Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

sahabat VS teman

Posted on 15/06/08 by Noraslawatiah mohamad

Apabila kau berteman,
janganlah kerana kelebihannya,
kerana mungkin dgn satu kelemahan,
Kau akan menjauhinya...
Andai kau berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana dgn satu keburukan,
Kau akan membencinya..
Andai kau bersahabat,
Janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya...
Andai kau berkawan,
Janganlah kerana sifat cerianya...
Kerana andai dia berduka,
Mungkin kau akan menjauhinya..
Andai kau bersahabat,
Terimalah dia seadanya
Kerana dia juga adalah insan biasa sepertimu...
( Ilham dari Azrul hisham-peminat setia blogs anggerik rimba...)

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "sahabat VS teman":