Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

Bufday girl

Posted on 21/05/09 by Noraslawatiah mohamad

Petang semalam saya dan nisa keluar makan...Memula kami tidak tahu nak makan apa..almaklumlah rajin sangat nak masak..hehehe..Last sekali..nisa bagi cadangan pergi ECM makan steamboat,katanya nak belanja saya makan sempena bufday saya......hehehe..kiteorg pergi restoran johnny je lah.Walaupun masa nie saya selsema dan demam,still pergi juga..


~sangat cantik hiasan buah-buahan tuh~

~Pertama kali minum lime juice..sangat masam weih..Tp kawan baik saya cakap,kalo nak cepat sembuh minumlah lime juice..hehehe~


~Apa-apa hal...sayur letak tepi dulu..Nampak sangatlah kiteorg kurang makan sayur~


~Jom kite masukkan seme2 bahan steamboat tuh..tengoklah chef nisa sedang masak..hehehe~


~Dah siap masukkan seme..tutup dulu..~


~Aa..ada telur 2 biji..~


~Last sekali,masukkan telur..~


~Owkeyh kawan-kawan..steamboat dan ready untuk dimakan...jom kita makan~
~Errrmmm!lazat nya...ada udang,ada sotong,,ada ayam...ada daging..favourite saya la nie~
~buku nie,nisa yang bagi..katanya spesial untuk saya....lepas nie.makin bertambah lah cinta dan sayang saya..heheheh...xp~
Apa-apa pun terima kasih bebanyak kat nisa kerana belanja steamboat dan bagi buku motivasi kat saya..
Nota kaki: Saya dah start baca buku motivasi nie..Da masuk bab 12 daripada 92 bab..Amat baguslah...antara kata2 yang menarik :
  1. Berikan mereka kasih,anda akan dikasihi,berikan mereka sayang,anda akan disayangi,berikan mereka cinta,anda akan dicintai,bukan oleh mereka sahaja,bahkan juga ALLAH SWT
  2. Usah asyik mengharapkan orang memberikan kata-kata sayang sedangkan anda lokek senyuman.
  3. Usah terlalu mengikut kehendak hati tetapi berhati-hatilah sewaktu berbicara dengan hati sebab disitulah duduknya syaitan.
  4. usa terlalu mengagumi pelangi sebab ia hanyalah ilusi,tapi kagumilah diri sendiri sebab ia tentu lebih bererti.
  5. Hidup sentiasa indah bagi orang yang hatinya indah..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "Bufday girl":