Ingin ku pandang ke depan..
Tidak akan ke belakang..
namun hampa..
Garis-garis usang datang bertamu..
Merobek seluruh jiwa..
Dicuba sedaya upaya..
Namun sia-sia..
Memori silam silih berganti..
Datang tanpa diundang..
Saat hati berbahagia..
Berbunga riang..
Berlagu rindu..
Datang jua kenangan silam itu..
Menganggu hati itu..
Kenapakah..
Sukar untuk melepaskannya..
Kau datang jua..
Menutup pintu kebahagiaan..
Saat ini..
Ku cuba memberi ruang..
Perlahan-lahanku buka.
Jendela hati yang terkunci.
Walau sesukar manapun..
Hidup mesti diteruskan..
Kerana aku..
Hanya insan biasa..
Nota kaki: Kenapakah sukar untuk melupakan kenangan lama..Saat ingin membuka lembaran baru,kisah baru...Datang juga memori lama menganggu emosi..Pintu hati tertutup rapat,seolah-olah dikunci..Yang pasti,Berusaha membuka pintu yang tertutup itu perlahan-lahan..Kebahagiaan adalah milik setiap insan..


1 ulasan:
kenangan lame mmg susah nak lupe.Yg penting skrg fokus pade yg baru InsyaAllah yg lame akan dpt dlupekan jue akhirnye.Ingat cendol,ingat yg baru.hahahahahahaha......
Catat Ulasan