Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

tips bermain bowling..ngeee

Posted on 16/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Esok,kalau tiada aral melintang,insyaallah akan bermain bowling lagi..Wah!semakin suke dengan game nie..Kawan-kawan ada bertanya tips nak maen bowling...Wokeyh!saya akan terangkan kat sini..ngee...Terus-terang saya katakan..saya tidaklah pandai sangat..Mungkin dah rezeki saya..maka tempat pertama milik saya kali ini..walaupun hanya 324 jatuhan pin..syukur alhamdulillah..Dapat mempertahankan kejuaraan tahun lepas..Nak taw tips bermaen bowling..jom ikut saya..ngeee


v
v
v
v
v

  1. Pakai kasut atau sekurang-kurangnya stoking supaya anda tidak membazirkan RM3 untuk membeli stoking..
  2. Jangan lupa untuk membawa sarung tangan atau sapu tangan supaya tangan anda tidak licin ketika memegang bola bowling.. lagi satu..bedak baby..bukan untuk muka..tapinya untuk jari2 anda..ngee
  3. Pasang penghadang longkang supaya bola yang anda baling tidak akan sesekali masuk ke dalam longkang..
  4. Bermain menggunakan bola yang lebih berat (saiz 11 ke atas) supaya lebih stabil untuk bergerak straight.. Jika anda guna bola yang ringan (saiz 10 ke bawah) sila baling bola itu dengan sekuat hati..
  5. Untuk markah yang lebih banyak, baling dua bola sekaligus (tips ini juga boleh digunakan jika tinggal dua pin, satu kiri dan satu kanan)..
  6. Pergi ke tempat pin dan sorokkan semua pin yang ada, supaya anda mendapat strike dalam setiap balingan..
  7. Jangan pakai cincin ketika main bowling...

Saya pasti jika anda menggunakan kesemua tips ini ketika bermain bowling, anda akan dapat mencipta rekod dunia yang baru dan pastinya anda akan berbangga dengannya.. Orang ramai juga pasti akan tertarik dengan cara anda bermain.. Tapi ingat, jangan pandang orang lain ketika bermain, kerana ianya akan menghilangkan fokus anda .. Haha.. Jika anda ada tips yang lebih menarik, apa salahnya jika kita kongsikan di ruangan komen ini..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

2 Responses to "tips bermain bowling..ngeee":

Unknown says:

hahahaha kat mana la dia ni cari tips2 yg bagus tu ek...
anyway thanx vote ena ek...

Noraslawatiah mohamad says:

to ena:
same2..hehehe..