Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

Pergilah sepi

Posted on 7/01/09 by Noraslawatiah mohamad


Apa ada dalam taman hatiku
Hanya resah bertamu
Ada ruang gelap kosong
Keliru bertandang
Menantikan cahaya terang
Entah bila kan ku temu
Sarat dengan rindu semalam
Ingin ku tepis jauh
Namun tetap rindu itu berlabuh
Perlukah aku setia dalam derita
Hati parah
Ada jalur gelisah
Pandangan mula berbalam
Hati berbisik sendiri

“Pergilah Sepi..Aku Ingin Bahagia Lagi”



Ingin bahagia lagi. Biar payah akan terus mencuba. Kerana hidup ini bukan untuk diri sendiri semata-mata. Nafas yang bertahan ini adalah juga tempias hidup dan kebahagiaan orang lain. Senyum yang terukir di bibir biarpun tidak berbekas gembira di hati namun mampu memancarkan bunga-bunga keceriaan dalam kehidupan insan lain. Tentunya senyuman dan kebahagiaan itu untuk insan-insan yang lebih berhak. Kehidupan kini lebih baik dari sempurna. Tiada kata mampu terungkap untuk sebuah kesempurnaan dari penilaian mata hati. Tiada apa lagi yang dicita. Cukup sahaja kegembiraan bersama keluarga dan teman-teman.Masa kian berangkat meninggalkan jalur-jalur usia. Umur semakin meningkat hingga tidak sedar rupanya kebahagiaan ini juga memerlukan lebih dari ‘kesempurnaan’ kehidupan di kala ini. Kerinduan untuk bertemu pendamping dan peneman jiwa sepertimana insan lain sesekali bertamu bagai tertusuk-tusuk dalam hati ini. Namun pantas hati berbisik….. “Tubuh ini hanya punya satu hati…Andai diberikan semua hati itu, diri ini sudah tidak punya apa-apa…”



Cuba untuk menyayangi kerana diri ingin disayangi lagi….

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

0 Responses to "Pergilah sepi":