Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

Aku ; )

Posted on 8/01/09 by Noraslawatiah mohamad


Bangkit dari tidur yang lena....menyedari aku belum lagi menunaikan tgjawab kepadaNya...Lantas aku tunaikan kewajipanku itu walaupun sudah melewati waktu yang kian kepenghujungnya..Sebelum membaringkan diri atas tilam empuk ...Sempat lagi aku menjengah blogs yang aku kira sebagai pencetus ilham untuk aku terus berkarya di alam maya ini..
Apa pun diharapkan anggerikrimba sebagai ruang untuk aku memberikan sesuatu yang baik, walau sedikit.
kesampingkanlah segala yang dianggap buruk kerana kita tetap seorang manusia biasa. Fitrahnya tidak sempurna. Namun dari sehari ke sehari harus kita menjadi yang lebih baik. Bukankah seorang mukmin yang cemerlang itu adalah apabila hari semalamnya sebagai pengajaran.

Moga-moga hidup kita senantiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

1 ulasan:

Ayen Giggs says:

Amboiii sejak ber'broadband'ni x kire mase masuk blog yek,bangun tido blog,nak tido blog. Baguslaa tu...