Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

ohh~uniknya~uniknya~singapura~

Posted on 11/01/09 by Noraslawatiah mohamad

Dalam bilik tidurku..aku keseorangan melayani perasaan mendengar alunan lagu yang berkumandang di radio..Jam menunjukkan 2.00am,Hari sudah lewat pg..Aku belum lg terasa mengantuk..Lantas aku buka laptopku dan melayari internet..Sempat lagi aku menjengah blogs kawan-kawanku yang aktif berblogging..Hati kecilku terdetik"kawanku semakin maju ke hadapan.Memanfaatkan internet sepenuhnya...tahniah munsyi-ragbar dan ayen"dalam pada masa yang sama..aku sempat menjengah laman web AIRASIA..now everyone can fly..Tiada apa yang istimewa ku cari disitu melainkan promosi tambang murah SINGAPORE..Tatkala terdetik juga di hati kecilku..untuk terbang ke SINGAPORE..Apakah yang uniknya tentang singapore?aku x pasti..Ingin rasanya ku lihat keunikannya.. iklan di televisyen tentang singapore.menarik minat ku untuk melangkah kaki ke sana..Pengaruh media elektronik memukau pendengar..termasuk lah aku sekali..

Entah bila agaknya dapat aku jejaki kaki ke sana..Kesibukan aku sebagai penjawat awam membataskan aku untuk ke sana....rancangan untuk terbang ke sana sudah di atur..cuma menunggu masa dan ketika sahaja..Biarlah takdir dan waktu yang menentukannya..SINGAPURA...NANTIKAN KEDATANGAN AKU..Haisy...aku mcm bermadah aje...
K.la..hari semakin kesiangan..aku undur diri dulu..Ad masa aku upload iklan uniknya singapura..
Byeep..


Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "ohh~uniknya~uniknya~singapura~":