Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

Benci

Posted on 3/02/09 by Noraslawatiah mohamad

Arghh..
Kau datang lagi
Tanpa diundang..
Menganggu hidupku..
Derita dalam sengsara..
Airmata menjadi saksi..

Keceriaan yang terukir..
Malap seketika..
Kejernihan raut wajah..
Kelam dalam kesengsaraan..

Denyutan itu membosankan..
Iramanya menyeksakan...
Pandangan gelap seketika.
Hati meraung…
Merintih menahan derita..

Sampai bilakah..
Harus begini..
Tidak tertahan lagi..
Meronta dalam kesabaran..
Menangis dalam diam..

Pergilah kau..
Nyah dari hidupku…
Aku benci sama kamu..

Andainya..
Ini ketentuanMu..
Aku pasrah dan redha..

Kerana aku
Adalah aku..
Insan terpilih..
Sabar dalam derita..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "Benci":