Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

Citer lawak

Posted on 5/12/08 by Noraslawatiah mohamad

Seorang pesakit dihantar kehospital sakit jiwa untuk menjalani ujian mental bagi mengesahkan sama ada dia mengalami sakit jiwa ataupun tidak.Ujian mental ini perlu melalui dua proses iaitu bertemu dgn pakar sakit jiwa dan pakar kaunseling..

Ujian pertama..

Pakar sakit jiwa : Encik Abu apa khabar? Silakan duduk
Pesakit : Err saya baik tuan doctor.
Pakar sakit jiwa : Saya nak minta encik abu buta satu perkara.
Pesakit :Apa dia tuan doctor.saya xd masalah.
Pakar sakit jiwa : Saya nak minta awk panjat cahaya lampu suluh ini bila saya nyalakan lampu suluh ini nanti.
Pesakit : Tuan doctor dah gila ke nak suruh saya panjat cahaya lampu tu.
Pakar sakit jiwa : Kalau mcn itu,tahniah encik Abu dah lulus ujian ini,jadi boleh la jalani ujian kedua dgn pakar kaunseling pula.

Ujian kedua.

Pakar kaunseling: Taniah..encik abu kerana telah lulus dalam ujian pertama sebentar td.
Pesakit : terima kasih la tuan..biasalah tuan..
Pakar kaunseling : Saya nak taw kenapa encik Abu tidak mahu memanjat cahaya lampu bila di suruh dalam ujian pertama sebentar tadi..
Pesakit : cubalah tuan pikir,kalo saya panjat cahaya lampu..tiba-tiba doctor tu padamkan lampu suluhnya,da tentu saya terjatuh..betul x tuan?
Pakar kaunseling : ?????

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "Citer lawak":