Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

Hari Rabu

Posted on 17/06/09 by Noraslawatiah mohamad

Hari ini,hari rabu..sudah semestinya ramai cikgu-cikgu berpakaian uniform..Sangat cantik sekali..Yang pasti,bukan hari ini saja..tapi setiap hari rabu semua warga sekolah berubah wajah..Ramai guru-guru dan pelajar berpakaian uniform..Paling saya suka pakaian kadet polis..Gaya tidak ubah seperti polis.Mungkin minat saya terhadap kepolisan membuatkan saya teruja setiap kali melihat mereka-mereka berpakaian sedemikian..hehehe..
Pagi tadi borak bersama kawan-kawan..Ada diantara mereka meluahkan rasa hati."bestnya kalau lah dah jadi jutawan..tidak perlulah kerja..duduk di rumah sahaja"..Yelah kan..kalau dah jutawan..Bagi saya semua ini hanya lah harta dunia..tidak kekal lama..Hanya lah pinjaman semata-mata..Bukan nak kata saya nie baik sangat...Mungkin juga kalau kita adalah salah seorang jutawan,kita alpa dengan nikmat duniawi...Siapa tahu..betul tidak?..Biarlah kita hidup secara bersederhana..Atleast kita bersyukur dengan rezeki yang allah swt kurniakan pada kita...
Berbalik pada bicara tadi..hehehe..Saya ada juga menyampuk.."Bestnya lah kalo dah pencen"hehehe...Hanya omongan kosong semata-mata..Itulah kita,sebagai manusia biasa yang kekadang terlalu mengikut emosi..hehehe..Tidak mustahil juga,bila dah pencen nanti terkeluar perkataan "Alangkah bagusnya kalau bekerja"..mungkin juga masa nie dah boring tahap dewataraya..melepak jeh kat rumah..hehehe..
Sekejap lagi ada eksperimen form 5SJ..
Saya undur diri...
Ada masa kita sambung lagi topik nie..hehehe..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "Hari Rabu":