Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

xd mood..

Posted on 17/01/09 by Noraslawatiah mohamad


Masih mencari-cari mood untuk meneruskan kesudahan karya 'rindu semalam'..Idea sudah ada..tp mood xd..Kemana ia menghilang..Ntahlaa..Kesibukan kerja..membataskan hal yang satu neh..Kerja yang menimbun cam gunung everest..x penah nak surut...Malah makin bertambah dari hari ke hari..Adeyh..Kepenatan amat di rasakan..Sesekali pekena air kelapa muda IM..Aku lupa pada kerja yang sememangnya perlukan penelitian rapi serapi yang mungkin..Thanks to nae n Kd..kesanggupan nak temankan aku ke gerai yang aku kira sinonim dengan aku dan mereka berdua..Dalam pada itu jg..Sempat aku usik Kd dengan kenakalan aku,yang aku kira tahap maksima agaknya..Aku bawa dia ke Jabatan Pendaftaran..Walaupun pakaian dia sempoi..Tp aku ibaratkan kalo nak kata dia BIBIK INDON..Mgkn bley la kot..betoi x nae?Sori kd..jgn marah...

Harap malam nih ad mood nak berkarya..Aku nak sudahkan episod 'rindu semalam' seberapa segera..hee.hee.hee.
Kawan baekku aka kawan setia peneman pi makan roti canai+teh tarik,restoran kampung padang..akan menamatkan zaman bujangnya x lama ag..Hais..seme kwn2ku akan bergelar 'puan'..aku bila lagi yea..Perancangan sudah ada..Kalo ikutkan lah, date dah ada..kad dah tempah..tapi tokey kedai tu ckp..xleh cetak ag..cuz xd name pengantin lelaki.he he he..ya!kawan-kawan..pengakuan berani aku neh..Ampun ya..hanya omong-omong kosong..Jangan marah..Nak makan nasi minyak aku..jemputlah datang umah..Aku suoh mak aku msk..ngeh..ngeh..ngeh..Sesekali terasa sedih gak..kerana selepas neh..xcam dulu la dgn kawan aku yang sorang neh.Tgjwb dia pada suami..Tp ad gak yang hepi nye..Alhamdulillah akhirnya sampai gak jodoh dia..
Ternyata Hidup ini perlukan teman..

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

1 ulasan:

Ayen Giggs says:

Betulll...mmg idup ni memerlukan 'TEMAN',hahaha...