Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

Ombak...

Posted on 8/01/09 by Noraslawatiah mohamad


Ke pantai lagi semalam. Berkira-kira melihat matahari senja di kaki langit, nun di hujung pertembungan laut dan langit. Mahukan desiran angin pantai menampar-nampar lembut pipi. Melihat riangnya anak-anak kecil berkejaran di sepanjang gigi pantai. Nun jauh di tengah laut, air membiru. Ada damai di situ. Meresap lembut ke dalam jiwa. Sejuknya hati saat kaki mencecah air pantai. Andai masa tidak mencemburui, pastinya ingin selamanya di situ.
Satu keasyikan yang luar biasa melihat laut terbentang biru. Ombak-ombak kecil dan besar tidak putus-putus menemani pantai. Bergulungan ombak berkejaran menemui gigi pantai. Dan akhirnya pecah di situ. Saya melihat ini sebagai keindahan yang terlalu abstrak untuk digambarkan. Besarnya kekuasaan Tuhan. Dengan hanya meluangkan masa beberapa jam menikmati indahnya pantai, saya membawa pulang ketenangan dan keringanan hati yang tidak terkata. Terasa kedekatan yang amat antara jiwa sendiri dan Pencipta.
Dan bila rembang merah senja mula kelihatan, saya mengorak langkah pulang. Dengan harapan pasti saya akan ke sini lagi kerana mata tidak akan pernah jemu melihat saat ombak pecah di gigi pantai.

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "Ombak...":