Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

~AIRMATA WANITA...~

Posted on 13/06/08 by Noraslawatiah mohamad


“Ibu, kenapa ibu menangis?” Tanya seorang anak kepada ibunya.Ketika itu si ibu sedang menyuap makanan ke mulut si anak.“Kerana ibu seorang wanita,” jawab si ibu sambil mengesat air matanya”Apa maksud ibu?” Si anak bertanya blagi.Ibunya Cuma tersenyum sedang air mata masih merembes membasahi pipi.Dipeluk erat-erat anaknya lalu berkata “ anakku, kau memang takkan faham…..” Kemudian, anak itu bertanya pula pada ayahnya : “ Ayah, kenapa ibu mudah menangis?“Semua wanita memang mudah menangis “ hanya itu jawapan yang mampu diberikan.
Masa berlalu…. Si anak membesar dan menjadi lelaki dewasa, namun dia masih tertanya-tanya mengapa wanita mudah menangis?Sampai waktu si ibu di panggil pulang ke rahmatullah.Kerinduan yang amat sangat menyebabkan si anak terbawa-bawa rasa rindunya itu ke dalam mimpi.Di dalam mimpinya itu, si ibu memimpin tangan si anak sambil berkata “ Anakku…Allah telah ciptakan wanita sangat istimewa, DijadikanNya bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isiNya.Namun ia juga cukup kuat nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak.“Allah berikan wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap-kali ia menerima cercaan daripada si anak.Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah berputus asa.“Kepada wanita juga Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walaupun letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh kesah.“Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa.Walaupun acap kali anak-anak melukai perasaan dan hatinya.“Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sulit serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dialah yang harus dilindungi.“Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami.Walaupun sering kali ia akan menguji setiap kesetiaannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi.“Dan anakku,air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya.“Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita,ternyata kamu silap.Air mata adalah kekuatan wanita, di situlah perasaannya berderai,berduka, gembira, bahagia, sengsara malah cintanya terungkap melalui air mata..“Air mata wanita adalah air mata kehidupan”Tiba-tiba si anak terjaga.Barulah dia sedar bertapa teguh dan kuatnya seorang wanita.

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "~AIRMATA WANITA...~":