Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

nostalgia 1..

Posted on 31/05/09 by Noraslawatiah mohamad

Teman..
Lewat waktu ini..
Ku imbas kenangan bersama..
Moga antara kita saling mengingati..
Untuk kita abadikan..
Dalam kamus kehidupan..
~Abadikan kenangan di melaka~

~Sebuah pertemuan..~

~Saling mengerti~


~Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu,
tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu,
tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu,
namun yang terbaik dalam memori hidupku
kerana ada kebaikan dan pengorbananmu...~


~Keakraban terbina pada sebuah ikatan~

~Ukhwah hanya persinggahan~


~Serasi bersama dalam sebuah ikatan~


~Pertemuan yang tidak disangka~


~Saling memahami~

~Tinggal kenangan~


~Ukhwah terbina atas keikhlasan~

~Teman tapi mesra~

~Keakraban bukti kami serasi dalam ukhwah ini..hadirmu tiada ganti~
Kaulah teman sejati..

~Lewat perkenalan~

~ kenangan bersama tetap utuh di hati~

~Kita tahu matahari tidak selamanya mencerah merah,
adakalanya ia hilang dari mata..
Kemana matahari?
Kita menangis mengenang matahari yang hilang…
lalu ribut dan petir melanda.
Rupa-rupanya ALLAH hendak hadiahkan kita pelangi nan indah..~

~Andai masa boleh kembali,
andai yang ditakdirkan boleh diubah,
andai bisa berpaling lagi..
andai yang terakhir boleh bermula,
ingin segalanya bukan lagi sepedih ini,
ingin tersenyum setulus hati,
ingin segalanya indah tanpa kesalan..~

Nota kaki : Seorang teman,bila berjauhan..dia akan menangis kerana rindu dan bila dekat,dia akan menangis kerana takut berpisah...
jika hari ini ia datang,jangan biarkan ia berlalu pergi..Jika esok ia bertandang,jangan harap ia kembali lagi..sesungguhnya yang indah itu pertemuan,yang manis itu kemesraan,yang pahit itu perpisahan...yang tinggal hanyalah kenangan...Hilangnya seorang teman,ibarat hilang sebelah tangan,lukanya boleh diubati..tapi hilangnya tiada ganti..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

kawan baik saya

Posted on 29/05/09 by Noraslawatiah mohamad

Petang ini saya dan kak mila akan ke Restoran kat kampung padang..pekena roti canai.Almaklumlah cuti sekolah akan bermula selama 2 minggu..kira hari ni hari terakhir persekolahan..Sebelum cuti bermula,saya dan kak mila pergi pekena roti canai..lepas nie 2 minggu baru jumpa..sangat sedih la..Dah lama berkawan dengan kak mila..Tidak pernah bergaduh..rasa jauh hati pun jauh sekali...Yang jelas kami kawan baik..Teman berbicara,teman bergelak ketawa..Ada saja topik yang nak di bualkan.Walaupun kami bukan dari bidang yang sama aka perguruan..tapi kami serasi dalam menjalinkan persahabatan....Kalau dulu,time nak pergi kenduri,kami pergi bersama..kiranya senang lah nak pergi sekali kerana kami tinggal di kampung yang berdekatan..Bukan setakat ini saja,kekadang time nak pergi dinner kami pergi sekali..1 kereta..kira ada kawan lah..
Yang jelas,dia lah kawan baik saya...Teman makan roti canai+teman bergelak ketawa..
Kawan-kawan, pic kat bawah nie adalah kak mila..

Pic nie semasa kami kat melaka..lawatan sekolah..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Kenangan silam

Posted on by Noraslawatiah mohamad

Ingin ku pandang ke depan..
Tidak akan ke belakang..
namun hampa..
Garis-garis usang datang bertamu..
Merobek seluruh jiwa..

Dicuba sedaya upaya..
Namun sia-sia..
Memori silam silih berganti..
Datang tanpa diundang..

Saat hati berbahagia..
Berbunga riang..
Berlagu rindu..
Datang jua kenangan silam itu..
Menganggu hati itu..


Kenapakah..
Sukar untuk melepaskannya..
Kau datang jua..
Menutup pintu kebahagiaan..

Saat ini..
Ku cuba memberi ruang..
Perlahan-lahanku buka.
Jendela hati yang terkunci.

Walau sesukar manapun..
Hidup mesti diteruskan..
Kerana aku..
Hanya insan biasa..


Nota kaki: Kenapakah sukar untuk melupakan kenangan lama..Saat ingin membuka lembaran baru,kisah baru...Datang juga memori lama menganggu emosi..Pintu hati tertutup rapat,seolah-olah dikunci..Yang pasti,Berusaha membuka pintu yang tertutup itu perlahan-lahan..Kebahagiaan adalah milik setiap insan..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Teman

Posted on 22/05/09 by Noraslawatiah mohamad

kawan,
andai aku diberi pilihan
ingin aku jadi sang suria
menyinar alam maya
tapi..
tika fajar terbenam
malam menjelang
kau tak dapat melihatku..
kawan,
biarlah aku menjadi bulan
akan ku
indahkan malam gelita
tapi...
tika fajar menyingsing
siang bertandang
Aku kan hilang..
kawan,
aku ingin menjadi bunga
temani kau dalam keriangan
tapi...
bunga pasti akan layu..
kawan,
harus jadi apakah aku
agar dapat menemanimu
menenangkan gelisahmu
meriangkan suram hatimu..
kawan,
harus jadi apakah aku?

Nota kaki : Puisi ini saya tujukan khas buat insan-insan yang mengenali saya..ceyh!skema tul ayat..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

b.o.R.i.N.g

Posted on by Noraslawatiah mohamad

Sangat boring..boring weih...



Kenapa meminta sedangkan tidak memberi..
Kenapa mengharap sedangkan tidak sudi..
Kenapa berpisah sedangkan hati tidak rela..
Kenapa merindu sedangkan jiwa gundah gulana..

Kenapa weih..

banyak sangat nak tanya...



~Suka banner kat atas tu~
Kekadang pic mempunyai maksud tertentu..
Kekadang ianya menimbulkan spekulasi2 yang kurang enak di dengar..
Kekadang ianya menyebabkan punca segala persengketaan..
Nota kaki : Buat saya..berhati-hati kiranya nak upload sebarang pic..dibimbangi melukai hati insan lain..
POST NIE NTAH APA NTAH..XP


Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Bufday girl

Posted on 21/05/09 by Noraslawatiah mohamad

Petang semalam saya dan nisa keluar makan...Memula kami tidak tahu nak makan apa..almaklumlah rajin sangat nak masak..hehehe..Last sekali..nisa bagi cadangan pergi ECM makan steamboat,katanya nak belanja saya makan sempena bufday saya......hehehe..kiteorg pergi restoran johnny je lah.Walaupun masa nie saya selsema dan demam,still pergi juga..


~sangat cantik hiasan buah-buahan tuh~

~Pertama kali minum lime juice..sangat masam weih..Tp kawan baik saya cakap,kalo nak cepat sembuh minumlah lime juice..hehehe~


~Apa-apa hal...sayur letak tepi dulu..Nampak sangatlah kiteorg kurang makan sayur~


~Jom kite masukkan seme2 bahan steamboat tuh..tengoklah chef nisa sedang masak..hehehe~


~Dah siap masukkan seme..tutup dulu..~


~Aa..ada telur 2 biji..~


~Last sekali,masukkan telur..~


~Owkeyh kawan-kawan..steamboat dan ready untuk dimakan...jom kita makan~
~Errrmmm!lazat nya...ada udang,ada sotong,,ada ayam...ada daging..favourite saya la nie~
~buku nie,nisa yang bagi..katanya spesial untuk saya....lepas nie.makin bertambah lah cinta dan sayang saya..heheheh...xp~
Apa-apa pun terima kasih bebanyak kat nisa kerana belanja steamboat dan bagi buku motivasi kat saya..
Nota kaki: Saya dah start baca buku motivasi nie..Da masuk bab 12 daripada 92 bab..Amat baguslah...antara kata2 yang menarik :
  1. Berikan mereka kasih,anda akan dikasihi,berikan mereka sayang,anda akan disayangi,berikan mereka cinta,anda akan dicintai,bukan oleh mereka sahaja,bahkan juga ALLAH SWT
  2. Usah asyik mengharapkan orang memberikan kata-kata sayang sedangkan anda lokek senyuman.
  3. Usah terlalu mengikut kehendak hati tetapi berhati-hatilah sewaktu berbicara dengan hati sebab disitulah duduknya syaitan.
  4. usa terlalu mengagumi pelangi sebab ia hanyalah ilusi,tapi kagumilah diri sendiri sebab ia tentu lebih bererti.
  5. Hidup sentiasa indah bagi orang yang hatinya indah..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Bufday gift..

Posted on by Noraslawatiah mohamad

Dua tiga hari ini dapat hadiah bufday dari kawan baik dan ecah..
~Hadiah bufday dari kawan baik~


~Dari ecah,siap bagi kad lagi~


~Kad ~


~Hadiah dari ecah~
Nota kaki : Terima kasih bebanyak kat kawan baik dan ecah...

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Demam weih..

Posted on 20/05/09 by Noraslawatiah mohamad

selsema datang lagi..
Suara dah tidak semerdu buluh perindu..
Adeyh! perasan sorang saya nie..
Ubat batuk+selsema+demam telah saya telan..
Mak oiii pahit giler..
Nama ubat..memang pahit..
Takkan lah coklat or gula..
ngeh..ngeh..ngeh..
sangat xd mood..
Tolong saya!tolong saya!
Sangat lemah dan tak terdaya..
Terasa mahu tidur aje..
Adeyh!...
Kesian sama saya...






Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

syukur alhamdulillah..

Posted on 19/05/09 by Noraslawatiah mohamad

Tahun ini boleh di kira tahun rezeki buat saya..Awal tahun ari tuh saya dapat APC (Anugerah Khidmat Cemerlang)..Syukur alhamdulillah..

~Surat penghargaan APC~
Bulan 3,saya menduduki Penilaian Tahap Kecekapan(PTK)..
Angka giliran A002
Tempat: SMART..

~Slip peperiksaan~

Pg semalam dapat result PTK yang bulan 3 tuh...syukur alhamdulillah..Akhirnya saya dapat keputusan cemerlang tahap 4..


~tengoklah result~



Nota kaki: Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang banyak memberikan nasihat supaya saya menduduki PTK ini..walaupun dah banyak kali ambil..asyik dapat III jeh..Kalo ikutkan hati saya,memang dah malas da..
Cikgu Rohana Amin(Warna warni melambangkan keceriaan dirinya+sentiasa tersenyum)=ajar saya sal fizik..sememangnya,dia membuatkan saya jatuh cinta dengan fizik..Dia memang cikgu yang bagus dan terbaik..kepada pelajar yang berpeluang belajar dengannya..jangan lepaskan peluang ini..Sesungguhnya dia membuatkan anda cintakan fizik..betul kan KD?hehehe..Kalolah dia salah sorg guru fizik saya semasa saya zaman skolah dulu..sememangnya A1 fizik memang milik saya..Kak ana terima kasih banyak..mmmuaahh!mmuaah!geli la pulak..uweeek..uweeekkk..
Kawan-kawan saya...Kak zana aka si ulat buku..sentiasa menjadi guru saya dalam bab perkhidmatan,...kalo nak taw pasal cuti..tanya dia...sebab dia kwat cuti...tanya jeh pasal cuti mesti dia taw..hahaha..skrg cuti dia dah tinggal sikit..dia da pening kepala da..cuti raya lagi..cuti sekolah..cuti deepavali..krismas..semua dia nak sapu..camner cuti x abes..kena lah dengan dia yang kwat bercuti..hahaha..
Kak bad dan kak sue..Ermmm! ape yerrk...bagi saya dia orang ibarat ibu kat skolah laa..Pg sebelum pergi exam...,mesti dia bagi restu untuk kami anak2 nakal dia..siap tolong tajamkan pensel dan sediakan alat nak pergi exam..Aduih!dah besar2 pun kami x reti nak berdikari..Aa..bukan tidak reti,tapi nak bermanja jeh..sayang kak bad n kak sue..
Saya masih ingat kata2 nasihat dari kak bad n kak sue sewaktu kami hendak pergi ke dewan exam"Aa..makan cepat..jap lagi nak pekse..".."baca buku..jap ag nak pekse"..Baca doa banyak2..".."Jawab betul-betul.."..nie lah koleksi ayat kak bad waktu pagi kami nak exam..
Kalau ada kelapangan waktu..insyaallah kita pakat ramai-ramai pi serang CTMan..owkeyh..
GET READY FOR PTK 2..chanyuk..chanyuk..
Kak zana..Gud luck...rajin sket bc buku tuh..supaya seiring dgn kami amek PTK2..Tu la banyak sangat bercuti..
Kak maa da luluskan?..jgn jeles..hehehe..
Kita sama-sama amek PTK2 yea kak maa..nantikan saya..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Sepi

Posted on 17/05/09 by Noraslawatiah mohamad

Hari ini..
Resah datang bertamu..
Gelisah saban waktu..
Mengheret ke lorong sepi..
Kelam tanpa cahaya..

Langkah longlai..
Bersendirian lagi..
Memori silam menggugat emosi
Membelenggu tanpa kata.

Masa berdetik pantas.
Meninggalkan aku keseorangan..
Menghitung hari.
Mencari kasih yang abadi..

Kehidupan..
Adakalanya terlalu indah..
Seringkali memeritkan..
Pancaroba datang silih berganti..
Menguji keimanan insan..
Hanya airmata saksi segalanya..

Esok..
Datang silih berganti..
Belum pasti ada kegembiraan..
Berlalu sepi tanpa apa-apa..

Hanya padaMu..
Ya!allah ku mohon..
Moga Ada sinar kebahagiaan
Untuk hambamu ini..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

Hari guru

Posted on 15/05/09 by Noraslawatiah mohamad



Esok 16 Mei 2009..
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA..
"Guru Pembina Negara Bangsa"

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

celebrate bufday

Posted on 14/05/09 by Noraslawatiah mohamad

Petang semalam,saya dengan naeilah sesama rancang sambut bufday fatin kat KFC..sebenarnya bufday fatin sama dengan bufday saya..Kebanyakkannya tidak tahu bufday saya,juz tahu bufday fatin jeh..hehehe..


~mak oooiiii!banyaknyer KFC sampai tumbang bucket tuh..hee!

~Kek bufday untuk fatin~

~Ayam KFC..dinner plate setiap seorang~


~6 orang tetamu ViP yang datang..~

~Fatin dangan Eeii..kawan dia..amboi senyum yea~

~Pinggan dan sisa makanan di letakkan atas dulang kat tepi untuk memudahkan agenda terakhir lak~
Taarrrraaa...
v
v
v
v
v
v
v
~Hepi bufday to fatin..hepi bufday to me...hehehe..~

~Fatin dan saya sedang potong kek~

~Tarrarr..~
~Cegu Nisa sedang makan kentang goreng~
Nota kaki: Tetamu VIP yang hadir..Cik Khairunnisa,Cik saya,Naeilah,Khadijah ,Nurfadhilah,Fatin dan Eeiii..
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang..
HARAP PERLANJUTAN USIA,SAYA SEMAKIN MATANG DALAM MENJEJAKI ALAM SEPARUH DEKAD..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..