Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

SPM 2008

Posted on 10/03/09 by Noraslawatiah mohamad

Beberapa hari lagi
Debaran makin terasa
Bukan saya saja yang merasainya.


Sesiapa sahaja
Mungkin tidak sabar
mengetahui keputusan SPM..

Ayah..
Saya lihat seringkali
bertanya..
Bilakah keputusan SPM di umumkan?..
Tinggi sungguh harapan dia.

Kalau dulu..
Masa Peperiksaan..
Seringkali terdengar kata-kata semangat darinya
Malah sebelum melangkah keluar dari rumah..
Ada saja kata semangat darinya..

Pulang saja kerumah
Pasti saya terdengar keluhan darinya
"Anak ayah..camne exam hari ini..Dapat jawab"
Apabila adik bersuara..
"alhamdulillah dapat"
Saya terpandang raut wajah ayah..
Ada sinar kegembiraan di wajahnya..
"Itulah ayat yang ayah mahu dengar dari anak ayah..
Saban waktu..
Itulah pertanyaannya tatkala musim peperiksaan.


Kini..
Hanya menunggu saat itu..

Buat adik..
Kami sentiasa mendoakan kejayaan dia..



Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "SPM 2008":