Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

kawan baik saya

Posted on 29/05/09 by Noraslawatiah mohamad

Petang ini saya dan kak mila akan ke Restoran kat kampung padang..pekena roti canai.Almaklumlah cuti sekolah akan bermula selama 2 minggu..kira hari ni hari terakhir persekolahan..Sebelum cuti bermula,saya dan kak mila pergi pekena roti canai..lepas nie 2 minggu baru jumpa..sangat sedih la..Dah lama berkawan dengan kak mila..Tidak pernah bergaduh..rasa jauh hati pun jauh sekali...Yang jelas kami kawan baik..Teman berbicara,teman bergelak ketawa..Ada saja topik yang nak di bualkan.Walaupun kami bukan dari bidang yang sama aka perguruan..tapi kami serasi dalam menjalinkan persahabatan....Kalau dulu,time nak pergi kenduri,kami pergi bersama..kiranya senang lah nak pergi sekali kerana kami tinggal di kampung yang berdekatan..Bukan setakat ini saja,kekadang time nak pergi dinner kami pergi sekali..1 kereta..kira ada kawan lah..
Yang jelas,dia lah kawan baik saya...Teman makan roti canai+teman bergelak ketawa..
Kawan-kawan, pic kat bawah nie adalah kak mila..

Pic nie semasa kami kat melaka..lawatan sekolah..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "kawan baik saya":