Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

22.01.2009

Posted on 22/01/09 by Noraslawatiah mohamad

Hari nie..kerja spt biasa..cuma hati terasa tenang dan gembira sekali,walaupun dilanda pelbagai masalah keluarga..Biarlah.Bagi aku..masalah dirumah usah di campur adukkan dgn hal tempat kerja..Hidup ini penuh cabaran..Itu hakikatnya..Redha ajelah..Aku adalah insan terpilih..di uji pelbagai ujian dariNya..Namun aku redha..Mgkn ad hikmah dariNya.Aku akur..
Hari ini..aku rasa tenang setenangnya..Keseronokan bekerja membuatkan mood kemalasan lenyap dari dalam diri aku..Syukur alhamdulillah..Moga-moga perasaan ini kekal sampai bila2..
Petang semalam..Ke butik pengantin di Kampung Padang,menemani Kak Mila mencuba pakaian pengantin..Anggun sekali ku lihat..
Setelah selesai..kami singgah di restoran..pekena teh tarik+roti canai..Adeyh..kalori banyak..Tul x doktor kd?he he he..Tp xp la kan.bukan selalu pekena..Hanya sekali sekala..kepingin roti canai yang ranggup..Kan kak mila kan..1 keping x cukup..double baru la penuh 1 tangki..he he he.."Pak cik..teh tarik 1..roti canai kosong 1, telur 1..kuah cam biasa..campur.".Itulah order rutin harianku..kalo singgah restoran tersebut..
Petang; Mgkn ke UIA.Indera Mahkota..Ada urusan yang harus aku selesaikan..
Ya! satu hari yang penuh dengan agenda tersendiri...Termasuk hari2 yang sblumnya dan hari yang selepasnya..Ada agenda tersendiri...
K.la aku chow dlu..
Ada urusan yang harus aku dahulukan..
byeep.

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "22.01.2009":