Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

cInTa...

Posted on 18/06/08 by Noraslawatiah mohamad

Telah berulang kali aku nyatakan
niat di hati untuk membalut luka hati mu
namun kau masih meragui keikhlasan cinta ku.
Haruskah engkau terus menghukum
para pencinta mu hanya kerana
seorang kekasih yang tidak setia?
Bukalah pintu hati mu.
Biarlah apa yang telah berlaku
kau tinggalkan menjadi sejarah.
Tidak ku minta kau lupakan sejarah itu
kerana sejarahlah yang mengajar kita erti kehidupan hakiki.
Namun ku pinta bukalah lembaran sejarah yang baru di hati mu.
Penuhkanlah ia dengan cerita cinta dan kasih sayang yang baru.
Aku berjanji tak akan ada lagi air mata sedih yang akan
mengalir lewat sepasang mata nan indah itu.
Jangan takut mencuba lagi kerana kegagalan itu bukan untuk selamanya.
Bila kita membiarkan ketakutan menguasai hati,
kita biarkan kegagalan itu datang lagi.
Cinta pertama bukanlah cinta yang seharusnya abadi.
Jika ia mampu kekal bersyukurlah tetapi bila ia pergi relakanlah.
Aku tidak akan mungkin menjadi cinta pertama mu
tapi biarkanlah aku menjadi
cinta terakhir mu…

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "cInTa...":