Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

Aa...Malaslaa

Posted on 2/01/09 by Noraslawatiah mohamad


pagi yang gelap kini sudah terang...he he he..aku ciplak lirik lagu dari band hujan..xd ap yang nak aku citerkan memandangkan hari ini dan hari sebelumnya atau esok atau lusa..mendung memanjang,otak aku jadi beku..sebeku ais batu.. Dah masuk tahun baru daa...Harap-harap tahun baru neh,semangat baru bersama azam baru..Tp awal-awal da nampak kemalapan..Yelah,cam xd perubahan jeh..Kerja masih lagi bertimbung cam gunung everest..Tp still maintain jeh.X penah terusik,asyik terdetik kat hati 'biarlah'..'esoklah'..'nantilah'..Haisy..x mahu berubah langsung..xd maju setapak atau dua tapak ke hadapan..Kaki lak maintain melangkah spt biasa..Adeyh..skola da nak buka da minggu depan aka 5.1.2009..Tp aku n da geng rileks jeh..contohnya pagi neh..Hujan saban waktu..Kemalasan bermaharajalela..membantutkan kami melaksanakan kerja yang terbengkalai sekian lama..ishk...ishk...ishk..teruk tul la...Dasar pemalas..ya! ampun kawan-kawan..Menu di musim hujan begini..aku pekena megi rebus..siap dimasak 5 minit+nescafe..(xd milo..nak atau x,minum jg la nescafe neh).Kemalasan masih lagi bermaharajalela..Bilakah mahu berubah?..mgkn esok atau lusa..tahun dpn?ntah lah..

Buku stok yang perlukan tindakan segera langsung x terusik...Minggu dpn,jawab nya x menang tangan lah nak settlekan hal yang satu neh..haisy..
Hari neh..aku jelajah website bisnes melalui internet..xde niat di hati nak menceburi bidang neh.Hanya sekadar menghabiskan sisa-sisa waktu seharian.Aku nak mengetahui sejauh mana internet menjanjikan pulangan lumayan..heee..xp.
Angan-angan ingin terbang ke newcastle dua atau tiga hari terpaksa di batalkan..X mendapat keizinan penuh dari ayahanda tercinta..Faktor keselamatan diri diutamakan..Redha aje lah..kerana aku adalah aku..tanggungjawab terhadap keluarga didahulukan..

K.la..aku berundur diri dulu..ada misi yang harus aku tunaikan..


byeep..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "Aa...Malaslaa":