..Sambil nangis tuh kan..aku terkantoi dgn reen..dia taw aku nangis lorh..malu la plak..tp x pe la..yang pasti aku menghayati jalan citer novel neh...Tp kan dah ad org na boking novel neh..na pinjam dgn aku...k.la..nengok la tajuk novel terbaru yg akan aku beli nanti...
1) TIKA RINDU BERLAGU..


Sinopsis:

KESUNGGUHAN Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.
Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!


2) SEJUTA NAFAS CINTA

Sinopsis:

Kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Sabar itu separuh daripada iman. Itulah rentetan sebuah kehidupan Nurul dan Aril. Kesabaran mereka diuji apabila permata hati yang bertahun-tahun dinanti disahkan mengalami komplikasi jantung. Terasa luluh dan remuk redam hati apabila impian yang bertahun-tahun dianyam, dicarik tanpa rela.Di saat getir beginilah, terjadinya satu keajaiban. Pertemuan Nurul dengan Carisha... ibu muda yang disahkan menghamilkan bayi yang tidak dapat dijangka hayatnya. Bukan menyerah kalah, bukan cepat pasrah, tetapi Carisha nekad ingin mendermakan jantung si anak buat mereka yang lebih memerlukan. Tapi, bolehkah? Semudah itukah?
SEJUTA NAFAS CINTA... menyelami erti sebuah kecekalan. Kekuatan hati sepasang wanita melalui segala kemelut... me ngenepikan gelojak perasaan semata-mata untuk membahagiakan hati sendiri, juga hati lelaki bernama suami yang adakalanya sukar dimengerti. Kesabaran apalagi yang diharapkan andai segala pengorbanan telah dipertaruhkan? Segala kesetiaan telah dicurahkan? Segala doa telah dititipkan?


3) CAMAR YANG PERGI



sINOPSIS:

DILARA seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya-raya. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dia dapat duduk setaraf dengan golongan elit? Apatah lagi berkahwin dengan jejaka idaman kalbu yang digilai oleh ramai gadis.
Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah orang kaya bagi menggantikan ibunya yang sakit. Dalam diam, dia dapat mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yang membara. Namun, apakan daya, Orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya, Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorang diri. Bagi Orhan pula, perkahwinannya dengan Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar-benar belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mata mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati. Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya, perceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun, bersediakah Dilara menghidupkan kembali khayalan yang telah dibuangnya itu?

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

1 ulasan:

Ayen Giggs says:

elok sgtlaa tu bace novel cintan2...tambah plk dgn keadaan skrg ni kan,hahaha....