Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

update-update

Posted on 26/07/09 by Noraslawatiah mohamad

Wah!da lama tidak update blogs..Sibuk dengan urusan yang memerlukan pemerhatian yang lebih,ditambah lagi dengan kesihatan yang terganggu sejak kebelakangan ini..
Masih lagi dalam keadaan selsema dan batuk-batuk..Berharap cepat sembuh..Amin..
malam tadi berborak dengan kawan baik..Dia telah mengingatkan saya tentang sesuatu..
Yelah kan..setiap penyakit yang datang adalah dari allah swt..mungkin juga sebagai hukuman terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan samaada di sedari atau tidak..Kita hanya manusia biasa..Sebagai hambaNya redha aje lah..
Pagi tadi,selepas subuh..saya mengaji dan membaca almathurat..terasa tenang jeh..Malah terasa segar jeh walaupun pagi tadi tidur pukul 3 pagi..syukur alhamdulillah..
Pukul 8.00pagi,akan bertolak ke rumah kakak..berkampung di sana..Ayah dan mak telah bertolak petang semalam..Saya dan adik akan bertolak pagi ini,tapi sebelum tu..saya hantar adik ke wisma..turunkan dia kat sana..dia ada kursus lagi..kali ini kat melaka pula.Hari rabu akan balik kuantan..Wah!outstation lagi..
Malam tadi juga,terima panggilan dari adik yang dop kat sabah..Dia bagitaw..suami dia aka adik ipar dah dapat surat pengesahan akan terbang ke Universiti of london pada 5.10.2009..Akan sambung PhD(mechanical engineering) di sana di bawah tajaan universiti malaysia sabah,biasiswa oleh kerajaan malaysia..Sekarang ini,mereka sedang sibuk menguruskan persiapan untuk ke sana..Adik juga akan ikut terbang ke sana bersama suaminya..3 tahun cuti tanpa gaji..wah!bestnya..akhirnya dpt juga terbang juga ke sana walaupun menunggu hampir 2 tahun..Ingin rasanya menjejaki kota london..itupun kalau ada rezeki..hehehe..
K.la..nie aje nak cerita..nak bersiap ke rumah kakak dan jadi driver adik..hehehe
Nanti nak cerita pasal dadih lak..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

1 ulasan:

Ayen Giggs says:

Malam td berborak ngan kawan baik?.Hmmm...Bagus kawan baik tu kan siap bg nasihat2 sete panduan2 yg bergune,hehe...Syukur Alhamdulillah.