Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

24.6.2009

Posted on 24/06/09 by Noraslawatiah mohamad

Malam tadi..terasa sunyi semacam jeh..Almaklumlah adik bongsu tiada di rumah...Bermalam di kuala terengganu..Tetiba suasana rumah yang kebiasaannya riuh cam nak runtuh aka cam pasar malam berubah senyap dan sepi...Baru saja 1 malam adik tiada di rumah,,terasa lain semacam jeh..terasa kekurangan sesuatu..Ditambah pula dengan ketiadaan ayah malam tadi...Lagi la sepi jeh...Guruh berdentum sana sini..kilat sambar menyambar..menyilaukan mata..Keheningan malam di sirami dengan rintikan hujan..amat menakutkan..Tidurpun dalam keadaan tidak berapa lena..Tidak pasti,jam berapakah lena di buai mimpi.Yang pasti..merebahkan diri atas tilam empuk seawal jam 9.30malam..Sedang mimpi baru saja hendak bermula..terdengar messsage masuk dari handphone yang berada tidak jauh dari telinga..Hati merintih lagi"siapakah yang mengganggu tidurku"..Lantas jariku pantas membuka peti masuk dan aku lihat message dari yana..Dalam hatiku berbisik sekali lagi.."Message ku lewat ptg tadi sudah yana terima..walaupun hampir lewat malam"..

Yang pasti..aku tahu..dia free ptg selepas koir..Yeay!yeay!hatiku berbunga riang..Ada lah kawan untuk pergi pekena cendol+rojak...xde la aku keseorangan..

Ku lihat jam,baru saja pukul 10.45malam..Wah!masih awal lagi..Saat ini juga lah..aku resah..tidak dapat tidur selena nya..macam-macam berlegar di fikiran..

Saat ini juga perutku berlagu riang...seolah-olah mahu sesuatu..adeyh!terasa sangat lapar..


K.la !bersambung nanti...ada kerja yang harus diselesaikan..hehehe.

Nota kaki: Hanya keluhan...

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "24.6.2009":