Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

Hujan..

Posted on 2/01/09 by Noraslawatiah mohamad


Di balik titisan hujan itu, aku begitu terpaku dengan kebesaranMu. Begitu jernih titisan hujan itu, jatuh berderaian bagaikan mutiara yang bergemerlapan, jatuh rebah ke bumi. Aku masih di jendela, begitu terpaku dengan ciptaanMu. Indah kudus ciptaanMu Tuhan, tidak terbanding walau dengan sebuah lukisan…


Di fatamorgana kehidupan ini, masa makin meninggalkan kita dari sehari-ke sehari. Dunia kian berputar, tanpa sedar, ke pelusuk gema alam dan mega merah di langit yang sentiasa tegak bagai peraturan undang-undang di bawah kekuasaanMu. Tuhan, indah nian ciptaanMu. Di pagi yang sentiasa manis tersenyum bagaikan memberi keyakinan pada hambaMu. Dan petang, angin pun bertiupan sepoi bahasa mengusap lembut tubuhku… malam pun melabuhkan layar selepas tika senja dinihari yang indah.. dan matahari,, yang bercahaya di siang hari,, bagaikan malu menyembunyikan diri di kala senja…. Indah.. bgaikan mengakui kekuasaanMu…


Di balik titisan hujan itu,, ada hambaMu yang cuba merenung kejadian Mu… Ada titisan air mata,, menitis apabila mengenangkan,, apakah amalanku mencukupi dengan segala kurniaMu dan anugerahMu….
Berikan hambaMu ini pimpinan… agar tidak tersesat dari landasan… padaMu ku panjatkan doa,, keredhaanMu ku harapkan… dan,, lembutkanlah hatiku,, untuk sentiasa bersyukur atas segala rahmat pemberianMu… dan..,, tabahkan jiwaku,, agar aku dapat melayari dunia penuh pancaroba…
hanya padaMu tuhan… Ku serahkan segala pengharapan dan padaMu jua ku harapkan maghfirahMu…


(dipetik dari ukhwah.com)


Nota : Waktu hujan adalah satu waktu paling sesuai untuk bermuhasabah. Melihat ke dalam diri, merenung dosa-dosa lalu, memikirkan perjalanan hidup yang masih belum pasti bagaimana kesudahannya, membisik dan berkata pada diri. Ya Allah, tidak aku mampu hidup di dunia ini tanpa Mu. Bimbinglah diriku, keluargaku dan sahabat-sahabatku,dalam menjalani hidup ini. Amin ya rabbal alamin…

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "Hujan..":