Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.

Rindu semalam

Posted on 14/01/09 by Noraslawatiah mohamad

Bab 1

Tatkala merenung ke ruang jendela yang luas terbentang..kelihatan seorang gadis merenung sendirian mencari ketenangan diri..Mencari sesuatu yang telah lama hilang..merindui kasih seseorang yang telah menghilang tanpa khabar berita...Mengharap sesuatu yang entah bila akan digapai..

“ aku hanya insan kerdil yang hanya mampu berdoa dan berdoa agar kau kembali padaku..menagih kasih yang telah terpisah.Rindu yang bersarang di hati ini bilakah akan terubat.Kau pergi tanpa khabar berita”Rintih Alya sendirian..berlinangan air mata membasahi pipi gebunya...
"Haruskah kau robek hati ini setelah sekian lama kita bajai dengan kejujuran dan kesetiaan..Apakah salah aku..."Desis alya lagi..

Dari luar bilik terdengar suara pekikan sahabat baik alya..Alya!bukalah pintu..aku ada hal nak cakap dgn kau”

Alia membisu seribu bahasa tanpa sepatah jawapan..Dia tahu dan teramat tahu kawannya itu memang seorang shbt yang begitu setia dan mengambil berat akan dirinya..

“Alya!tolonglah buka pintu..aku ada hal nak cakap dgn kau..Alya..please...kalau kau anggap aku neh kawan baik kau...bukalah pintu neh”kata Iman penuh pengharapan..

Alya lantas menuju ke pintu bilik dengan lemah longlai beserta langkah yang lesu..

“Maafkan aku iman.aku tidak bermaksud nak menyakiti hati kau”Pinta alya penuh simpati
“aku faham perasaaan kau alya..kita kan kawan baik sejak di bangku sekolah lagi”
“Aku tahu iman..tp aku tidak mahu menyusahkan kau”Kata alya penuh pengharapan.
Tapi kita tetap kawan sampai bila-bila..aku tahu kau sedang bersedih alya..Apa salahnya aku kongsi kesedihan yang kau tanggung itu”pinta iman dengan nada lembut.

Sebelum sempat alya menceritakan masalahnya..iman terlebih dahulu sudah memeluk erat kawannya,persis sang kakak memeluk adiknya..
Pada masa yang sama juga..terdengar suara tangisan alya..memecah kesunyian bilik tersebut..

“Iman..kau lah sabahat baik aku dunia akhirat..Kau sanggup menolong aku di kala aku dalam kesusahan dan kesedihan..Aku tidak mahu membebankan kau dgn masalah aku nih”Rungut Alya
“Alya! Selagi hayat dikandung badan..aku tetap ada di sisi engkau..”
“Aku sedih iman..sampai hati nazrul meninggalkan aku tanpa khabar berita”ngomel alya dengan nada sedih.
“Mngkin nazrul ada sebab untuk berbuat begitu”Pujuk iman lagi.
“Tapi aku terlalu menyayangi nazrul..dia lah yang mengajar aku tentang erti rindu dan tentang cinta..aku sedih..iman..apa salah aku pada nazrul..”Alya bersuara dgn nada sedih sambil dilinangi air mata..



“Alya..aku mungkin mentah dalam bab cinta neh..aku tahu..aku tidak pernah jatuh cinta..tp sbg kawan hanya kata-kata nasihat yang mampu aku berikan pada kau..aku harap kau bersabarlah..berbanyakkan berdoa padaNya moga kau tabah dalam menempuh semua ini..”
“Aku mengerti Iman..Tp sesekali aku rasa aku dipermainkan..setelah benih cinta berputik di dasar hatiku..nazrul berlalu pergi tinggalkan aku sendirian ..sekurang-kurangnya tinggalkanlah sesuatu pada aku…agar aku tidak tertunggu-tunggu sebegini rupa”rungut alya lagi

“Kau kena ingat iman,.Kau masih lagi ada aku..keluarga dan adik-adik kau yang masih menyayangi kau....Aku sayangkan kau alya..Kau terlalu baik untuk aku..aku tidak mahu kau kecewa sehingga kau mengabaikan pelajaran”Pinta iman mengharapkan pengertian dari alya..

“Aku tahu iman..Aku perlukan masa untuk merawat luka yang telah bersarang di hati ini..tolonglah aku iman..aku mahu kau bersama-sama aku untuk meneruskan kehidupan yang masih bersisa ini”

“Alya, sudahlah bersedih..hidup kita masih panjang lagi…kita ada misi untuk diselesaikan..Aku ada cita-cita..begitu juga kau..Aku mahu kita sama-sama berjaya menggengam segulung ijazah atas bukti kesungguhan kita selama ini..masihkah kau ingat janji kita pada kuarga kita dulu..mereka semua mahukan kita berjaya alya.Jangan kerana nazrul..kau gagal..Kau kena kuat melawan semua ini”Kata-kata iman persis seorang pakar motivasi.

“Iman..malam ini aku nak kau temankan aku tidur..bolehkan..aku perlukan kau sekarang ini..”pinta alya penuh pengharapan.

“Okeyh alya..aku akan temankan kau malam ni..tapi dengan syarat..boleh kan?..
“Kerana kau iman..aku sanggup”kata alya bersahaja.
“Mulai hari ini aku mahu kau bina hidup baru bersama semangat baru..Aku mahu kau jadi alya yang kuat semangat..penuh dengan benih-benih kegembiraan..memori luka itu kau lontarkan jauh-jauh dari dasar hati kau..”
“Jika itu yang kau pinta iman…aku akan cuba jadi seperti yang kau harapkan..tp aku perlukan masa untuk merawat luka ku ini..aku harap kau faham”Pinta alya penuh pengertian..

“Aku faham alya...jom la tidur..dah pukul 1.00 pg da..dah lama aku tidak tidur sekatil dengan kau”

Suasana bening malam berlalu begitu sahaja..meninggalkan alya dan iman dalam pelukan erat di atas tilam empuk..Bertapa akrabnya mereka…Bertuah alya kerana memiliki seorang sahabat baik yang sanggup berkorban apa sahaja untuknya..Ukhwah yang terbina atas dasar keikhlasan semata-mata..



************************************************************************************




Keesokan paginya..alya kelihatan bersemangat untuk memulakan hidup baru..kenangan bersama nazrul biarlah berlalu pergi..walaupun terlalu perit untuk dilupakan..Alya tahu..dia kini ada misi untuk di teruskan..belajar hingga Berjaya..Dia mahu buktikan pada nazrul..dia boleh Berjaya tanpa nazrul..


“Alya..kau okey ke?”tanya iman..
“Aku okeyh iman..Iman..thanks for everything
“sama-sama alya....kitakan kawan baik…Aku sayang kau sebagai sahabat..dan aku dah anggap kau sebahagian daripada keluarga aku sendiri”Pinta iman bersahaja.

Mereka bersama-sama melangkah ke dewan kuliah Tun Abdul Razak untuk memulakan sessi kuliah Ekonomi Perakaunan…


Nota ; Bersambung untuk bab 2 seterusnya keyh..

Cerita ini hanya karya semata-mata..tiada kena mengena dengan pemilik blogs dan orang sekeliling..Ilham datang tatkala pemilik blogs sibuk membereskan kerja..Tanpa berlengah lagi..Pemilik blogs terus menaip satu persatu ayat dan kata-kata yang hadir bagaikan air..Idea datang tanpa diundang..Nah terhasil la satu karya/novel/cerpen melalui idea spontan...
Yang pasti,pemilik blogs tidak berminat untuk berkarya..hanya sekadar suka-suka..mengisi ruang waktu yang ada..
Maaf di pohon kerana karya ini mgkn bersiri..jd nantikan siri seterusnya..selamat membaca...

Image Hosted by ImageShack.us

KEGEMBIRAAN IBARAT SEMBURAN PEWANGI,PABILA KITA MEMAKAINYA,SEMUA AKAN DAPAT MERASA KEHARUMANNYA.OLEH ITU,BERIKANLAH WALAU SECEBIS KEGEMBIRAAN YANG ANDA MILIKI..

2 Responses to "Rindu semalam":

Ayen Giggs says:

Dari 10 bintang saye bagi 81/2 bintang buat penulis karya ni. Mmg x berkait ngan penulis ni tp ckit2 adelaa kan coz kisah 'cinta',hahaha...

Noraslawatiah mohamad says:

mane ad la ayen..merepek jeh..hanya sekadar suka-suka jeh..