Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

kenangan

Posted on 31/12/08 by Noraslawatiah mohamad


BILA KU TERSUNGKUR. Kerana adanya kenangan yang satu itu di sebalik kehidupan yang berjalan sepantas waktu. Ingin terus menjejaki perjalanan yang lepas tetapi terlalu letih untuk bersedih lagi. Penat untuk berpura-pura. Sudah bertahun berlalu. Rasanya sudah terlalu lama masa terbiar untuk sebuah kenangan yang tak akan mungkin berulang lagi. Bukan masanya untuk mengeluh, lantaran hati telah redha dengan segala-galanya. Kini masanya telah tiba untuk menyimpan kemas-kemas erat-erat..biar tersimpul mati agar tak terbuka lagi kenangan yang pernah wujud itu.

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

warna pelangi

Posted on by Noraslawatiah mohamad


Untuk kesekian kalinya,
ku mahu mencari pelangi di kaki langit.
Mengindahkan hari-hari seterusnya
seindah warna-warna pelangi.
Menjauh seketika.
Semoga esok masih lagi milik kita.

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Diari usangku

Posted on 29/12/08 by Noraslawatiah mohamad


Gegaris perjalananku yang penuh ranjau
Berliku nan bersimpang siur jejalannya
Menuntut kemampuan diriku menempuh hidup ini
Dengan penuh kental lagi cekal
Segala cabaran yang menghunjam kuteguhkan hadapi jua

Dalam proses mengenal diri memaknakan insani
Kudalam dilemma berbolak hati ini
Antara pahala..dosa.. halal.. haram
Menerobos duniawi yang penuh dengan pancaroba
Kuperlu mengharungi dengan berhati-hati
Agar tidak terkuis dari landasanNYa

Kemanisan yang dikecapi
Keindahan yang dilalui Kegembiraan yang dirasai
Tawa .a yang meniti titian kehidupanku
Hanyalah seketika cuma
Musim bersilih ganti
Dari jahiliyah ke arus madani
Dari kegelapan ke arah NUR berkelipan
Dari kesesatan ke titian yang lurus
Dari kekufuran kembali kepada yang MAHA Pencipta

YA ALLAH,Ku tunduk malu padaMU
Diari usangku yang penuh calar-balar
Penuh dengan garisan lukisan kehidupanku
Tercalit pelbagai warna-warni
Andai dapatku padam satu persatu
Menjadi kertas putih lagi suci
Mampukah AKU ??!!

YA Rahman YA Rahim
Kumohon pertolongan mengemis keampunanMU
Tebalkan IMANku, kejapkan kalbuku
Kentalkan pendirianku, padukan fikrahku
Moga kutidak tersasar jauh dari landasanMU
Ku menghayati bait kalam Quran
“Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
(kerana kamu) menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.

YA Rabbal Alameen,
limpahilah hatiku dengan belas kasihan-Mu,
baik pada siang hari dan malam hari mahupun pada saat pagi dan petang
waktu daku tidur atau terjaga kecuali mengingati namaMu
antara jiwa dan nafasku.

Engkau telah masukkan ke dalam hatiku satu gagasan
bahawa Engkau Maha Suci Tuhanku,
telah banyak dosa yang daku perbuat dan Engkau mengetahuinya
taburkan titian perjalananku dengan syafaat dariMU
moga kuterus istiqomah ke jalanMU

Akhiran,mantapkanku dalam perjuangan hidup untuk mendapat keredaanMU
berikanku petunjuk dalam memilih menilai neraca kebaikan
limpahkanku dengan penawar hati di saat diri dilanda kealpaan

YA ALLAH,
Jadikanlah cahaya dihatiku
Cahaya dilidahku
Cahaya dipenglihatanku
Cahaya dari belakangku
Cahaya dihadapanku
Cahaya di atasku
Dan cahaya di bawahku..
Ya ALLAH berilah aku cahaya…
ameeen…


Ilham cipta`siMpLe-sHida`1 MEI 2008

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Selamat tinggal 1429H

Posted on 28/12/08 by Noraslawatiah mohamad

Banyak suka duka tercatat di dada mu banyak himpunan kisah² tragis banyak himpunan kisah² lucu dan juga meninggalkan kemanisan dalam hidupku… Selamat Datang 1430H!!Moga tahon baru memberi sinar dlm hidupku moga juga kan tercatat pelbagai kisah lebih manis di dadamu kali ini ” Untuk semua kawan² blog hope this new yearshall bring the more joy and happiness
Insya Allah “

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
kapan tiba massaku
ku akan memohon
tuhan jangan kau ambil nyawaku

aku takut
akan semua dosa² ku
aku takut
dosa yg terus membayangiku

mungkin tahu
malaikat Mu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu

Ampuni aku
dari segala dosa² ku
ampuni aku
menangis minta tobat PadaMu

aku manusia
yg takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga

Andai Ku tahu
kapan tiba ajal
kuizinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu

Nota kaki: Lirik lagu

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Merepek jeh

Posted on 26/12/08 by Noraslawatiah mohamad



Ptg smlm pi nengok movie sal Brainscan bersama kak ma dan anak-anaknya,Tie dan kD..heee..Best la citer neh..kelakar gler..aku dgn kD ketawa sampai na pecah perut..Yg paling kelakar la..babak zul yahya aka suami mek klate..bertukar identiti dgn mek klate.dengan kata laen bertukar bdn..memng kelakar laaa.x sia-sia pi nengok wyg..


Petang:

Join meinthetrainat5am main bowling..tp di batalkan..ada tournament lak..Biasalah kalo hari minggu atau cuti..mesti penuh la pusat bowling tu..Tp aku paling suka..x jadi main bowling..sbb aku x reti main..hee..xd apa pun na dibuat...jenjalan jeh laa..adoya..penat kaki neh melangkah..Time balik lak..pi umah baru kD..fuyooo..banglo..besau nye..leh muat bas..he he he..sori kD.tp kalo nak pi lagi skali ke umah dia..cmfirm aku lupe kot..
Malam:
Aku bersama keluarga pi mkn ikan bakar kat tanjung lumpur..haisy..keciknye dunia neh..boleh lak terjumpa ayen dgn isteri n anak-anaknya..berbalik pd sal makan td kan...kami seme makan sampai licin..bersih..kira puas hati la pi mkn kat situ..Ayah aku ckp..kira berbaloi la mkn sampai abes...sapu bersih..x membazir..K.la..banyak sgt aku merepek..jap ag na kuar dgn mak...hee
byeep

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

blogs baru..

Posted on 24/12/08 by Noraslawatiah mohamad


setelah sehari suntuk aku dop ngadap blogger neh..blaja cara-cara na wat layout sendiri..akhirnya aku berjaya gak..walaupon pening tahap dewataraya..nah terhasil la blogs noraslawatiah-mohamad.blogspot.com..hasil kerja aku sendiri..kredit to ein..sanggup ajar aku sampai dia migrain..he he he..bese la aku anak murid paling nakal.tu dia jd cengitu..sori cegu..anak murid mu ini nakal byk.hee..kalo ad masa anak murid mu na blaja lg neh..


sok planing pi nengok wayang..citer brainscan..layan je la..zasss
arap-arap bestla..he he he...

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

keletahnya simanja..

Posted on 23/12/08 by Noraslawatiah mohamad

Keletahnya..
manjanya..
suara anak-anak kecil..


menggamit rindu padamu..
anak-anak kecil..


tawamu...
telatahmu..
membuatkan insan sekeliling..
tersenyum girang..


senyuman manja..
Mencuit ati..












kerana dirimu
anak-anak kecil
bersih dari segala-segalanya..



Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Rawatan si tukang paip

Posted on by Noraslawatiah mohamad


Pada pukul 2:00 pagi, seorg doktor yg menghadapi masalah paip bocor dlm bilik air rumahnya menelefon seorg tukang paip yg merupakan pelanggan atau pesakit nya. Respons tukang paip berkenaan; “Tuan doktor, inikan pukul 2:00 pagi, tak bolehkah tunggu besok pagi?” Jawab doktor: “Ini kes emergency, tuan pun pernah dtg ke klinik saya pd waktu seperti ini kerana kes emergency.” Setelah diam seketika, tukang paip pun menjawab: “Betul kata tuan, maafkan saya, okay, beritahu saya apa sebenarnya masalah tuan?” Doc pun menjelaskan dgn detail keadaan paip bilik airnya yg bocor. Setelah mendengar penjelasan tersebut, tukang paip berkata: “Sekarang, inilah apa yg tuan doktor perlu lakukan, ambil dua biji PCM untuk setiap empat jam dan masukkkan ke dalam paip yg bocor itu, kalau tidak ada apa-apa yg berlaku, telefon saya semula di ofis besok pagi.”

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

I'M SORRY

Posted on by Noraslawatiah mohamad


Suatu hari, seorg dari kwsn pedalaman bersama isteri yang dikasihi pergi ke Kuantan kerana menziarahi anak mereka yang sedang menuntut di salah sebuah kolej di daerah ini..Org desa ini, walaupun tinggal di kawasan terpencil, bolehlah jg kalau setakat hendak berckp bahasa inggeris I’m sorry..no.. thank you dan mengira setakat one..two..three sampai ten! Kalau bernasib baik, kadang - kadang dia teringat sampai eleven. Selepas menemui anaknya,kedua-dua suami ini bersiar-siar di daerah kuantan..Di kaki lima sebuah kedai kecil itu,orang desa ini terlanggar dengan orang putih yang juga berlegar-legar di situ.. Pertembungan itu menyebabkan bungkusan mee yg dipegang oleh org putih itu terjatuh. Sambil memungut bungkusan mee untuk diserahkan semula kepada org putih tersebut, org desa ini pun memulakan dialog interaksi mesra berikut;

Orang Desa : “I’m sorry…”
Orang putih : “I’m sorry too..
Isteri org desa (berbisik) : Abang..jawablah lagi …”
Orang desa : (kerana menyangka too ialah two,org desa pun berkata ) “I’m sorry three..”
Orang putih : “what are you sorry for?”
Isteri orang desa (berbisik): Abang.jwb lah lagi..peramah betul orang putih neh..
Orang desa : (kerana sangkakan for adalah four,orang desa pun menjawab) “I’m sorry five”
Teman orang putih : “dear,I think this man must be sick!’
Isteri arang desa (berbisik) : “Abang..jawablah lagi..tengok tu..teman dia pun peramah juga..
Orang desa : (kerana teringatkan sick ialah six.orang desa pun terus menjawab).
”I’m sorry seven”
Teman orang putih : “come on, dear. I.m afraid”
Orang Desa : (mendengar kata-kata afraid..orang desa ini menyangka eight.lalu dia berkata)
“ I’m sorry nine”

Melihat temannya dalam keadaan tidak selesa, orang putih itu terus berkata “ sorry I really don’t understand”
Mendengar saja perkataan understand yang bunyi akhirnya mcm ten..bagai pemidato agung,orang desa ini terus menyambut “ I’m sorry even” (tersasul kerana terlalu ghairah menyebut eleven).

Orang putih bersama temannya terus berada dlm keadaaan terpinga-pinga. Malah, org putih itu bertambah terpinga-pinga kerana kabetulan panggilan singkatan namanya Evan!. Bagaimana org desa itu mengetahui namanya Evan!. “Do you know me?” bertanya lagi org putih itu sebelum dia beredar.
Si isteri org desa itu terus berbisik lagi kepada suaminya, “dia tanya ap lg tu bang?, mesra btllah org ni.”

Suaminya menjawab, “dia tanya aku nk mee ke?” jawab selamba suaminya sambil memandang mee yg dipegang org putih tersebut. “Eh, jgn terimalah bang, entah halal entah tidak!” mencelah isterinya. Si suami kemudian dgn cepat berkata kpd org putih, “ no, thank you.”
Kemudian org desa bersama isterinya terus meneroka pelbagai premis preniagaan di bdr kuantan. Ternyata dialog yg seketika shj telah berjaya meningkatkan peratus kasih sayang isterinya kepada org desa itu. Si isteri teramat berbangga terhadap pencapaian dan kebolehan suami tersayang.

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

kerja

Posted on 12/12/08 by Noraslawatiah mohamad

Ari ney..ari pertama aku kerja pas lama bercuti..Kire catat sejarah dlm kamus idupku..cuti panjang..Memandangkan cuti aku masih banyak sgt..aku terpaksa amek cuti..kalo x, cuti aku akan burn la..Aku bkn xnak cuti...tp komitmen aku pada kerja memaksa aku utk x bercuti..taw la..kalo dah byk sgt keje..nak cuti pun x best..kepala asyik pikir sal kerja jeh..Aku bknlah kategori 'gila kerja' tp da tanggungjwb aku sbg penjawat awam..
Sebenarnya ari ney..kat tempat keje aku ada penggambaran untuk drama tv..Aku xcited nak tengok...sm sprti kwn2 aku yang laen..Aku bukanlah fanatik dgn pelakon..tp aku juz nak tengok camner penggambaran sesebuah drama dilakukan..he he he..
Neh sal drama..sal raya lak...raya kali neh paling sadis la..Raya pertama xd air..pas2 xd letrik..c.an kan...yg lg sedihnya..air paip xd sampai skrng..baju kotor dah jadi gunung da..cam gunung everest..Tp kenalah bersabar selagi aku bley bersabar..
K.la..aku xd pe na dimerepek kan..he he he..aku blah dlu laa..
c u soon

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

salam edul adha

Posted on 5/12/08 by Noraslawatiah mohamad

Assalamualaikum warahmatullah
teman- teman, sahabat, kawan dan
apa jua yg terfikir di minda
juga yg terdetik dihati
Salam ingatan
Salam Eidul Adha

moga dirimu sentiasa
Sihat walafiat
gembira secerianya
tenang bersahaja
berjaya dalam setiap cita-cita,impian dan usaha
walau di mana jua berada
bersama siapapun jua
dalam semua situasi dan suasana yang mendatang

Yakinlah ALLAH S.W.T
sentiasa merahmatimu,
memberkatimu,
mengasihimu dan melindungimu
..AMIN..
It takes more than caring
To be a real friend;
The nature of friendship;
Requires a blend
Of warmest compassion
And love deep and true
To reach and to comfort
The way that you do.
I want you to see
That your kind of friendship
Is priceless to me
Ampun dan Maaf
atas kesilapan dan kekhilafanku yang berulang-ulang
segala kekurangan dan keterlanjuran
dari kedaifan dan kedangkalan,
kealpaan,
namun
ku kan tetap berusaha berubah
untuk menjadi
hamba yang diredhaiNYA
anak yang soleh buat kedua ibubapa
manusia yang berguna pada manusia lainnya
insan yang mengasihi saudaranya
teman yang mengingati sahabatnya

Selamat menjalani ibadah Qurban
dengan
keikhlasan dan keinsafan

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

citer lawak

Posted on by Noraslawatiah mohamad

Penumpang kete..



Seorang guru lukisan menyuruh murid-muridnya melukis sebuah kete yang mempunyai penumpang.Apabila tamat tempoh yang diberi, guru ini mendapati salah seorang muridnya hanya melukis kereta sahaja tanpa penumpang.

Guru : di manakah penumpangnya?
Murid : mereka telah turun cegu..
Guru : ?????

EPISOD TOPENG DOKTOR

Seorang guru biologi menerangkan hal-hal kerjaya seorang doktor kepada murid-muridnya.Kemudian dia melontarkan satu soalan.

Guru ; Pernahkan murid-murid melihat para doctor melaksanakan pembedahan dalam
program-program di kaca TV?
Murid-murid : Pernah cikgu.
Guru : Tahukah kamu kenapa para doctor itu sentiasa memakai topeng bila melakukan
pembedahan.
Murid-murid : Supaya tidak ada org yang mengenalinya jika pembedahan itu gagal..cikgu..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Citer lawak

Posted on by Noraslawatiah mohamad

Seorang pesakit dihantar kehospital sakit jiwa untuk menjalani ujian mental bagi mengesahkan sama ada dia mengalami sakit jiwa ataupun tidak.Ujian mental ini perlu melalui dua proses iaitu bertemu dgn pakar sakit jiwa dan pakar kaunseling..

Ujian pertama..

Pakar sakit jiwa : Encik Abu apa khabar? Silakan duduk
Pesakit : Err saya baik tuan doctor.
Pakar sakit jiwa : Saya nak minta encik abu buta satu perkara.
Pesakit :Apa dia tuan doctor.saya xd masalah.
Pakar sakit jiwa : Saya nak minta awk panjat cahaya lampu suluh ini bila saya nyalakan lampu suluh ini nanti.
Pesakit : Tuan doctor dah gila ke nak suruh saya panjat cahaya lampu tu.
Pakar sakit jiwa : Kalau mcn itu,tahniah encik Abu dah lulus ujian ini,jadi boleh la jalani ujian kedua dgn pakar kaunseling pula.

Ujian kedua.

Pakar kaunseling: Taniah..encik abu kerana telah lulus dalam ujian pertama sebentar td.
Pesakit : terima kasih la tuan..biasalah tuan..
Pakar kaunseling : Saya nak taw kenapa encik Abu tidak mahu memanjat cahaya lampu bila di suruh dalam ujian pertama sebentar tadi..
Pesakit : cubalah tuan pikir,kalo saya panjat cahaya lampu..tiba-tiba doctor tu padamkan lampu suluhnya,da tentu saya terjatuh..betul x tuan?
Pakar kaunseling : ?????

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

iklan tayar..

Posted on 4/12/08 by Noraslawatiah mohamad

Suatu ptg,dalam perjalanan ke semambu.aka di satu simpang trafik light..si anak terpandang signboad yang ad iklan tayar kete sebijik jeh..

Sianak : Ibu.. kenapa pada iklan tayar tu..ada 1 tayar jeh..kete kan ad 4 tayar..
Si ibu :Ala iklan tuh tayar belakang kete jeh..tu 1 jeh..
Si anak :kenapa tayar belakang..x tayar depan..
Si ibu : Kalo gitu..tayar depan la..
Si anak : Mane 1 lagi tayar..kan tayar depan ada 2..tayar belakang pun ada 2 gak..
Si ibu : Kalo camtu 1 lagi tayar jatuh tergolek dalam longkang laa..

moral of da story : Kalo si anak tanye soklan2 yang cam neh..jwbla secara logik..x yah pikir pnjng..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

budak nakal

Posted on by Noraslawatiah mohamad

Aku ad satu citer yang aku kire best la..Citer neh aku adaptasi dari kak zana..kire realiti kehidupan..bdk2 zaman skrg yang umo dia 4 taon laa..

Suatu petang..di rumah kak zana..ujan turun renyai-renyai..

Kak zana aka mak : Aleya jangan maen hujan..nanti demam..
Aleeya : kenapa demam (x faham)

Kak zana : Yelah kene air hujan bleh demam..
Aleeya : Ayam tuh.bleh je main hujan

Kak zana : Ayam tuh dia ad bulu,dia bleh lindung badan..
Aleeya : Meow mak ( kucing)

Kak zana : Meow pun ad bulu gak..
Aleeya : Kenapa kita x bley..
Kak zana : Kite xd bulu nak lindung badan dari hujan..

Naseb baek aleeya x tanye..ikan dlm laut x demam pun..ngeh..ngeh..ngeh..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..